Filariasis

Disebabkan oleh jangkitan cacing filaria

HUMAN FILARIASIS:

image

Limfatik filariasis menyebabkan infeksi pada bahagian lymph nodes. Inflamasi ini pula ditambah dengan bilangan cacing dewasa yang mati, dimana menyebabkan saluran lymph tersumbat. Disebabkan pengurangan cecair lymph yang mengalir, maka pengumpulan akan berlaku dan menyebabkan pembengkakkan.

Kehadiran bacteria atau kulat jangkitan di kawasan terjejas menyebabkan penebalan dan pengerasan kulit, mengakibatkan "untut", yang menyakitkan dan mencacatkan ia selalunya boleh membawa kepada pemulauan daripada masyarakat pesakit.

HABITAT:

· Cacing tersebut hidup dalam kelenjar atau saluran limfa

· Microfilaria yang bersarung terdapat dalam darah

VECTOR YANG TERLIBAT:

· Nyamuk Culex

· Nyamuk Mansonia

image

KITAR HIDUP:

* Larva peringkat ketiga akan memasuki kulit manusia melalui gigitan nyamuk culex yang terinfeksi dan kemudiannya akan memasuki salur limfatik, menjadi matang dan hasilkan microfilaria. Microfilaria akan memasuki salur darah dan diambil oleh nyamuk ketika ia menggigit manusia.

*Microfilaria akan masuk ke perut nyamuk, dan akan menanggalkan sarungnya dalam masa 2-6 jam, menembusi dinding nyamuk dan memasuki otot toraks.

* Selepas 2 hari, ia akan bertukar menjadi larva peringkat pertama.dalam masa seminggu ia akan bersalin kulit sebanyak 1 atau 2 kali, dan seminggu kemudian ia akan menjadi larva peringkat ke-3 yang infektif

*Kemudiannya, ia akan masuk ke proboscis nyamuk dan bersedia untuk memasuki ke manusia yang seterusnya apabila digigit oleh nyamuk ini.

SIMPTOM:

*Elefentiasis

*Radang kemerahan

*Demam

*Kesejukan

*Pening kepala

*Hematuria, hidrocele, chyocele, dan chyluria boleh hadir pada kes yang kronik

DIAGNOSIS MAKMAL UNTUK LIMFATIK FILARIASIS

Terdapat beberapa cara diagnosis makmal untuk mengesan infeksi limfatik filariasis dalam peredaran darah manusia. Antaranya ialah:

Teknik Parasitology

*Smear Darah (Tebal dan nipis)

*Mikrokapilari

*Knott

*Membrane Nucleopor

Teknik Serology / Imunology

*Polymerase Chain Reaction Test (PCR)

*Ultrasonography

*ELISA

*Indirect fluorescent antibody

Teknik Histopathology

*Skin Biopsy

Staining Yang Digunakan

*Giemsa

*Hematoxylin