Chikungunya

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah.  Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Manusia boleh mendapat penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.  Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

Simptom yang dihidapi:

*Demam panas mengejut

*Sakit teruk pada sendi

*Ruam pada badan

*Sakit kepala

*Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

*Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Cara mencegah:

*Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong.

*Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

*Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

*Memasang ubat nyamuk atau memasang kelambu sewaktu hendak tidur

image

Semburan kabus dan ULV juga boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan