PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Kandungan.
- Dasar penyatuan
- Rancangan masa perang
- Pentadbiran Tentera British (BMA)
- Perlembagaan Malayan Union
- Kedudukan Sultan
- Misi Mac Michael
- Perpaduan Melayu
- Rakyat Orang Melayu
- Tamatnya Malayan Union
Dasar penyatuan
British sudah merancang membentuk Liga Malaya atau Kesatuan sejak tahun
1930-an. Bahkan kalau dilihat dasar desentralisasi yang merupakan langkah
pertama untuk memujuk negeri-negeri di luar Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dijalankan sejak tahun 1990. penaklukan jepun dilakukan dalam masa yang singkat
(bermula 8 Disember 1941- 31 Januari 1942) dan pemerintahannya (Disember
1941-Ogos 1945) telah mengejutkan pihak British. Penyatuan pentadbiran dianggap
satu bentuk penyelesaian yang munasabah bagi pertahanan Tanah Melayu bagi masa
yang akan datang. British berpendapat untuk mengubah dasar dan sruktur Tanah
Melayu sebelum perang.
Rancangan Kesatuan Malaya
telah diputuskan oleh Whitehall. Pada bulan Oktober 1945, kerajaan British
menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama sebelum perang :
a. Kedaulatan raja-raja.
b. Autonomi negeri-negeri Melayu.
c. Hak istimewa orang Melayu.
Pejabat perang dan kolonial merancang untuk
membina Tanah Melayu selepas ditakluk semula secara ketenteraan. Dan
selepasitu, pentadbiran Tanah Melayu akan diletakkan dibawah pemerintahan
tentera. Pemerintahan tentera dianggap masa yang sesuai untuk memaksa
dasar-dasar British ke atas Tanah Melayu. Bagi merancang langkah-langkah yang
perlu diambil, kerajaan British menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU
(Malayan Planning Unit).
Rancangan masa perang
MPU ditubuhkan pada pertengahan tahun1943 dan
diletakkan di bawah Jabatan Timur Jauh Pejabat Tanah Jajahan yang diketuai oleh
Edward Gent. MPU diketuai oleh Jeneral Ralph Hone. Pegawai-pegawai yang
terlibat dalam unit ini antaranya Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T Newboult,
Kolonel E.V.G. Day dan kolonel M.C Hay. Manakala Victor Purcell diberi tugas
untuk meneliti hal ehwal orang cina.
MPU meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai
tadbirnya bagi membantu penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan.
Ramai antara mereka yang menghantar memorendum kepada MPU.
Pada peringkat awal, British berpendapat
Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat (kecuali Singapura) dan Borneo
British perlu disatukan manakala Singapura diberi status khas. Bagaimanapun
menjelang bulan Mac,1943, Borneo British dianggap belum bersedia untuk
menyertai kesatuan.
Pada bulan Mei 1944 kabinet perang British bersetuju
untuk mengubah perlembagaan dan sistem pentadbiran Tanah Melayu sebelum
perang.matlamatnya untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan sebagai
langkah awal ke arah pemerintahan demokratik. British juga akan menggalakkan
penyatuan kaum dalam pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri.
Ralph Hone berpendapat sebelum perlembagaan Malayan Union diperkenalkan, satu
perjanjian baru dengan sultan-sultan diperlukan. Masa yang sesuai untuk
berunding dengan mengugut ialah sewaktu pemerintahan tentera.
Pentadbiran Tentera British (BMA)
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Lord Louis
Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Pihak British mempunyai kuasa penuh dalam
semua bidang dan bertanggungjawab ke atas Tanah Melayu. Tanah Melayu diletakkan
dibawah BMA (British Military Administration). Mejar Jeneral Ralph Hone (bekas
ketua MPU) dilantik sebagai ketua Pegawai Hal Ehwal Awam manakala Brigadier
H.C. Willan sebagai pembantu. BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan
British, memelihara undang-undang dan peraturan, mengendalikan sumber manusia
dan kebendaan bagi tujuan pemulihan serta membuat persediaan ke arah
pemerintahan awam.
Pentadbiran tentera di Tanah melayu bermula pada
bulan September 1945 hingga Mei 1946. pada asasnya, pentadbiran ini merupakan
organisasi tentera. Walaupun begitu, terdapat juga penasihat, terdiri daripada
orang awam. Sebahagian besar pentadbir-pentadbir BMA tidak berpengalaman dalam
urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal menangani maalah yang ditinggalkan oleh
kesan peperangan. Antara masalahnya :
a. BMA tidak dapat mengawal tentera-tenteranya yang
bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar undang-undang.
b. BMA menimbulkan kesulitan rakyat dengan tindakan
segeranya mengumumkan wang Jepun tidak laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli
barang keperluan dan memberi tekanan ekonomi kepada rakyat.
c. BMA gagal mengatasi warisan zaman Jepun seperti
pasar gelap, penyeludupan, rasuah dan sebagainya.
d. Pergaduhan kaum dan balas dendam berlaku secara
berleluasa dan BMA gagal menenteramkan keadaan.
Akibat pelbagai masalah, Bma menyerahkan kuasa
kepada kerajaan awam pada bulan April 1946. langkah ini diharap dapat memberi
keyakinan baru di Tanah Melayu.
Perlembagaan Malayan Union
Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius
pada peringkat kebinet oleh kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945.
Rancangan kerajaan diumumkan pada bulan Oktober 1945 dan isi kandungannya
dikeluarkan pada 1 Januari 1946. Butir-butir perlembagaan dikeluarkan dalam
warta kerajaan “ Kertas Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946.
Menurut perlembagaan Malayan Union negeri-negeri
Melayu, Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu pentadbiran.
British berpendapat kesatuan perlu kerana sebelum ini tiap-tiap negeri
menjalankan pentadbiran membuat undang-undang sendiri dan sukar untuk
menyerahkannya. Walaupun pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi
kuasa menguruskan hal ehwal tempatan tetapi dengan persetujuan pusat.
Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan ialah gabenor
dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan
perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua
Setiausaha, Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang
akan ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima orang ahli
tidak rasmi.
Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu
orang ahli tidak rasmi , dan ahli rasmi tidak lebih daripada dua puluh satu
orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan mempunyai majoriti dalam dewan.
Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga kumpulan kaum utama – (1)
melayu (2) Cina dan (3) Eropah, India, Eurasian dan sebagainya. Setiap komponen
akan diwakili oleh tujuh orang ahli.
Negeri-negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang
diketuai oleh sultan. Baginda akan melantik ahli-ahli majlis, tetapi mesti
mendapat pengesahan gabenor. Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua
perkara berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat melayu. Bagaimanapun hal
ini mesti dirujukkan kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat persetujuan
Residen.
Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh
gabenor dan dianggotai oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut
tentang hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Jelas gabenor mempunyai
kuasa yang selama ini menjadi hak istimewa raja-raja.
Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan
Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Kemerdekaan tidak akan
diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi kepentingan imigran, pemberian
kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang melayu
ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union. Mereka yang
layak mendapat kerakyatan :
a. Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan
Singpura.
b. Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada 15
tahun yang lalu.
c. Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura
selama 5 tahun.
d. Rakyat Btish boleh mendapat kerakyatan Malayan
Union tanpa hilang kerakyatan British.
e. Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada
Malayan Union.
Sultan
yang naik tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada sultan
Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor pada
mulanya disingkirkan oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan Sultan
Musaudin. Apabila British kembali, Sultan Musaudin dibuang di buang ke Pulau
Cocos dan Sultan Alam Syah dirajakan semula.
Sultan
yang menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada Sultan Ali
(Terengganu), Raja Syed Hamzah (perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan Sultan
Badlisyah (Kedah). Pihak British belum membuat keputusan muktamad tentang
kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa pentadbiran Jepun. Pihak British
mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan akan menandatangani
perjanjian baru jika mahu kedudukan bagunda di iktiraf. Orang yang ditugaskan
untuk mendapat tandatangan sultan ialah Sir harold Mcmichael. Sebelum itu,
H.C.Willan ditugaskan untuk bersemuka dengan sultan-sultan bagi mengetahui
reaksi awal.
Misi Mac Michael
Sir Harold Mac Michael seorang yang berpengalaman
luas dan pernah berkhidmat di Sudan, Sub, Gabenor Wilayah Darfur, Penolong
Setiausaha Awam, Gabenor Tangayika (1933-1937) dan Pesuruhjaya Tinggi Palestin
dan Trans-Jordan (1938-1944).
Mac Michael tiba di pelabuhan Kelang pada 11
Oktober 1945 dengan kapal H.M.S Royalist. Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon
dan A.T. Newboult. MacMichael dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Tanah Jajahan
bagi mendapat perjanjian baru dengan sultan-sultan. Dengan perjanjian baru,
kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan sepenuhnya kepada British.
Setelah itu, barulah British dapat membentuk perlembagaan Kesatuan Malaya.
Mac
Michael memulakan misinya ke Johor. Pada18 Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang
dianggap oleh British sebagai pro-Jepun telah bersetuju untuk menandatangani
perjanjian baru. Selepas itu, Mac Michael menghadap
i. 23 Oktober- Sultan Alam Syah (Selangor)
ii. 31 Oktober- Sultan Abu Bakar (Pahang)
iii. 13 November – Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman.
(Negeri Sembilan)
iv. 20 November- Sultan Abdul Aziz. (Perak).
v. 2 Disember – Sultan Badlisyah (Kedah).
vi. Raja Syed Putera (Perlis)
vii. 17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan).
viii.
Sultan ISmail
(Terengganu).
Mac
Michael mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama Sultan
Badlisyah dan Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
James Allen berpendapat Malayan Union dirancang
kerana sentimen anti-melayu dan sebagai penghormatan kepada orang cina yang
menyokong British semasa perang. Pandangan ini disetujui oleh beberapa pengkaji
yang beranggapan matlamat Malayan Union ke arah membentuk nasionalisme dan
kesedaran Malaya dimana rakyat berbilang kaum akan memberi taat setia. Dan
tentunya juga rancangan ini kerah menjayakan dasar dekolonisasi British.
Reaksi bukan melayu
Kerajaan british tidak segera menerbitkan Kertas
Putih Malayan Union. Berita tentang penubuhannya hanya diketahui melalui siaran
radio BBC pada hari Selasa 22 Januari. Berita akhbar dikeluarkan oleg Reuter. Apabila Kertas Putih dikeluarkan
tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi akhbar cina, berita yang
lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General Labour Union)
di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh PKM.
Terdapat
dua kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan kebanyakannya
terdiri daripada ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam kewarganegaraan lebih
kepada kerakyatan China. Tanah Melayu hanya negara kedua. Dua tokoh penting
kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa.
Kumpulan
kiri yang diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas Putih malayan union.
Satu perkara yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan
kerajaan demokratik dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara
keseluruhannya konsep Malayan. Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan
negara merdeka komunis.
PKM
menganggap Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini
diperteguhkan lagi dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain yang
ditentang oleh PKM ialah keahlian dewan undangan dan eksekutif yang tidak
demokratik. PKM mahu diadakan pemilihan umum.
Bantahan-bantahan
PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk berjuang secara
perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk mencapai
kekuasaan. PKM memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan raya diadakan.
Terdapat
kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang mederate menerima Kertas Putih
Malayan Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini menubuhkan Parti
Berbilang Kaum iaitu MDU (malayan Demikratik Union) pada 21 Disember 1945. Kebanyakan
tokohnya berpendidikan Inggeris. Bagaimanapun MDU akhirnya dipengaruhi oleh
komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM dalam parti ini. MDU menuntut beberapa
perkara :
I Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.
II Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21
tahun dan keatas.
III Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan Undangan.
IV Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
V Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan
akhbar.
VI Reformasi pendidikan.
VII
Menungkatkan
taraf hidup rakyat.
Rakyat Orang Melayu
Semasa Malayan Union hendak dilaksanakan keadaan
di Tanah Melayu tegang. PKM mendalangi beberapa tunjuk perasaan berhubung
tuntutan gaji. Ketegangan dan pergaduhan kaum juga berlaku di Johor, Melaka,
Pahang, Kelantan, Kedah Perak dan Terengganu. Rakyat Tanah Melayu juga sedang
menghadapi masalah-masalah kekurangan makanan. Dalam keadaan sebegini rancangan
yang dianggap merugikan rakyat melayu tentu mereka menentang.
(a)
Akhbar-akhbar
Kertas
Putih Malayan Union dilihat dengan rasa takut, marah dan curiga. Berbanding
dengan akhbar-akhbar bukan melayu, akhbar-akhbar melayu menerbitkan laporan
Reauter tentang rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union. Akhbar-akhbar
melayu yang yang lantang menentang ialah Warta
Negara (Pulau Pinang), Majlis (Kuala
Lumpur), dan Utusan Melayu
(Singapura). Akhbar-akhbar ini mendesak orang melayu mengadakan perhimpunan
melayu seluruh tanah melayu bagi merapatkan barisan menentang Malayan Union.
Akhbar juga mahu orang melayu menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan
Bersatu Melayu.
Akhbar
berperanan menyiarkan berita-berita,komentar dan rencana-rencana menentang Malayan
Union tidak lain daripada menimbulkan keburukan. Akhbar majlis pula menganggap
orang melayu akan menjadi red indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia.
(b)
Sultan-sultan
Ada
antara sultan yang sudah mengatakan kebimbangan sejak misi MacMichael .Sultan
Abu Bakar (Pahang) menyerahkan memorandum kepada Mac Michael yang menyerahkan
soal imigresen, pelajaran untuk Orang Melayu, dan hak istimewa orang melayu.
Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Empat juga melahirkan rasa tidak puas
hati kepada Mac Michael. Sultan Abdul Aziz (Perak) juga meminta kepentingan
orang melayu dipelihara.
Setelah sultan-sultan menandatangani perjanjian dangan
Mac Michael dan setelah bantahan hebat orang melayu beberapa orang sultan telah
membuat bantahan kepada kerajaan British. Sultan Badlishah (Kedah) telah
menghantar kawat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Baginda mengecam
perjanjian baru dan cara Mac Michael berunding dan mengugut. Baginda menganggap
perjanjian yang ditandatanganil tidak sah kerana dipaksa. Pada 30 Januari 1946,
Sultan Abdul Aziz (Perak) menghantar protes kepada Lord Marchwood dan Lord
Elibank.
Sultan-sultan
nampaknya telah bersatu secara tidak rasmi dibawah Sultan Kedah Dan Perak.
Ekoran daripada itu, sultan Kelantan, Selangor, Yam Tuan Besar Negeri Sembilan
Dan Raja Perlis juga menulis petisyen kepada kerajaan British. Bagi menunjukkan
perpaduan Sultan Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan menghantar petisyen bersama kepada Hall. Sultan-sultan tidak membantah
dasar British tetapi mahu kepentingan orang Melayu dipelihara.
(c)
Pertubuhan-pertubuhan Melayu
Pertubuhan-pertubuhan Melayu yang wujud sejak
sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas British kembali berkuasa telah
menghantar petisyen bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan. Surat bantahan yang
panjang dihantar oleh Persatuan Melayu dari Kedah dan Perlis.
Selain
menghantar surat bantahan pertubuhan-pertubuhan Melayu juga melancarkan tunjuk
perasaan. Antara tunjuk perasaan yang terbesar dilakukan di Kota Bharu pada 15
Disember 1945. Tunjuk perasaan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kelantan dan
disertai oleh 10ribu orang sebagai membantah kedatangan Mac Michael. Persatuan
Melayu Kedah melancarkan tunjuk perasaan Alor Setar pada Januari 1946 dengan
disertai 50 ribu orang. Tunjuk perasaan dianjurkan sekali lagi pada bulan
berikutnya.
Persatuan-persatuan
Melayu bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga turut mengkritik
sultan-sultan yang menandatangani perjanjian Baru. Persatuan melayu di Johor
mengkritik Sultan Ibrahim yang menandatangani perjanjian tanpa persetujuan
Majlis Mesyuarat Negeri. Ini dianggap bertentangan dengan perlembagaan negeri.
Antara tokoh penentang di Johor termasuklah, Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin,
Haji Hassan Yunus, Dr. aAwang Hassan dan Dr. Hamzah Hj. Taip.
Dalam
jangka waktu 1945-1948 terdapat beberapa kumpulan radikal melayu sama ada pro
atau anti-Malayan Union. Sekumpulan Melayu yang masih memperjuanglan gagasan
Indonesia/ Melayu Raya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
PKMM diilhamkan daripada Parti Nasionalisme Indonesia pimpinan Sukarno.
Dalam kongres tahunan yang diadakan di
Ipoh pada 30 November 1945, PKMM
menggariskan lapan garis perjuangan. Garis perjuangan PKMM selari dengan PKM. Ini tidak menghairankan
kerana Pengerusi PKMM iaitu Makhtaruddin Lasso sememangnya aktivis komunis
Indonesia. Anggota PKMM terdiri daripada
bekas ahli KMM dan KRIS. PKMM menyokong konsep ‘union’ yang dianggapnya lebih
radikal dan bersifat republik. PKMM menuntut kemerdekaan dan Dewan Perwakilan
yang dipilih. Parti ini menerbitkan akhbar Pelita
Malaya dan Suluh Malaya.
Pada awalnya, pertubuhan melayu tidak bersatu
untuk menentang Malaya Union dan perpaduan tidak menguntungkan ke arah pan
Melayu Malaya. Editor akhbar Majlis,
Mohd Yunus Hamidi mencadangkan supaya Dato’ Onn
Jaafar dilantik menjadi pemimpin kongres Melayu Se-Malaya manakala beliau
yang juga setiausaha Persatuan Melayu Selangor ditugaskan untuk mengajak
persatuan-persatuan lain menerima Dato’ Onn.
Dato’ Onn
memulakan kempennya menentang Malayan Union di Johor menerusi pertubuhan
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Akhbar Warta Negara mencadangkan satu kongres
Melayu diadakan bagi mengatasi masalah perpecahan Melayu. Salah satu
cadangan mengatasi masalah perpecahan dan ke arah perpaduan, orang Melayu
memerlukan kepimpinan yang kuat. Orang yang ditunjuk untuk mengetuai orang
Melayu ialah Dato’ Onn. Ini dicadangkan oleh editor akhbar Majlis pada 12
Januari 1946.
Dato’ Onn
mencadangkan supaya Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Melaka kerana dianggap
tempat paling bersejarah. Namun ramai yang mencadangkan Kuala Lumpur sebagai
tempat persidangan kerana lebih sesuai dari segi kemudahan. Jawatankuasa
Kongres dipilih daripada Persatuan Melayu Selangor dan dipengerusikan oleh
Zaaba. Kongres
Melayu Semenanjung diadakan pada 1 Mac 1946 selama 4 hari di Kelab Sultan
Sulaiman yang dipengerusikan oleh Hishamuddin. Seramai 200 orang perwakilan
yang mewakili 41 pertubuhan yang hadir.
Kongres
menekankan dua perkara. Pertama, usaha menubuhkan Pergerakan Kebangsaan Melayu
dan Kedua ialah, kempen menentang Malayan Union. Semua perwakilan bersetuju
jika rancangan Malayan Union hendaklah digagalkan maka pembentukan organisasi
kebangsaan yang berkesan diperlukan. Dan
matlamat ini akan hanya dicapai melalui perjuangan.
Dato’ Onn
telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Seorang perwakilan, Dato’ Hamzah
Abdullah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan ini disokong
oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Kongres
bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau ringkasnya PEKEMBAR.
Bagaimanapun pertubuhan ini lebih dikenali sebagai UMNO. Sebuah jawatankuasa
dibentuk untuk merangka peraturan dan perlembagaan.
Apbila
Kongres kedua diadakan di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei, penubuhan UMNO
diterima. Dato’ Onn dilantik sebagai presiden dan Panglima Bukit Gantang
sebagai Pemangku Setiausaha. Dalam kongres ini, enam resolusi diputuskan
berhunbung dengan perlembagaan. Kongres telah menghantar telegraf kepada
Perdana Menteri Britain dan kumpulan-kumpulan yang bersimpati di England.
Sehari
sebelum Malayan Union dirasmikan dan pelantikan gabenor, pemimpin-pemimpin
kongres Melayu mengadakan sidang tergempar dan merancang memboikot pelantikan
gabenor. Sultan-sultan yang menginap di Hotel Stesyen, Kuala Lumpur untuk hadir
di upacara rasmi pelantikan gabenor didatangi oleh pemimpin-pemimpin kongresdan
baginda-baginda telah bersetuju untuk tidak hadir di upacara yang diadakan pada
1 April.
Kempen
orang Melayu menentang Malayan Union mendapat simpati daripada beberapa orang
bekas pegawai MCS yang penting. Banyak telegram dihantar kepada pegawai-pegawai
berkenaan untuk mendapat sokongan. Antara mereka yang bersimpati termasuklah
Frank Swettenham dan Richard Windstedt. Kedua-dua mereka berpendapat
pentadbiran Tanah Melayu sebelum peperangan telah memberi sumbangan yang besar.
Oleh itu, perubahan struktur yang terlalu besar tidak diperlukan. George
Maxwell yang mulanya menyokong Malayan Union kemudiannya menentang apabila
detail tentangnya dikeluarkan. Dua perkara yang tidak disenangi ialah soal
kewarganegaraan dan bentuk kesatuan.
Bantahan-bantahan
di London menyebabkan Pejabat Tanah Jajahan menjemput bekas-bekas pegawai untuk
berbincang. Mereka mewakili pro-Melayu, Cina dan berkecuali. Kuampulan
pro-Melayu lebih ramai dijemput termasuklah Laurence Guillemard, Andrew
Caldecott, R.O Winstedt, Sir Cecil Clementi, Frank Swettenham dan George
Maxwell.
Akibat
bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans dan Lt.
Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu. Setiap tempat
yang mereka lawati disambut dengan tunjuk perasaan anti-Malayan Union. Kerajaan
British kemudiannya bersetuju berunding dengan wakil-wakil sultan dan UMNO
dalam usaha merangka satu persekutuan baru. Skim persekutuan yang dicadangkan
menamatkan Malayan Union.
Sumber : Pelajar yang mengambil subjek pengajian Malaysia ini.