Malaria

Malaria merupakan satu penyakit yang tersebar secara meluas oleh nyamuk Anopheles betina, terutamanya di kawasan pedalaman dan kawasan-kawasan yang terdapatnya takungan- takungan air secara meluas. Nyamuk ini memerlukan sel-sel darah merah yang kaya dengan protein dan hemoglobin untuk bertelur. Semasa ia menghisap darah dari manusia, parasit Plasmodium yang berada di kelenjar air liur nyamuk itu akan memasuki kitaran darah mangsa sebelum bergerak ke sel-sel hati untuk berkembang dan membiak. Ketika ini mangsa mungkin tidak tahu dirinya sudah dijangkiti parasit berkenaan sehinggalah kira-kira satu atau dua minggu kemudian apabila tanda-tanda penyakit malaria mulai kelihatan. Antara tanda- tanda yang biasa dihadapi oleh pesakit ialah demam, menggeletar, arthralgia (sakit sendi), muntah, anemia disebabkan hemolysis, hemoglobinuria, dan kekejangan

JENIS-JENIS MALARIA:

· Plasmodium falciparum

· Plasmodium malariae

· Plasmodium vivax

· Plasmodium ovale

· Plasmodium knowlesi

NYAMUK YANG MENGINFEKSI:

· Nyamuk Anopheles betina

image

Kitar hidup parasit malaria

Parasit malaria memerlukan 2 perumah. Manusia dikenali perumah intermediate dan nyamuk sebagai perumah definitive. Sewaktu nyamuk betina Anopheles yang terinfeksi dengan malaria menghisap darah, ia akan inoculates sporozoit ke dalam badan manusia.

sporozoit akan menginfeksi sel-sel hepar dan matang menjadi schizonts dan pecah membebaskan merozoits. ( P. vivax dan P. ovale adalah peringkat hipnozoit, dan menyebabkan keadaan relaps berlaku. Hipnozoit yang berada dalam sel parenchyma hati akan kembali aktif dan menyerang semula sel darah merah (SDM) selepas beberapa tahun.

kemudian, parasit ini akan mengalami penggandaan secara aseksual di dalam SDM (erythrocytic schizogoni) . merozoits ini akan menginfeksi SDM. peringkat ‘ring form’ trofozoits akan matang menjadi schizonts, dan akan pecah membebaskan merozoits. Parasit ini akan dibezakan melalui peringkat sexual erythrocytic (gametosit).

Gametosit ini terbahagi kepada 2, iaitu male gametosit (microgametosit) dan female gametosit ( macrogametosit). Gametosit ini akan diambil oleh nyamuk anopheles apabila ia menggigit perumah. Penggandaan parasit di dalam perut nyamuk ini dipanggil ‘sporogonic cycle’. Sewaktu dalam perut nyamuk, microgametosit akan penetrate macrogametosit menghasilkan zigot. Zigot bertukar menjadi ookinetes (motile). Ookinates akan menembusi lambung perut nyamuk membentuk oosista. Oosista akan membesar, pecah, dan membebaskan sporozoits dan akan migrasi ke kelenjar air liur nyamuk.

Inokulasi sporozoit tersebut ke perumah (manusia) yang lain akan meyebabkan kitar hidup malaria berulang.

SIMPTOM YANG DIHIDAPI:

· demam

· menggeletar

· arthralgia (sakit sendi)

· muntah,

· anemia disebabkan hemolysis, hemoglobinuria, dan kekejangan (convulsion) kemungkinan perasaan mencucuk pada kulit terutama dengan malaria yang disebabkan oleh P. falciparum.

· rasa sejuk diikuti dengan kekejangan dan demam dan berpeluh selama empat hingga enam jam, berlaku setiap dua hari bagi jangkitan P. vivax dan P. ovale, sementara setiap tiga hari bagi P. malariae. P. falciparum boleh mengalami demam berulang setiap 36-48 jam atau demam hampir berpanjangan

Ø Malaria akan menjadi lebih teruk sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan P. falciparum. Ia boleh menyebabkan koma dan kematian sekiranya tidak dirawat. kanak-kanak muda dan wanita mengandung lebih terdedah.

*Splenomegaly (limpa bengkak),

*sakit kepala teruk,

*ischemia serebral,

*hepatomegaly (hati bengkak),

*hypoglycemia

*hemoglobinuria

*Kegagalan ginjal mungkin menyebabkan demam blackwater, di mana hemoglobin dari sel darah merah lysed memasuki air kencing.

image

Pendiagnosan makmal:

*Kebiasaannya darah diambil melalui darah cucukan jari ketika pesakit sedang demam.

*Teknik terbaik adalah: FDN/FDT yang dicelup field / giemsa. (kebiasaannya giemsa)

Filem darah tebal

Filem darah nipis

kegunaan

Mengesan infeksi malaria

Kenal pasti sepsis malaria

kebaikan

· Boleh kesan infeksi ringan

· Tidak perlukan alatan rumit

· Masa saringan lebih cepat dari FDN

· Boleh anggar keterukan infeksi- mengira parasit

· Boleh kenal spesies dengan tepat

· Boleh kesan infeksi campuran

· Boleh bezakan SDM yang terinfeksi dengan SDM yang tidak terinfeksi

kelemahan

*Sukar mengenal spesies

*Sukar tentukan infeksi campuran

*Tidak sesuai pencelupan field

*Boleh berlaku negative palsu pada infeksi ringan