OBJEKTIF :
Menaksir kreatinin menggunakan kaedah Jaffe
PRINSIP :
Kaedah yang biasa digunakan untuk analisis kreatinin ialah tindakbalas Jaffe. Tindakbalas ini menggunakan asid pikrik dalam larutan beralkali yang bertindakbalas dengan kreatinin membentuk sebatian berwarna iaitu kreatinin-pikrik. Masalah utama tindakbalas ini ialah kehadiran interferen seperti glukosa, protein, asid askorbik asid keto.
BAHAN UJI :
· Urin
REAGEN :
· Asid tungstik
· Larutan 0.036M asid pikrik
· Larutan 1.4M natrium hidroksida
· Larutan simpanan piawaian kreatinin ( 100mg/dL )
· Larutan kerja piawai kreatinin 10ml/dL
ALAT RADAS :
· Tabung uji empar
· Tabung uji kaca
· Spektrofotometer
· Pengempar
PROSEDUR :
a) Peringkat Pertama
· spesimen urin 1 : 20 dicairkan dengan air suling
· 4.0 ml larutan asid tungstik dan urin yang telah dicairkan dipipetkan
· Kedua-dua larutan tersebut disebatikan
· Larutan tersebut dibiarkan selama 10 minit sebelum diemparkan pada halaju 1500 psm selama 2 minit untuk mendapatkan supernatan
b) Peringkat kedua : Peringkat tindakbalas
§ tabung uji 15 x 150 mm disediakan dan ditandakan sebagai :
Tabung uji 1 | K ( kosong ) |
Tabung uji 2 | P ( piawai ) |
Tabung uji 3 | U ( ujian ) |
Kosong (K) ml | Piawai (P) ml | Ujian (U) ml | |
Air suling | 3.0 | 2.9 | - |
Larutan piawai 10mg/dL | - | 0.1 | - |
Supernatan urin | - | - | 3.0 |
0.036M asid pikrik dan sebatkan | 1.0 | 1.0 | 1.0 |
1.4M NaOH | 0.5 | 0.5 | 0.5 |
- kesemua larutan disebatikan dan dibiarkan selama 15 minit di tempat yang gelap
- absorbans spektrofotometer dibaca pada jarak gelombang 520 nm. KOSONG digunakan sebagai blank ( pengosong )
PENGIRAAN :
Berdasarkan Hukum Beer
- Mg kreatinin serum dalam 100 ml urin atau g kreatinin dalam 24 jam
Abs U x faktor x kepekatan piawai ( 100mg/dL )
Abs P
Mg urin
Mg standard
Mg urin = 0.01
Mg standard = 0.5 x 3.0
4.5
Kepekatan piawai = 100
KEPUTUSAN :
Bacaan absorbans | K ( kosong ) | P (piawai ) | U ( ujian ) |
1 | 0.000 | 0.133 | 0.266 |
2 | 0.000 | 0.123 | 0.250 |
3 | 0.000 | 0.127 | 0.263 |
Purata | 0.000 | 0.128 | 0.260 |
PENGIRAAN :
Abs U x faktor x kepekatan piawai ( 100mg/dL )
Abs P
= 0.260 X 0.01 X 100
0.128 0.33
= 6.155 mg/dL
PERBINCANGAN :
KESIMPULAN :
SOALAN :
1. Apakah fungsi asid tungstik?
Ø Fungsi asid tungstik ialah menghalang kehadiran interferen seperti glukosa, protein, asid askorbik, asid keto.
2. Apakah prinsip ujian ini ?
Ø Prinsip ujian ini ialah tindak balas menggunakan asid pikrik dalam larutan beralkali yang bertindak balas dengan kreatinin membentuk sebatian berwarna iaitu kreatinin-pikrik.
3. Jelaskan mekanisme sintesis kreatinin( bermula dari sintesis kreatin )
Ø Kreatinin disintesis di dalam ginjal,hati dan pankreas oleh dua tindak balas berenzim. Tindakbalas ini dikenali transamidasi arginin dan glisin serta tindakbalas metilasi.
Ø Kreatinin diangkut oleh organ lain seperti otot dan otak dimana ia akan difosforilasikan kepada fosfokreatin iaitu suatu kompaun yang bertenaga tinggi. Penukaran fosfokreatin dan keratin merupakan ciri proses metabolism kontraksi otot. Sebahagian dari kreatin dalam otot ditukarkan kepada kratinin secara spontan dan tak berbalik.
Ø Jumlah keratinin dihasilkan setiap hari adalah berkaitan dengan jisim otot dan tidak berbeza dari hari ke hari. Paras kreatinin dalam aliran darah agak malar kerana dipengaruhi oleh diet.
SUMBER :Pelajar yang mengambil subjek ini.