HAIWAN MAKMAL – HAMSTER

clip_image002

Hamster adalah sejenis binatang dalam keluarga rodensia kecil , terdapat berbagai jenis di dalam dunia dan juga terdapat di setiap negara. Hamster termasuk dalam subfamili Cricetinae. Subfamili ini terbahagi 18 jenis spesis yang diklasifikasikan ke dalam enam atau tujuh jenis ‘Genus’ ( kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi ) hamster.

Perkataan ‘hamster’ di ambil dari bahasa Jerman iaitu ‘Hamstern’ , kemudian di ubah mengikut kata asal yang diambil dari Rusia , bahasa baltic menjadi ‘hamster’ .

Kelakuan hamster bergantung mengikut keadaan sekitar , genetik dan hubungannya dengan manusia. Kerana mereka jenis yang mudah membiak dalam jumlah yang besar , mereka antara haiwan yang digunakan untuk ujikaji makmal .

Hamster adalah binatang ‘crepuscular’ ( bergerak aktif pada waktu malam ) dan mereka biasanya menyembunyikan diri dalam lubang tanah yang digali sendiri , demi mengelakkan diri dari pemangsa liar menjumpainya.

Pemakanan mereka terdiri dari berbagai jenis , termasuk makanan kering seperti buah beri , kacang , buahan segar dan juga sayuran. Di dalam hutan , mereka makan apa sahaja seperti rumput kering , kacang dan buah-buah kecil serta sayuran yang terbiar di atas permukaan tanah, dan kadang kala akan memakan serangga kecil seperti cengkerik atau cacing pokok. Mereka mempunyai kulit pipi yang elastik dan bertindak sebagai kantung untuk menyimpan semua makanan untuk dibawa pulang ke sarang , atau di simpan untuk makan pada masa lain.

Hamster seringkali digunakan sebagai haiwan percubaan di makmal (kerana pembiakkan mereka yang cepat) bersama tikus dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Hamster juga amat sesuai menjadi binatang peliharaan di rumah.

Karakteristik.

clip_image004

Hamster memiliki badan yang gemuk, dengan ekor yang lebih pendek daripada badannya dan memiliki telinga yang berbulu, kaki yang lebar, pendek dan pendek gemuk. Hamster memiliki bulu yang tebal dan panjang, dan bulunya memiliki berbagai jenis warna bergantung gantung spesies hamster tersebut . Contohnya hitam , kelabu , putih , coklat , kuning dan merah .

Bahagian bawah hamster berwarna putih , ada juga berwarna kelabu dan hitam. Hamster Dzhungaria (Phodopus sungorus) dan hamster kecil berbelang (Cricetulus barabensis) memiliki garis hitam dibawah bahagian tengah punggung.

Hamster kecil padang pasir (genus Phodopus) adalah hamster terkecil, dengan panjang badan 5 hingga 10 sentimeter (sekitar 2 sampai 4 inci) , sedangkan hamster terbesar adalah hamster Eropah (Cricetus cricetus), dengan panjang badan lebih dari 34 sentimeter , tidak termasuk panjang ekor 6 sentimeter.

Habitat.

clip_image006

-Padang pasir ,

-Bukit-bukit pasir yang terdapat tumbuh-tumbuhan ,

-Kawasan bukit di kaki gunung ,

-Dataran rendah dan juga ladang dan lain-lain

Makanan.

clip_image008

-Butir padi,

-Buah-buahan segar ,

-Akar tumbuhan ,

-Bahagian tumbuhan yang menghijau

-Dan beberapa binatang kecil (seperti belalang ).

-Namun terdapat makanan yang tidak sesuai dengan hamster seperti daun tomato kerana ia beracun.

.

Kelakuan hamster

clip_image010

-bersifat pendiam

-nocturnal’ ( tidur di siang hari ) dikatakan -crepuscular’ dan kadangkala aktif pada awal pagi hari atau senja petang.

-Hamster merupakan penggali yang terbaik , dengan membuat lubang pintu masuk satu atau lebih , dan laluan menghubungkan dengan tempat sarang, gudang makanan dan aktiviti lain.

Pembiakkan.

clip_image012

-hamster jantan memiliki testis yang besar.

-Hamster muda sukar untuk melakukan seks.

-Hamster betina memiliki 2 lubang tertutup bersama.

-hamster jantan memiliki genital dan anal

-Musim mengawan terjadi pada bulan April sampai Oktober, .

-3 minggu kemudian, anak hamster boleh meninggalkan sarang mereka.

-Anak hamster juga tidak boleh dipegang ,

.

Tempat Tinggal@untuk bela.

clip_image013 .

-Pilih 2 kaki tinggi

- Kotak kaca tidak boleh lebih tinggi daripada hamster.

-perlukan pengaliran untuk hamster bernafas.

-Suhu antara18 hingga 26 °C (64 hingga 80 °F)

-Dipenuhi dengan serbuk kayu atau serbuk kayu -fenol yang boleh merosakkan sistem penghadaman, hati dan kulit hamster.

Jangka Hayat.

clip_image015clip_image017

-hidup lebih dari 3 tahun ,

-Hamster Rusia dapat hidup lebih kurang 1.5 tahun.

-Hamster Roborovski dapat hidup 3 tahun hingga 3.5

clip_image019

Hamster sebagai binatang peliharaan.

Spesies yang paling banyak dicatatkan adalah hamster emas (Mesocricetus auratus). Hamster ini merupakan spesis yang paling banyak dipelihara orang. Kedai haiwan peliharaan ada yang memanggil hamster emas ini "beruang madu," "panda," "beruang hitam", "beruang hitam Eropah", "beruang kutub", dan "dalmantian," bergantung pada warnanya. Hamster Roborvskis

clip_image021

Hamster lain yang turut digemari adalah dari 4 jenis spesis hamster kecil. Hamster kecil Campbell (Phodopus campbelli) adalah hamster yang paling banyak dipelihara diantara 4 spesis itu dan kadangkala dipanggil "hamster kecil Rusia", yang banyak terdapat di Rusia. Kulit hamster kecil putih Rusia (Phodopus sungorus) akan menjadi putih apabila musim sejuk tiba. Hamster Roborovski (Phodopus roborovskii) sangat kecil dan aktif. Hamster China (Cricetulus griseus) bukan dari genus hamster kecil yang asalnya, hanya hamster yang mempunyai ekor 4 sentimeter panjang sahaja , tetapi hampir semua hamster punyai ekor yang sangat pendek.

Banyak orang yang memelihara hamster mahukan hamster mereka membiak dan menghasilkan genus hamster yang bagus dan sihat dengan memelihara lebih dari 1 atau 2 ekor untuk dikacukkan.

Klasifikasi Hamster

Hierarki Hamster : Superfamili → Famili → Subfamili → Genus

  • · Famili Cricetidae

  • Subfamili Cricetinae
  • Genus Mesocricetus - hamster emas
    • Hamster Syria (Mesocricetus auratus), Juga disebut hamster emas atau hamster beruang
    • Hamster Turki (Mesocricetus brandti), juga disebut hamster Brandt, hamster Azerbajain
    • Hamster Kaukasus (Mesocricetus raddei), juga disebut hamster Georgia
    • Hamster Romania (Mesocricetus newtoni)
  • Genus Phodopus - hamster kecil
    • Hamster kecil putih Rusia (Phodopus sungorus)
    • Hamster kecil Campbell (Phodopus campbelli)
    • Hamster Roborovski (Phodopus roborovskii); kadangkala disebut hamster Mongolia
  • Genus Cricetus
    • Hamster Eropah (Cricetus cricetus)
  • Genus Cricetulus
    • Hamster Ladak (Cricetulus alticola)
    • Hamster kecil berbelang (Cricetulus barabensis termasuk "C. pseudogriseus" dan "C. obscurus"), juga disebut hamster berbelang China
    • Hamster China (Cricetulus griseus)
    • Hamster Tibet (Cricetulus Kamnesis)
    • Hamster ekor panjang (Cricetulus longicaudatus)
    • Hamster kecil kelabu (Cricetulus migratorius); juga disebut hamster kelabu migrasi, hamster kelabu, hamster Armenia, atau hamster migrasi
    • Hamster Sokolov (Cricetulus sokolovi)
  • Genus Allocricetulus
    • Hamster Mongolia (Allocricetulus curtatus)
    • Hamster Kazakhstan (Allocricetulus eversmanni); juga disebut hamster Eversmanni
  • Genus Cansumys
    • Hamster Gansu (Cansumys canus)
  • Genus Tscherskia
    • Hamster Korea (Tscherskia triton)

SUMBER : PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK INI.