Teknik Ujian Penyaringan Antibodi Hemolisin

OBJEKTIF :

Untuk megesan kehadiran hemolisin dalam kumpulan darah O penderma.

PENGENALAN :

Hemolisin adalah bahan yang menyebabkan hemoglobin dikelaurkan daripada eritrosit dengan menggangu struktur integriti hemoglobin. Sekiranya hemolisin dijumpai dalam serum kumpulan darah O penderma, darah tersebut hanya boleh diberi kepada kumpulan darah O sahaja. Untuk mengesan hemolisin, serum yang digunakan mestilah segar. Ini kerana komplemen hanya hadir dalam serum yang segar yang mana ia diperlukan untuk hemolisis terjadi.

REAGEN :

a. Saline

BIOMETERIAL :

a. Sel kumpulan A

b. Sel kumpulan B

c. Serum penderma ( serum O )

ALAT RADAS :

a. Tabung uji

PERALATAN :

a. Pengempar

b. Waterbath

CARTA ALIR :

1. PENYEDIAAN SEL DARAH MERAH

A. Suspensi SDM 4% ( A & B )

clip_image003

2. UJIAN PENYARINGAN ANTIBODI HEMOLISIN

clip_image004

KEPUTUSAN :

Tabung uji

Keputusan

A

Positif

B

Positif

PERBINCANGAN :

Eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengesan kehadiran hemolisin dalam kumpulan darah O penderma. Ujian ini dijalankan mengunakan teknik ujian penyaringan Ab hemolisin. Hemolisin adalah bahan yang menyebabkan hemoglobin dikeluarkan debgan eritrosit menggangu struktur integriti hemoglobin. Dalam eksperimen ini, darah O penderma yang segar diuji. Ini kerana komplemen hanya hadir dalam serum yang segar yang mana ia diperlukan untuk hemolisis terjadi. Ujian ini menggunakan 2 tabung uji, dimana tabung uji ini ditanda dengan A dan B. tabung uji A bagi SDM A dan tabung uji B bagi SDM B. Keputusan yang diperoehi adalah positif dimana terdapat Ab hemolisin dalam darah O penderma pada kedua-dua tabung uji. Dimana supernatant dalam kedua-dua tabung uji berwarna kemerahan. Ini menunjukkan darah O penderma bukan darah O kecemasan. Darah O kecemasan adalah negatif hemolisin. Darah O penderma ini hanya boleh ditranfusi kepada kumpulan darah O sahaja.

KESIMPULAN :

Eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengesahkan kehadiran hemolisin dalam kumpulan darah O penderma. Keputusan yang diperolehi adalah posotif dimana supernatan berwarna kemerahan yang menunjukkan terdapatnya Ab hemolisin dalam darah O penderma.

SOALAN :

1. Mengapakah supernatan berawrna kemerahan sekiranya keputusan posotif didapati ?

Supernatan berwarna kemerahan kerana terdapat Ab hemolisn dalam serum penderma darah O. Ini kerana hemolisin adalah bahan yang menyebabkan hemoglobin dikeluarkan daripada eritrosit dengan menggangu struktur integriti hemoglobin.