Anatomi : SISTEM KARDIOVASKULAR


OBJEKTIF :

BAHAGIAN ( A) :Mengukur tekanan darah

Mengukur tekanan darah rakan dalam tiga ( 3 ) keadaan iaitu : -
a) Rehat
b) Berjalan ( 5 minit )
c) Berlari ( 5 minit )
BAHAGIAN ( B ) : Mengenalpasti slaid otot jantung dan salur darah arteri dan vena pulmonari.
BAHAGIAN ( C ) : Membuat pemerhatian pada model jantung dan lukis .

METERIAL :

  1. · Sphygmonometer
  2. · Steteskop
  3. · Mikroskop
  4. · Slaid jantung dan salur darah
  5. · Model jantung

KEPUTUSAN :
BAHAGIAN ( A )

KEADAAN SEMASA BACAAN TEKANAN DARAH
Rehat
Selepas Berjalan ( 5 minit )
Selepas Berlari ( 5 minit )

PERBINCANGAN :
Ø Tekanan darah ialah pengukuran daya yang dikenakan ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh badan.tekanan ini di tentukan oleh daya dan bilangan darah yang dipam dan saiz serta fleksibeliti arteri.
Ø Bacaan tekanan darah diambil dalam millimeter merkuri ( mm/Hg ).Contoh 128 / 80 mm/Hg.Nombor 128 mm/Hg ialah bacaan darah sistolik ventrikel di mana ia mewakili tekanan maksimun terhasil semasa pengecutan jantung.Nombor 80 mm/Hg pula mewakili bacaan darah diastolic ventrikel yang mewakili tekanan darah dalam arteri apabila jantung dalam keadaan rehat.
Ø Setelah eksperimen dilakukan,didapati tekanan darah bagi ketiga- tiga keadaan adalah berbeza.tekanan darah ketika keadaan rehat ialah 120/80 mm/Hg,tekanan darah ketika keadaan selepas berjalan selama 5 minit ialah 128/80 mm/Hg dan tekanan darah ketika keadaan selepas berlari selama 5 minit ialah 134/80 mm/Hg.keadaan ini berlaku disebabkan oleh tekanan darah semakin tinggi apabila berlari atau berjalan.selain itu ,kandungan oksigen juga tinggi ketika berlari atau berjalan.
Ø Spygmonometer digunakan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya ralat di akhir keputusan.udara yang terdapat dalam spygmonometer harus dibuang terlebih dahulu.bacaan harus dibaca dengan teliti berdasarkan pada aras merkuri.bacaan dibaca apabila merkuri melambung tinggi pada skala diantara 140 – 100 untuk sistolik ventrikel dan 90 – 60 bagi distolik ventrikel.
Ø Steteskop digunakan untuk mendengar 2 bunyi denyutan jantung iaitu ‘lub’ dan ‘dub’ dalam setiap kitar kordiak yang merupakan bunyi injap.bunyi pertama ialah ‘lub’ yang disebabkan oleh injap tricuspid dan bicuspid tertutup.bunyi kedua iaitu ‘dub’ disebabkan oleh injap sabit tetrtutup.bunyi ini berlaku di akhir sistolikventrikel.
Ø Otot jantung merupakan gentian berjalur dan gentian bercabang.otot jantung mempunyai struktur cakera interkalat dan ditengah-tengah gentian terdapat 1 @ 2 nukleus serta melakukan tindakan luar kawal.otot jantung berfungsi menghasilkan gerakan denyutan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan.
Ø Lapisan otot jantung terbahagi kepada tiga (3 ) iaitu epikardium,miokardium dan endokardium.Lapisan epikardium merupakan otot paling luar.lapisan ini terdiri dari tisu penghubung dan terdapat bukaan satu darah.lapisan miokardium pula merupakan lapisan otot tengah yang terdiri dari tisu kardiak dan merupakan lapisan oto paling tebal.manakala lapisan endokardium pula merupakan lapisan otot paling dalam terdiri dari tisu penghubung dan epitalium skuama.
Ø Secara umum,darah teroksigen akan mengalir pada bahagian kanan jantung (dari atrium kanan ke ventrikel kanan)dan darah beroksigen akan mengalir pada bahagian kiri jantung (dari atrium kiri ke ventrikel kiri).Kedua – dua darah beroksigen dan teroksigen didalam jantung tidak akan bercampur kerana septum memisahkan bahagian kanan kiri jantung.
Ø Vena ialah salur darah yang bersambung dengan artrium kiri.salur darah ini mengalirkan darah beroksigen masuk ke jantung dari paru-paru.Arteri pula ialah salur darah yang bersambung dengan ventrikel kanan.salur darah ini mengalirkan darah teroksigen keluar dari jantung ke paru-paru.

KESIMPULAN :

Ø Kesimpulannya ialah pelajar berjaya mengukur tekanan darah rakan ketika dalam tiga (3) keadaan iaitu dalam keadaan rehat,selepas berjalan (5 minit) dan selepas berlari (5 minit.)Pelajar juga berjaya mengenalpasti slaid otot dan salur darah iaitu arteri dan vena.selain itu pelajar juga berjaya mengenalpasti bahagian –bahagian jantung dengan melakukan pemerhatian ke atas model jantung.

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.

Asas Sains Gunaan - Jadual Berkala


Isi Kandungan :
  1. Pengenalan
  2. Pengertian dan sifat kumpulan
  3. Perubahan sifat fizik
  4. Kumpulan-kumpulan
  5. Kesimpulan
JADUAL BERKALA MODEN

Pengenalan
· Jadual berkala ialah pengkelasan unsur-unsur kepada kumpulan tertentu mengikut pertambahan atom dan konfigurasi electron.Bentuk lama jadual berkala telah dihasilkan oleh Mendeleef dalam tahun 1869. Dalam jadual berkala Mendeleef,unsur-unsur disusun dalam tertib jisim atom atau relatif.
·         Dalam jadual berkala moden
a)      Unsur-unsur disusun dalam tertib nombor atom bertambah/menaik.
b)      Barisan mengufuk  unsur dnamakan kala
c)      Turus menegak unsur dinamakan kumpulan

Pengertian dan sifat kumpulan
· Kumpulan ialah turus menegak.Terdapat 18 turus menegak dibahagikan kepada 8 kumpulan
a)      Kumpulan 1 = logam alkali
b)      Kumpulan 2 = logam alkali bumi
c)      Kumpulan 3 hingga 12 = unsur-unsur peralihan
d)     Kumpulan 17 = halogen
e)      Kumpulan 18 = gas adi
· Kesemua unsur suatu kumpulan mempunyai bilangan electron valaens yang sama,maka unsur-unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat-sifat kimia yang sama manakala sifat fizik berbeza.

Perubahan sifat fizik
1.      Saiz atom
2.      Saiz ion
3.      Tenaga pengionan
4.      Keelektronegetifan

Ø  Saiz atom
*      Menuruni kumpulan
· Saiz atom atau jejari bertambah apabila menuruni kumpulan kerana nombor atom bertambah semasa menuruni kumpulan diikuti oleh pertambahan petala electron. Pertambahan petala electron menyebabkan electron di petala terluar lebih jauh dari nukleus dengan saiz atom bertambah.
*      Merentasi kala
· Saiz atom berkurang apabila merentasi kala kerana daya tarikan nukleus bertambah sementara bilangan petala electron tidak berubah. Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan electron di tambah ke dalam petala valens. Bilangan proton bertambah menyebabkan cas nukleus berkesan bertambah Cas. nukleus berkesan merupakan cas bersih yang dirasai oleh electron valens kerana tarikan oleh nukleus. Oleh itu,tarikan nukleus terhadap electron valens bertambah menyebabkan jejari atom semakin berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.

Ø  Saiz ion
·         Ion terbentuk apabila suatu atom menerima atau menderma satu atau lebih electron.
·         Penerimaan dan pendermaan electron ini akan menyebabkan saiz ion berubah dari
·         saiz atom asalnya.
*      Menuruni kumpulan
·         Saiz kation dan anion semakin bertambah kerana pertambahan petala dan wujud kesan penskrinan oleh electron di petala dalam yang mengurangkan tarikan nukleus ke atas electron petala valens
*      Merentasi kala
·         Saiz kation dan anion semakin berkurang.

Ø  Tenaga pengionan
·         Tenaga pengionan ialah tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan electron dari atom  neutral
·         Bagi satu unsur X,persamaan yang terlibat adalah :                  
     X  (g) – X + (g) + e-
·         Tenaga yang diperlukan untuk menyingkirkan electron yang pertama disebut
·         tenaga  pengionan pertama
·         Tenaga pengionan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berikut :
                                                           I.            Saiz atom
»        -apabila saiz atom bertambah,tarikan nukleus terhadap electron valens
»        berkurang menyebabkan tenaga pegnionan rendah.
                                                        II.            Cas pada nukleus 
»        pertambahan cas nukleus berkesan menyebabkan tarikan nukleus terhadap
»        electron valens semakin kuat,tenaga pengionan bertambah.
                                                     III.            Kesan lindungan/Penskrinan dari petala-petala terdalam
»        kesan penskrinan mengurangkan kesan tarikan nukleus ke atas electron
di petala valens menyebabkan pengurangan nilai tenaga pengionan
*      Menuruni kumpulan
·         Tenaga pengionan berkurang menuruni kumpulan kerana :
1.      Pertambahan saiz atom/jejari atom bertambah
2.      Tarikan nukleus terhadap electron valens semakin berkurang
*      Merentasi kala
·         Tenaga pengionan semakin bertambah kerana :
1.      Pertambahan cas nukleus bertambah dengan pertambahan bilangan atom manakala jejari atom berkurangan dari kiri ke kanan

Ø  4.Keelektronegetifan
  • Keelektronegetifan ialah kemampuan relative suatu atom semakin tinggi kecenderungan    untuk menarik electron kepadanya
*      Menuruni kumpulan
·         Berkurang
*      Merentasi kala
·         Bertambah

KUMPULAN 1
Logam alkali merupakan siri kimia. Ia merupakan unsur-unsur logam dalam Kumpulan 1 Jadual berkala, iaitu: litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium. Unsur-unsur ini amat reaktif dan jarang dijumpai dalam bentuk unsur.
Unsur-unsur ini biasanya berwarna keperakan, lembut, mempunyai ketumpatan rendah.

KUMPULAN 2
Logam alkali bumi ialah unsur dalam Kumpulan 2 Jadual berkala yang mempunyai 2 elekton valens. Bersifat logam. Unsur-unsur tersebut ialah Berilium, Magnesium, Kalsium, Strontium, Barium dan Radium.

KUMPULAN 3 HINGGA 12
Kumpulan unsur 3 juga dipanggil kumpulan skandium merupakan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-3 jadual berkala unsur.
Memandangkan IUPAC tidak mencadangkan format spesifik untuk jadual berkala, oleh sebab itu, beberapa variasi bagi jadual berkala adalah dibenarkan dan selalu digunakan untuk kumpulan 3. Logam peralihan blok d di bawah sentiasa dianggap sebagai ahli kumpulan 3:
v  skandium (Sc), unsur yang lebih banyak ditemui di matahari dan sesetengah bintang berbanding bumi, sangat lembut dan sangat cepat bertindak balas dengan kebanyakan asid.
v  ytrium (Y), unsur yang banyak terkandung dalam batu-batuan bulan dan digunakan untuk menghasilkan warna merah pada kaca televisyen.
Apabila merumuskan unsur kumpulan 3 yang lain, 4 variasi yang berlainan boleh wujud:
v  Sesetengah jadual memasukkan lantanum (La) dan aktinium (Ac), (unsur pertama dalam siri lantanida dan aktinida masing-masing) sebagai unsur kumpulan 3 yang selebihnya. Dalam bentuk ion tripositif yang biasa ditemui bagi kedua-dua unsur tersebut, unsur ini tidak mengandungi sebarang orbital f yang terisi, dengan itu menyebabkannya mempunyai sifat lebih menyerupai blok d.
v  Sesetengah jadual memasukkan lutetium (Lu) dan lawrensium (Lr) sebagai ahli kumpulan 3 yang selebihnya. Unsur-unsur ini adalah unsur yang paling akhir dalam siri lantanida dan aktinida masing-masing. Memandangkan petala-f secara nominalnya penuh bagi konfigurasi elektron pada keadaan asas(ground state) untuk kedua-dua logam ini, ia menunjukkan ciri-ciri hampir seperti logam blok d , yang mana mempamerkan persamaan dengan sifat bagi Sc dan Y. Untuk Lr, ciri-ciri ini hanyalah dijangkakan sahaja, tetapi ia belum pernah dikaji sepenuhnya kerana tidak terdapat kuantiti yang mencukupi.
Sesetengah jadual pula merujuk kepada semua ahli dalam lantanida dan aktinida sebagai tanda dalam kumpulan 3. Berikut adalah alternatif ke-3 dan ke-4 yang dicadangkan:
v  Alternatif ke-3 merujuk kepada kesemua 30 unsur lantanida dan aktinid sebagai ahli Kumpulan 3. Lantanida, sebagai logam trivalen elektropositif, kesemuanya memiliki hubungan kimia yang hampir sama, dan kesemuanya menunjukkan banyak persamaan dengan Sc dan Y.
v  Variasi keempat pula tidak memasukkan mana-mana ahli lantanida dan aktinida dalam Kumpulan 3. Ahli-ahli lantanida memiliki sifat atau ciri-ciri tambahan bagi sebahagian orbital f-nya yang terisi yang mana adalah tidak sama dengan Sc dan Y. Selain itu, aktinida menonjolkan lebih banyak ketaksamaan kimia (seperti lingkungan tahap pengoksidaan) jika dibandingkan dengan siri lantanida, Sc dan Y.

KUMPULAN 17
Halogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala:
Fluorin (F), Klorin (Cl), Bromin (Br), Iodin (I), Astatin (At), Ununseptium (Uus) (belum dijumpai)
Istilah halogen bermaksud unsur yang menghasilkan garam bila bergabung dengan logam. Ia berasal dari tatanama saintifik Perancis pada abad ke-18.
Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif kerana mempunyai 7 elektrovalens - dua dalam subpetala s dan lima dalam subpetala p. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan oktet.
Ion halida juga boleh bertindakbalas dengan atom hidrogen/air untuk menghasilkan asid. Contoh tindakbalas ialah klorin bertindakbalas dengan air menghasilkan asid hidroklorik dan asid hipoklorus (agen peluntur)

KUMPULAN 18
 Gas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.
Ø  Helium
Ø  Neon
Ø  Argon
Ø  Kripton
Ø  Xenon
Ø  Radon

KESIMPULAN
Ø  Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini ialah kumpulan jadual berkala moden telah mula diperkenalkan oleh Moseley daripada jadual berkala Mendeleev. Alam ini di katakan terdiri daripada 109 unsur yang disusun dalam jadual berkala moden . turus yang menegak dalam jadual berkala dinamakan kumpulan sementara turus mengufuk dinamakan kala. Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik dalam arah mengufuk.Jadual Berkala Moden mempunyai Kumpulan 1 hingga ke Kumpulan 18. Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama akan mempunyai bilangan electron yang sama pada petala paling luar masing-masing. Jadual berkala mempunyai satu blok unsur-unsur yang berada di tengah-tengah jadual. Ia mengandungi unsur--unsur peralihan. Jadual ini mempunyai tujuh kala,iaitu dari kala 1 hingga ke kala 7.Electron-electron sesuatu unsur berputar-putar mengelilingi nukleus. Lintasan putaran ini dinamakan orbit dan disusun mengikut petala-petala. Konfigurasi electron ialah susunan electron disekeliling nukleus. Electron yang terletak di petala yang paling luar dinamakan electron valaens. Semua gas adi mempunyai ketumpatan yang sangat rendah. Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih rendah,tidak larut di dalam air dan tidak mengkonduksikan elektrik. Gas adi seperti He, Ne, dan Ar mempunyai banyak kepentingan dalam kehidupan seharian.

LAMPIRAN JADUAL BERKALA

Sumber : Pelajar yang mengambil subjek Asas Sains Gunaan.

Kenal Faham Komputer - KEBESARAN ALLAH S.W.T

Pengajian Malaysia - PERJUANGAN KEMERDEKAAN


PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kandungan.
  1. Dasar penyatuan
  2. Rancangan masa perang
  3.  Pentadbiran Tentera British (BMA)
  4. Perlembagaan Malayan Union
  5. Kedudukan Sultan
  6. Misi Mac Michael
  7. Perpaduan Melayu
  8. Rakyat Orang Melayu
  9. Tamatnya Malayan Union


Dasar penyatuan

British sudah merancang membentuk Liga Malaya atau Kesatuan sejak tahun 1930-an. Bahkan kalau dilihat dasar desentralisasi yang merupakan langkah pertama untuk memujuk negeri-negeri di luar Negeri-negeri Melayu Bersekutu dijalankan sejak tahun 1990. penaklukan jepun dilakukan dalam masa yang singkat (bermula 8 Disember 1941- 31 Januari 1942) dan pemerintahannya (Disember 1941-Ogos 1945) telah mengejutkan pihak British. Penyatuan pentadbiran dianggap satu bentuk penyelesaian yang munasabah bagi pertahanan Tanah Melayu bagi masa yang akan datang. British berpendapat untuk mengubah dasar dan sruktur Tanah Melayu sebelum perang.

Rancangan Kesatuan Malaya telah diputuskan oleh Whitehall. Pada bulan Oktober 1945, kerajaan British menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama sebelum perang :
a.       Kedaulatan raja-raja.
b.      Autonomi negeri-negeri Melayu.
c.       Hak istimewa orang Melayu.

Pejabat perang dan kolonial merancang untuk membina Tanah Melayu selepas ditakluk semula secara ketenteraan. Dan selepasitu, pentadbiran Tanah Melayu akan diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Pemerintahan tentera dianggap masa yang sesuai untuk memaksa dasar-dasar British ke atas Tanah Melayu. Bagi merancang langkah-langkah yang perlu diambil, kerajaan British menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU (Malayan Planning Unit).

 Rancangan masa perang

MPU ditubuhkan pada pertengahan tahun1943 dan diletakkan di bawah Jabatan Timur Jauh Pejabat Tanah Jajahan yang diketuai oleh Edward Gent. MPU diketuai oleh Jeneral Ralph Hone. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam unit ini antaranya Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan kolonel M.C Hay. Manakala Victor Purcell diberi tugas untuk meneliti hal ehwal orang cina.

MPU meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya bagi membantu penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Ramai antara mereka yang menghantar memorendum kepada MPU.

Pada peringkat awal, British berpendapat Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat (kecuali Singapura) dan Borneo British perlu disatukan manakala Singapura diberi status khas. Bagaimanapun menjelang bulan Mac,1943, Borneo British dianggap belum bersedia untuk menyertai kesatuan. 

Pada bulan Mei 1944 kabinet perang British bersetuju untuk mengubah perlembagaan dan sistem pentadbiran Tanah Melayu sebelum perang.matlamatnya untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan sebagai langkah awal ke arah pemerintahan demokratik. British juga akan menggalakkan penyatuan kaum dalam pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri. Ralph Hone berpendapat sebelum perlembagaan Malayan Union diperkenalkan, satu perjanjian baru dengan sultan-sultan diperlukan. Masa yang sesuai untuk berunding dengan mengugut ialah sewaktu pemerintahan tentera.


 Pentadbiran Tentera British (BMA)

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Pihak British mempunyai kuasa penuh dalam semua bidang dan bertanggungjawab ke atas Tanah Melayu. Tanah Melayu diletakkan dibawah BMA (British Military Administration). Mejar Jeneral Ralph Hone (bekas ketua MPU) dilantik sebagai ketua Pegawai Hal Ehwal Awam manakala Brigadier H.C. Willan sebagai pembantu. BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan British, memelihara undang-undang dan peraturan, mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi tujuan pemulihan serta membuat persediaan ke arah pemerintahan awam.

Pentadbiran tentera di Tanah melayu bermula pada bulan September 1945 hingga Mei 1946. pada asasnya, pentadbiran ini merupakan organisasi tentera. Walaupun begitu, terdapat juga penasihat, terdiri daripada orang awam. Sebahagian besar pentadbir-pentadbir BMA tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal menangani maalah yang ditinggalkan oleh kesan peperangan. Antara masalahnya :

a.       BMA tidak dapat mengawal tentera-tenteranya yang bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar undang-undang.
b.      BMA menimbulkan kesulitan rakyat dengan tindakan segeranya mengumumkan wang Jepun tidak laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli barang keperluan dan memberi tekanan ekonomi kepada rakyat.
c.       BMA gagal mengatasi warisan zaman Jepun seperti pasar gelap, penyeludupan, rasuah dan sebagainya.
d.      Pergaduhan kaum dan balas dendam berlaku secara berleluasa dan BMA gagal menenteramkan keadaan.

Akibat pelbagai masalah, Bma menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada bulan April 1946. langkah ini diharap dapat memberi keyakinan baru di Tanah Melayu.

Perlembagaan Malayan Union

Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kebinet oleh kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan diumumkan pada bulan Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan pada 1 Januari 1946. Butir-butir perlembagaan dikeluarkan dalam warta kerajaan “ Kertas Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946.

Menurut perlembagaan Malayan Union negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan perlu kerana sebelum ini tiap-tiap negeri menjalankan pentadbiran membuat undang-undang sendiri dan sukar untuk menyerahkannya. Walaupun pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan hal ehwal tempatan tetapi dengan persetujuan pusat.

Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan ialah gabenor dengan dibantu oleh  Majlis Eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha, Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang akan ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima orang ahli tidak rasmi.

Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi , dan ahli rasmi tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga kumpulan kaum utama – (1) melayu (2) Cina dan (3) Eropah, India, Eurasian dan sebagainya. Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli.

Negeri-negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. Baginda akan melantik ahli-ahli majlis, tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor. Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat melayu. Bagaimanapun hal ini mesti dirujukkan kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat persetujuan Residen.

Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama ini menjadi hak istimewa raja-raja.

Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi kepentingan imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang melayu ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union. Mereka yang layak mendapat kerakyatan :


a.       Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singpura.
b.      Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada 15 tahun yang lalu.
c.       Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 5 tahun.
d.      Rakyat Btish boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan British.
e.       Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.

Kedudukan Sultan

Sultan yang naik tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada sultan Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor pada mulanya disingkirkan oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan Sultan Musaudin. Apabila British kembali, Sultan Musaudin dibuang di buang ke Pulau Cocos dan Sultan Alam Syah dirajakan semula.

Sultan yang menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada Sultan Ali (Terengganu), Raja Syed Hamzah (perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan Sultan Badlisyah (Kedah). Pihak British belum membuat keputusan muktamad tentang kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa pentadbiran Jepun. Pihak British mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan akan menandatangani perjanjian baru jika mahu kedudukan bagunda di iktiraf. Orang yang ditugaskan untuk mendapat tandatangan sultan ialah Sir harold Mcmichael. Sebelum itu, H.C.Willan ditugaskan untuk bersemuka dengan sultan-sultan bagi mengetahui reaksi awal.

 Misi Mac Michael

 Sir Harold Mac Michael seorang yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat di Sudan, Sub, Gabenor Wilayah Darfur, Penolong Setiausaha Awam, Gabenor Tangayika (1933-1937) dan Pesuruhjaya Tinggi Palestin dan Trans-Jordan (1938-1944).
              
 Mac Michael tiba di pelabuhan Kelang pada 11 Oktober 1945 dengan kapal H.M.S Royalist. Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon dan A.T. Newboult. MacMichael dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapat perjanjian baru dengan sultan-sultan. Dengan perjanjian baru, kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan sepenuhnya kepada British. Setelah itu, barulah British dapat membentuk perlembagaan Kesatuan Malaya.

Mac Michael memulakan misinya ke Johor. Pada18 Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh British sebagai pro-Jepun telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru. Selepas itu, Mac Michael menghadap

                              i.     23 Oktober- Sultan Alam Syah (Selangor)
                            ii.     31 Oktober- Sultan Abu Bakar (Pahang)
                          iii.     13 November – Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman. (Negeri Sembilan)
                          iv.     20 November- Sultan Abdul Aziz. (Perak).
                            v.     2 Disember – Sultan Badlisyah (Kedah).
                          vi.     Raja Syed Putera (Perlis)
                        vii.     17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan).
                      viii.     Sultan ISmail (Terengganu).


Mac Michael mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama Sultan Badlisyah dan Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.

James Allen berpendapat Malayan Union dirancang kerana sentimen anti-melayu dan sebagai penghormatan kepada orang cina yang menyokong British semasa perang. Pandangan ini disetujui oleh beberapa pengkaji yang beranggapan matlamat Malayan Union ke arah membentuk nasionalisme dan kesedaran Malaya dimana rakyat berbilang kaum akan memberi taat setia. Dan tentunya juga rancangan ini kerah menjayakan dasar dekolonisasi British.

 Reaksi bukan melayu

Kerajaan british tidak segera menerbitkan Kertas Putih Malayan Union. Berita tentang penubuhannya hanya diketahui melalui siaran radio BBC pada hari Selasa 22 Januari. Berita akhbar dikeluarkan  oleg Reuter. Apabila Kertas Putih dikeluarkan tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi akhbar cina, berita yang lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour Union) di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh PKM.

 Terdapat dua kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam kewarganegaraan lebih kepada kerakyatan China. Tanah Melayu hanya negara kedua. Dua tokoh penting kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa.   

Kumpulan kiri yang diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas Putih malayan union. Satu perkara yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan kerajaan demokratik dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara keseluruhannya konsep Malayan. Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan negara merdeka komunis.

PKM menganggap Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini diperteguhkan lagi dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain yang ditentang oleh PKM ialah keahlian dewan undangan dan eksekutif yang tidak demokratik. PKM mahu diadakan pemilihan umum.

Bantahan-bantahan PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk berjuang secara perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk mencapai kekuasaan. PKM memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan raya diadakan.

Terdapat kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang mederate menerima Kertas Putih Malayan Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini menubuhkan Parti Berbilang Kaum iaitu MDU (malayan Demikratik Union) pada 21 Disember 1945. Kebanyakan tokohnya berpendidikan Inggeris. Bagaimanapun MDU akhirnya dipengaruhi oleh komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM dalam parti ini. MDU menuntut beberapa perkara :


         I     Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.
      II     Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21 tahun dan keatas.
   III     Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan Undangan.
   IV     Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
      V     Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan akhbar.
   VI     Reformasi pendidikan.
VII     Menungkatkan taraf hidup rakyat.

 Rakyat Orang Melayu

Semasa Malayan Union hendak dilaksanakan keadaan di Tanah Melayu tegang. PKM mendalangi beberapa tunjuk perasaan berhubung tuntutan gaji. Ketegangan dan pergaduhan kaum juga berlaku di Johor, Melaka, Pahang, Kelantan, Kedah Perak dan Terengganu. Rakyat Tanah Melayu juga sedang menghadapi masalah-masalah kekurangan makanan. Dalam keadaan sebegini rancangan yang dianggap merugikan rakyat melayu tentu mereka menentang.

(a)         Akhbar-akhbar
        
Kertas Putih Malayan Union dilihat dengan rasa takut, marah dan curiga. Berbanding dengan akhbar-akhbar bukan melayu, akhbar-akhbar melayu menerbitkan laporan Reauter tentang rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union. Akhbar-akhbar melayu yang yang lantang menentang ialah Warta Negara (Pulau Pinang), Majlis (Kuala Lumpur), dan Utusan Melayu (Singapura). Akhbar-akhbar ini mendesak orang melayu mengadakan perhimpunan melayu seluruh tanah melayu bagi merapatkan barisan menentang Malayan Union. Akhbar juga mahu orang melayu menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu Melayu.  

Akhbar berperanan menyiarkan berita-berita,komentar dan rencana-rencana menentang Malayan Union tidak lain daripada menimbulkan keburukan. Akhbar majlis pula menganggap orang melayu akan menjadi red indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia.


(b)         Sultan-sultan


Ada antara sultan yang sudah mengatakan kebimbangan sejak misi MacMichael .Sultan Abu Bakar (Pahang) menyerahkan memorandum kepada Mac Michael yang menyerahkan soal imigresen, pelajaran untuk Orang Melayu, dan hak istimewa orang melayu. Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Empat juga melahirkan rasa tidak puas hati kepada Mac Michael. Sultan Abdul Aziz (Perak) juga meminta kepentingan orang melayu dipelihara.

Setelah sultan-sultan menandatangani perjanjian dangan Mac Michael dan setelah bantahan hebat orang melayu beberapa orang sultan telah membuat bantahan kepada kerajaan British. Sultan Badlishah (Kedah) telah menghantar kawat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Baginda mengecam perjanjian baru dan cara Mac Michael berunding dan mengugut. Baginda menganggap perjanjian yang ditandatanganil tidak sah kerana dipaksa. Pada 30 Januari 1946, Sultan Abdul Aziz (Perak) menghantar protes kepada Lord Marchwood dan Lord Elibank.

Sultan-sultan nampaknya telah bersatu secara tidak rasmi dibawah Sultan Kedah Dan Perak. Ekoran daripada itu, sultan Kelantan, Selangor, Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Dan Raja Perlis juga menulis petisyen kepada kerajaan British. Bagi menunjukkan perpaduan Sultan Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan menghantar petisyen bersama kepada Hall. Sultan-sultan tidak membantah dasar British tetapi mahu kepentingan orang Melayu dipelihara.   


(c)          Pertubuhan-pertubuhan Melayu


Pertubuhan-pertubuhan Melayu yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas British kembali berkuasa telah menghantar petisyen bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan. Surat bantahan yang panjang dihantar oleh Persatuan Melayu dari Kedah dan Perlis.

Selain menghantar surat bantahan pertubuhan-pertubuhan Melayu juga melancarkan tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang terbesar dilakukan di Kota Bharu pada 15 Disember 1945. Tunjuk perasaan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kelantan dan disertai oleh 10ribu orang sebagai membantah kedatangan Mac Michael. Persatuan Melayu Kedah melancarkan tunjuk perasaan Alor Setar pada Januari 1946 dengan disertai 50 ribu orang. Tunjuk perasaan dianjurkan sekali lagi pada bulan berikutnya.

Persatuan-persatuan Melayu bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga turut mengkritik sultan-sultan yang menandatangani perjanjian Baru. Persatuan melayu di Johor mengkritik Sultan Ibrahim yang menandatangani perjanjian tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Ini dianggap bertentangan dengan perlembagaan negeri. Antara tokoh penentang di Johor termasuklah, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. aAwang Hassan dan Dr. Hamzah Hj. Taip.

Dalam jangka waktu 1945-1948 terdapat beberapa kumpulan radikal melayu sama ada pro atau anti-Malayan Union. Sekumpulan Melayu yang masih memperjuanglan gagasan Indonesia/ Melayu Raya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM diilhamkan daripada Parti Nasionalisme Indonesia pimpinan Sukarno. Dalam  kongres tahunan yang diadakan di Ipoh pada 30 November  1945, PKMM menggariskan lapan garis perjuangan. Garis perjuangan PKMM  selari dengan PKM. Ini tidak menghairankan kerana Pengerusi PKMM iaitu Makhtaruddin Lasso sememangnya aktivis komunis Indonesia. Anggota PKMM  terdiri daripada bekas ahli KMM dan KRIS. PKMM menyokong konsep ‘union’ yang dianggapnya lebih radikal dan bersifat republik. PKMM menuntut kemerdekaan dan Dewan Perwakilan yang dipilih. Parti ini menerbitkan akhbar Pelita Malaya dan Suluh Malaya.

Perpaduan Melayu


Pada awalnya, pertubuhan melayu tidak bersatu untuk menentang Malaya Union dan perpaduan tidak menguntungkan ke arah pan Melayu Malaya. Editor akhbar Majlis, Mohd Yunus Hamidi mencadangkan supaya Dato’ Onn  Jaafar dilantik menjadi pemimpin kongres Melayu Se-Malaya manakala beliau yang juga setiausaha Persatuan Melayu Selangor ditugaskan untuk mengajak persatuan-persatuan lain menerima Dato’ Onn.

Dato’ Onn memulakan kempennya menentang Malayan Union di Johor menerusi pertubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Akhbar Warta Negara mencadangkan satu kongres Melayu diadakan bagi mengatasi masalah perpecahan Melayu. Salah satu cadangan mengatasi masalah perpecahan dan ke arah perpaduan, orang Melayu memerlukan kepimpinan yang kuat. Orang yang ditunjuk untuk mengetuai orang Melayu ialah Dato’ Onn. Ini dicadangkan oleh editor akhbar Majlis pada 12 Januari 1946.

Dato’ Onn mencadangkan supaya Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Melaka kerana dianggap tempat paling bersejarah. Namun ramai yang mencadangkan Kuala Lumpur sebagai tempat persidangan kerana lebih sesuai dari segi kemudahan. Jawatankuasa Kongres dipilih daripada Persatuan Melayu Selangor dan dipengerusikan oleh Zaaba. Kongres Melayu Semenanjung diadakan pada 1 Mac 1946 selama 4 hari di Kelab Sultan Sulaiman yang dipengerusikan oleh Hishamuddin. Seramai 200 orang perwakilan yang mewakili 41 pertubuhan yang hadir.

Kongres menekankan dua perkara. Pertama, usaha menubuhkan Pergerakan Kebangsaan Melayu dan Kedua ialah, kempen menentang Malayan Union. Semua perwakilan bersetuju jika rancangan Malayan Union hendaklah digagalkan maka pembentukan organisasi kebangsaan yang berkesan diperlukan.  Dan matlamat ini akan hanya dicapai melalui perjuangan.

Dato’ Onn telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Seorang perwakilan, Dato’ Hamzah Abdullah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan ini disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau ringkasnya PEKEMBAR. Bagaimanapun pertubuhan ini lebih dikenali sebagai UMNO. Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk merangka peraturan dan perlembagaan.

Apbila Kongres kedua diadakan di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei, penubuhan UMNO diterima. Dato’ Onn dilantik sebagai presiden dan Panglima Bukit Gantang sebagai Pemangku Setiausaha. Dalam kongres ini, enam resolusi diputuskan berhunbung dengan perlembagaan. Kongres telah menghantar telegraf kepada Perdana Menteri Britain dan kumpulan-kumpulan yang bersimpati di England.

Sehari sebelum Malayan Union dirasmikan dan pelantikan gabenor, pemimpin-pemimpin kongres Melayu mengadakan sidang tergempar dan merancang memboikot pelantikan gabenor. Sultan-sultan yang menginap di Hotel Stesyen, Kuala Lumpur untuk hadir di upacara rasmi pelantikan gabenor didatangi oleh pemimpin-pemimpin kongresdan baginda-baginda telah bersetuju untuk tidak hadir di upacara yang diadakan pada 1 April.

Sokongan Melayu

Kempen orang Melayu menentang Malayan Union mendapat simpati daripada beberapa orang bekas pegawai MCS yang penting. Banyak telegram dihantar kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapat sokongan. Antara mereka yang bersimpati termasuklah Frank Swettenham dan Richard Windstedt. Kedua-dua mereka berpendapat pentadbiran Tanah Melayu sebelum peperangan telah memberi sumbangan yang besar. Oleh itu, perubahan struktur yang terlalu besar tidak diperlukan. George Maxwell yang mulanya menyokong Malayan Union kemudiannya menentang apabila detail tentangnya dikeluarkan. Dua perkara yang tidak disenangi ialah soal kewarganegaraan dan bentuk kesatuan.

Bantahan-bantahan di London menyebabkan Pejabat Tanah Jajahan menjemput bekas-bekas pegawai untuk berbincang. Mereka mewakili pro-Melayu, Cina dan berkecuali. Kuampulan pro-Melayu lebih ramai dijemput termasuklah Laurence Guillemard, Andrew Caldecott, R.O Winstedt, Sir Cecil Clementi, Frank Swettenham dan George Maxwell.

Tamatnya Malayan Union

Akibat bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans dan Lt. Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu. Setiap tempat yang mereka lawati disambut dengan tunjuk perasaan anti-Malayan Union. Kerajaan British kemudiannya bersetuju berunding dengan wakil-wakil sultan dan UMNO dalam usaha merangka satu persekutuan baru. Skim persekutuan yang dicadangkan menamatkan Malayan Union.

Sumber : Pelajar yang mengambil subjek pengajian Malaysia ini.