Teknik Ujian Penyaringan Antibodi Hemolisin
OBJEKTIF :
Untuk megesan kehadiran hemolisin dalam kumpulan darah O penderma.
PENGENALAN :
Hemolisin adalah bahan yang menyebabkan hemoglobin dikelaurkan daripada eritrosit dengan menggangu struktur integriti hemoglobin. Sekiranya hemolisin dijumpai dalam serum kumpulan darah O penderma, darah tersebut hanya boleh diberi kepada kumpulan darah O sahaja. Untuk mengesan hemolisin, serum yang digunakan mestilah segar. Ini kerana komplemen hanya hadir dalam serum yang segar yang mana ia diperlukan untuk hemolisis terjadi.
REAGEN :
a. Saline
BIOMETERIAL :
a. Sel kumpulan A
b. Sel kumpulan B
c. Serum penderma ( serum O )
ALAT RADAS :
a. Tabung uji
PERALATAN :
a. Pengempar
b. Waterbath
CARTA ALIR :
1. PENYEDIAAN SEL DARAH MERAH
A. Suspensi SDM 4% ( A & B )
2. UJIAN PENYARINGAN ANTIBODI HEMOLISIN
KEPUTUSAN :
| Tabung uji | Keputusan |
| A | Positif |
| B | Positif |
PERBINCANGAN :
Eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengesan kehadiran hemolisin dalam kumpulan darah O penderma. Ujian ini dijalankan mengunakan teknik ujian penyaringan Ab hemolisin. Hemolisin adalah bahan yang menyebabkan hemoglobin dikeluarkan debgan eritrosit menggangu struktur integriti hemoglobin. Dalam eksperimen ini, darah O penderma yang segar diuji. Ini kerana komplemen hanya hadir dalam serum yang segar yang mana ia diperlukan untuk hemolisis terjadi. Ujian ini menggunakan 2 tabung uji, dimana tabung uji ini ditanda dengan A dan B. tabung uji A bagi SDM A dan tabung uji B bagi SDM B. Keputusan yang diperoehi adalah positif dimana terdapat Ab hemolisin dalam darah O penderma pada kedua-dua tabung uji. Dimana supernatant dalam kedua-dua tabung uji berwarna kemerahan. Ini menunjukkan darah O penderma bukan darah O kecemasan. Darah O kecemasan adalah negatif hemolisin. Darah O penderma ini hanya boleh ditranfusi kepada kumpulan darah O sahaja.
KESIMPULAN :
Eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengesahkan kehadiran hemolisin dalam kumpulan darah O penderma. Keputusan yang diperolehi adalah posotif dimana supernatan berwarna kemerahan yang menunjukkan terdapatnya Ab hemolisin dalam darah O penderma.
SOALAN :
1. Mengapakah supernatan berawrna kemerahan sekiranya keputusan posotif didapati ?
Supernatan berwarna kemerahan kerana terdapat Ab hemolisn dalam serum penderma darah O. Ini kerana hemolisin adalah bahan yang menyebabkan hemoglobin dikeluarkan daripada eritrosit dengan menggangu struktur integriti hemoglobin.
Ujian Anti-Human Globulin ( Ujian Coomb ).
OBJEKTIF :
Ujian ini dijalankan untuk mengesan anemia hemolitik imun.
TEORI :
Ujian Anti-Human Globulin ( AHG ) adalah sejenis kaedah yang biasa digunakan untuk mengesan anemia hemolitik imun dalam makmal hematologi. Bahan uji AHG adalah sejenis antibodi yang mempunyai aktiviti mengesan immunoglobulin manusia. Sekiranya SDM di sensitisasikan oleh immunoglobulin atau komplemen seperti yang berlaku dalam kes Anemia Hemolotik Autoimun ( AIHA ), antisera AHG yang dicampurkan ke dalam ujian akan menyebabkan agglutinasi secara in-vintro.
PRINSIP :
Sera AHG disediakan dengan menyutik globulin manusia ke dalam arnab. Ia digunakan untuk mengesan tindakbalas Ag-Ab yang tidak memberikan reaksi ( agglutinasi ) yang jelas. Ab mempunyai kemampuan untuk mensensitisasikan SDM untuk menghasilkan agglutinasi.
REAGEN / PERALATAN
a ) Bahan Kimia
i. Bahan uji ahg ’ Broad – sectrum ’ atau monospesifik.
ii. 0.85% saline
iii. AHG ( Coomb’s ) control cell
b ) Bahan biologi / spesimen
· Darah vena dalam antibekuan EDTA
c ) Alat radas
· Pipet
· Tabung uji
d ) Peralatan
· Spektrofometer
· Pengempar
PROSEDUR :
v Satu bahagian ampaian 3% sel pesakit dimasuk ke dalam dua tabung uji berlabel UJIAN dan KONTROL NEGATIF.
v Sel dibasuh sebanyak 4 kali dengan saline. Keseluruhan saline ( supernatan ) dibuang dari setiap basuhan,
v 2 titik antisera AHG dimasuk ke dalam tabung uji dan 2 titik bonine albulmin ke dalam tabung uji KONTROL NEGATIF.
v Campuran disebati dan diempar pada kelajuan yang perlahan selama 15-20 saat.
v Pemeriksaan makroskopik dan mikroskopik diperhati.
KEPUTUSN :
AHG BOVINE ALBUMIN
PERBINCANGAN :
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengesan anemia hemolitik imun. Bahan uji AHG adalah sejenis antibodi yang mempunyai aktiviti mengesan immunoglobulin manusia.
Sera AHG digunakan untuk mengesan tindakbalas antigen-antigen yang tidak memberikan reaksi yang jelas. Ab mempunyai kemampuan untuk mensensitisasikan SDM untuk menghasilkan agglutinasi.
Antara keputusan yang mugkin diperolehi ialah positif palsu dan negatif palsu.Faktor-faktor yang menyebabakan keputusan positif palsu ialah AHG yang digunakan tercemar oleh bakteria, SDM tercemar, asid salisilik dari radfes kaca, saline tidak mempunyai kepekatan yang betul, dan spesimen darah yang mempunyai retik tinggi kerana retik mengandungi trasferin yang bertindak dengan antitrasferin yang berada dalam AHG.
Faktor-faktor yang menyebabkan keputusan negatif palsu ialah AHG yang tidak sesuai, AHG yang tercemar oleh kuman bakteria, tidak masukkan AHG dalam ujian, tidak menbasuh SDM dengan sempurna, dan masa pengeraman tidak tepat pada 37°C yang menyebabkan proses sensitisasi tidak sempurna.
Keputusan yang diperolehi pada akhir eksperimen ialah positif, dimana bentuk yang terhasil adalah bulat dan mempunyai ruang. Selain itu, sel yang kelihatan adalah bergabung di antara satu sama lain. Sel darah yang kelihatan adalah berwarna biru dan terdapat sebahagian sel-sel darah yang hemolisis.
KESIMPULAN :
Keputusan yang diperolehi adalah tepat, dan sel-sel darah dapat dilihat dengan jelas melalui mikroskop.
SOALAN :
- Nyatakan perbezaan antara ujian anti-human globulin langsung dengan tidak langsung ?
| IAT | DAT |
| · Menggunakan sampel serum · Berfungsi untuk mengesan Ab bebas dalam serum · Melibatkan reagen sel darah merah di mana SDM dapat mengesan Ab dalam serum. | · Mengguanakan sampel SDM · Mengesan Ab yang melekat dengan Ag di permukaan SDM. · Tiada reagen sel darah merah yang digunakan. |
- Nyatakan aplikasi ujian AHG ( DAT adn IAT ) ?
| IAT | DAT |
| · Ujian keserasian · Ujian penyaringan Ab · Ujian identifikasi Ab ( kes HDN, AIHA) | · Ujian D · Ujian penyaringan Ab · Digunakan untuk penyiasatan kes ( HDN, AIHA ) |
Google Translate
Search
Labels
Popular Posts
Followers
Kunjungan
Traffic Feed
koleksitugasan.blogspot.com