Jaundis

Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi. Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.

Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata (Sklera)  yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan.

Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.

Paras kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi, bayi perlu mendapat rawatan segera, tanpa mengira apakah puncanya.

Segera Dapatkan Rawatan

Apa yang penting, bayi perlu diberi rawatan secepat mungkin apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi. Ia boleh mengelak terjadinya kenicterus.

Kenicterus yang asalnya daripada dua perkataan Greek adalah nama yang diberikan kepada kerosakan otak akibat bilirubin yang berlebihan dan melekat di otak. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya, paras jaundis bayi adalah rendah kerana ia tidak begitu membahayakan.

Jenis Jaundis

Selain jaundis biasa terdapat sejenis jaundis yang dikenali sebagai jaundis fisiologikal.

Jaundis ini berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Pada kebanyakan bayi yang baru dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan akan pecah dan disingkirkan daripada tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini pula akan membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin membebaskan pigmen bilirubin.

Hal ini terjadi, disebabkan hati bayi yang baru lahir itu belum matang dan tidak mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Ini juga bermakna bilirubin ini tidak dapat disingkirkan dengan secepat yang dikehendaki lantas mengakibatkan jaundis.

Biasanya jaundis fisiologikal ini berlaku di kalangan bayi yang berusia 3 - 4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5 - 7 hari.

Punca Jaundis

Perbezaan kumpulan darah antara ibu dan anak juga boleh menyebabkan jaundis. Selain itu jaundis mungkin juga disebabkan sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD (Glucose-6-Phosphate- Dehydrogenase). Bayi yang menghidap jangkitan boleh juga mendapat jaundis. Bawalah bayi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jaundis dan Risikonya

Ibu bapa diingatkan bahawa jaundis yang teruk boleh menjejaskan otak dan merosakkan otak bayi. Ia berlaku khususnya kepada bayi yang mempunyai sel darah merah yang abnormal, kekurangan G6PD dan Rhesus yang tidak sesuai dengan ibunya. Keadaan ini menyebabkan paras bilirubin menjadi sangat tinggi di dalam darah. Apa yang tidak diketahui sehingga ini ialah sama ada kerosakan otak akan berlaku juga pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal.

Terdapat bukti-bukti saintifik menunjukkan jaundis jarang berlaku pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal. Kebaikan paras bilirubin rendah mahupun ringan tidak dapat dipastikan tetapi sesuatu yang pasti, bilirubin mempunyai agen anti- oksidan namun kepentingannya tidak diketahui. Apa yang diketahui ialah paras bilirubin yang rendah tidak memudaratkan bayi. Majoriti bayi yang menghidapi jaundis yang teruk membesar menjadi kanak-kanak yang normal.

Bagaimanapun hanya segelintir yang menghadapi jaundis teruk  mempunyai risiko menghidapi cerebral palsy atau palsi serebrum dan pekak. Tanda-tanda penyakit palsi ini mungkin tiada sehinggalah bayi membesar dan berkembang.

Bayi perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar pediatrik bagi mencari bukti kehadiran palsi serebrum. Biasanya pemeriksaan perlu dijalankan dua hingga empat kali setahun untuk tempoh dua tahun pertama. Bayi yang menghidap jaundis biasanya mengalami najis berwarna kekuningan atau kehijauan. Najis berwarna pucat di kalangan bayi itu memberi isyarat penting bagi anda untuk membawanya berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya.

Najis berwarna pucat bermakna terdapat penyekatan saluran hempedu di antara hati dan usus kecil. Jaundis biasanya tidak memudaratkan namun jangan diambil mudah. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Rawatan Hospital

Sekiranya bayi dimasukkan ke wad kerana jaundis, ia tidak mengambil masa yang begitu panjang atau lama. Selalunya bayi masih mengalami sedikit kekuningan dibenarkan untuk dibawa pulang.

Bayi yang mendapat jaundis ini akan diberi rawatan di bawah sinar cahaya atau rawatan fototerapi untuk beberapa hari. Kekuningan itu akan hilang dalam beberapa hari sahaja. Bagaimanapun adalah penting bagi ibu atau bapa memastikan jaundis yang dialami bayi akan pulih sepenuhnya selepas tempoh tersebut. Demi memastikan bayi bebas jaundis, ibu bapa atau penjaganya perlu membawa bayi seminggu selepas bayi keluar dari hospital.
Mengenai pengambilan susu kambing oleh bayi yang menghidap jaundis, perbuatan itu wajar dielakkan.  Ini kerana susu kambing mengandungi zat-zat galian yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan susu badan.

Ibu-ibu dinasihatkan meneruskan penyusuan kerana ia dapat membantu menurunkan kadar kekuningan bayi. Sememangnya susu ibu amat berharga dan terbaik dalam membantu mempercepatkan proses mengurangkan kekuningan pada bayi.
Setelah bayi mendapat susu yang cukup ia membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.

TEKNIK HISTOLOGI-PROSEDUR DI LAB TEKNIK HISTOLOGI

TAJUK
PENYEDIAAN TISU HISTOPATOLOGI DAN FIKSASI

GROSSING

PEMOTONGAN TISU

PEMPROSESAN TISU

PENANAMAN BLOK TISU

COOLING

MIKROTOM

PENGANPUNGAN

PENGERINGAN DALAM OVEN

PERWARNAAN H & E

MOUNTING

1.0 PENYEDIAAN TISU HISTOPATOLOGI DAN FIKSASI

PRINSIP
Dalam proses pengambilan sampel , bahagian tisu yang diambil samada
biopsy , FNA @ pembedahan dihantar ke makmal bagi menjalankan 
proses histopatologi yang seterusnaya. Fiksasi adalah untuk 
mengelakkan perubahan bentuk dan juga isipadu pada tisu. 
Tisu yang di fiksasikan bertujuan bagi penyimpanan dan bagi 
memudahkan proses pendiagnosan sesuatu penyakit.
RADAS/ BAHAN
I. Dissection set ( Scalpel , Forcep , Gunting , Dissection 
Board , Pin )
II. Cholorofom
III. Normal saline
IV. Formalin 10%
V. Bikar

KAEDAH
image

PEMBEDAHAN
191120121267

ORGAN
GINJAL
JANTUNG
clip_image003 clip_image005
PARU-PARU
HATI
clip_image007 clip_image009



1.0 GROSSING
Dimana tisu di nilai melalui pemerhatia mata kasar. 
Proses ini dilakukan oleh pakar patologi dengan melihat ciri-ciri seperti :
ü Ukuran bahagia tisu
ü Struktur tisu ( warna , perubahan saiz , dan struktur histology )
ü Kesan-kesan fizikal – lesi / bengka
KAEDAH
image

GAMBAR
image

1.0 PEMOTONGAN TISU

Dimana tisu yang terpilih akan dipotong pasa saiz 3mm-5mm dengan 
mengunakan skapel di atas papan pemotong. Seterusnya tisu tersebut 
di masukkan ke dalam kaset bagi proses seterusnnya.
ALAT RADAS
I. Dissection set ( Scalpel , Forcep , Gunting , Dissection Board , Pin )

KAEDAH
image

GAMBAR
1. Organ diukur sebelum dipotong (3mm-5mm)
imageimage
1. Pemotongan tisu
imageimage
1.0 PEMPROSESAN TISU

Proses pemprosesan tisu merupakan langkah penting dalam proses 
penyendiaan tisu histopatologi. Terdapat empat proses dalam 
pemprosesan tisu iatu Dehidrasi, Permbersihan, Impregnasi Dan Embedding.
RADAS/BAHAN
I. Botol universal , forcep
II. Larutan alcohol 70% , 95% , 100%
III. Larutan xylene
IV. Lilin paraffin
V. Mesin penanaman , moulder, kaset tisu

KAEDAH

dilakuak pemprosesan tisu dengan merendam tisu yang fi fiksasikan ke 
dalam larutan dlam jadual di bawah :
BOTOL LARUTAN MASA (JAM )
1 Alkohol ½
2 Alkohol ½
3 Alkohol ½
4 Alkohol 1
5 Alkohol 1
6 Alkohol 1
7 Xylene 1
8 Xylene 2


clip_image002
Dilakukan impregnasi dengan merendam dalam lilin paraffin (5jam )
clip_image003[8]
Dijalankan proses penanman tisu dengan mengunakan mesin penanaman
clip_image003[9]
di bekukan blok tisu sebelum menjalankan proses pemotongan

GAMBAR
Proses impregnasi
Proses penanaman tisu
image clip_image002[7]
1.0 PENANAMAN BLOK TISU

Proses penanaman tisu merupakan satu proses untuk menyediakan 
tisu dalam bentuk blok tisu bagi memudahkan proses pemotongan .
RADAS/ BAHAN
I. tisu yang telah diimpregnasikan dalam lilin paraffin
II. Imbedding center , coolin unit
KAEDAH
image
GAMBAR
image


1.0 COOLING
Merupakan proses untuk memberikan kekerasan yang konsisten pada 
blok tisu sebelum pemotongan. Serta mempercepatkan pengerasn lilin paraffin.
KAEDAH
clip_image003[14]
Selepas proses penaman tisu , moulder di alih ke tisu cooling 
unit untuk pengerasn blok tisu
clip_image004

Dibiarkan mengeras selama 15 minit ,

clip_image005[8]
Selepas blok tisu betul-betul keras dipisahkan blok dari mouder

BLOK TISU

clip_image007[7]
masalah yang terdapat pada tisu :
a) Pembentukan dwi-lapisan : ini berlaku lilin dibiarkan mengeras 
lama ketika proses penanaman
b) Pembentukan warna keputihan pada blok tisu : disebabkab oleh 
penyejukan pelahan dan tidak seragam
c) Bahagian terdapat bahagian yang lembut : disebabkan oleh 
penyejukan yang tidak serangam
d) Permukaan blok yang tidak sekata : disebabkan oleh pengunaan 
moudel yang tidak bersih , memyebabkan masih lagi terdapat lilin 
paraffin dan semasa proses penyejukan atas cooling unit yang tidak 
sekata.
1.0 MIKROTOM
Proses pemotongan dengam mengunakana microtom adalah 
bertujuan untuk menghasilakn hirisan potongan tisu yang 
bersaiz 3-5 µ, Seterusnya section tisu diletakkan di atas slaid 
bagi proses perwarnaan.mikrotom adalah alat yang direka untuk 
memotong tisu secara seragam untu dilihat dibawah mikroskop.
RADAS/BAHAN
I. blok tisu paraffin yang telah disedia
II. mikrotom , pisau mikrotom , waterbath (tetap suhu air pada -60oC
III. serbuk albumin
IV. thermal unit, oven(tetap suhu pada 50-60oC
KAEDAH
clip_image003[16]


GAMBAR
clip_image006



2.0 PENGAMPUNGAN
Pengampungan section tisu berfungsi untuk menengangkan dan 
meratakan section sebelum dilekatkan pada salaid. Section yang telah 
dipotong dipindahkan ke dalam tissue floating bath. Tissue floating 
bath biasanya mempunyai suhu air sekitar 45-60oC (20C lebih rendah 
daripada takat lebur lilin ) Selama 30-60 saat. Pencingan boleh 
dilakukan seterusnnya.

KAEDAH

clip_image008

GAMBAR
  1. clip_image010
  2. Pemindahan section pada tissue floating bath
2. Proses pemancingan section (fishing )
clip_image012

3. Pengeringan section dalam oven , suhu 60oC selama ½ jam
clip_image014

3.0 PENGERINGAN DALAM OVEN

Sectiona tisu yang telah diletakkan pada slaid perlu di 
keringkan bagi mengeluarkan air , lebiham lilin dan juga 
memastikan lekatan tisu pada slaid adalah baik. 
Ini dilakukan dengan meletakkan slaid tisu di dalam oven pada 
suhu 450c-600c selama lebih ½ jam . selepas itu, Slaid boleh 
dikeluarkan dan bersedia untuk prose perwarnaan .
KAEDAH

clip_image016


GAMBAR
clip_image018 clip_image020

4.0 PERWARNAAN H&E

Perwarnaan hematoxylin dan eosin (H&E) adalah dianggap 
perwarnaan universal kerana dapat mewrnkana hamper 
semua struktur histology dan digunkan secara meluas dalam bidang 
histology
RADAS /BAHAN
I. Copping Jar , Forcep , Coverslip , DPX
II. Alcohol 100%, 95% , 70%, Xylene
III. Air Paip
KAEDAH

clip_image022
GAMBAR
· Dilakukan perwarnaan H&E
 clip_image026
KEPUTUSAN
clip_image028

Slaid ginjal
clip_image030

clip_image032

5.0 MOUNTING
adlaha teknik yang dilakukan selepas proses perwarnaan dimana slaid yang tekah diwarnakan akan dilekatkan dengan sisisp kaca mengaunakan media pelekatan seperti DXP .Bertujuan untuk melindungi section tisu supaya bertahan lama, memberikan kekemasan slaid tisu yang diwarnakan dan memyediakan permukaan lutsinar/transparent apabila di lihat di bawah mikroskop cahaya
KAEDAH

clip_image034

GAMBAR

image

KANSER USUS BESAR (KOLON)

imageimageimageimageimageimageimageimageimageimage