Pengajian Malaysia - Proses Pembentukan Malaysia

Kandungan:
  1. Pengenalan
  2. Faktor – faktor Pembentukkan Malaysia.
  3. Proses Pembentukan Malaysia.
  4. Pengisytiharan Malaysia.
  5. Penutup

Pengenalan

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan.
Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah – wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik.
Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. MIsalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato’ Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama.
Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman Putra
Al-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan ‘ Tanah Melayu Raya’ yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal dan daapt menyekay pengaruh komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.
Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysia telah ditandatangani di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

Faktor – faktor Pembentukkan Malaysia.
Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor – faktor tertentu. Antara faktor – faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum bumiputera.

Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu,  Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United People’s Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka.

Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubakan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhab komunis sulit iaitu Persatuan Belia maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menengtang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Tunku Abdul Rahman percaya dengan menbawa masuk Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan menpercepatkan kenerdekaan dua wilayah ini. Di samping itu, kaum buniputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo  Utara ialah bumiputera.

Kemajuan ekonomi bersama.
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.  Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.

Mempercepatkan proses kemerdekaan.
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat . Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan , British bimbang gagasan malaysia akan dipengaruhi oleh komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang . Selain itu , british juga bimbang tentang keselamatan pelabuhan british di asia tenggara . British juga bimbang akan kuasa luar yang ingin menakluki Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura .

Menjaga kepentingan kaum bumiputera.
Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

Proses Pembentukan Malaysia.
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses  pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun    ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali       ( Brunei )

 Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :
·         Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan Sarawak ).
·         Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
·         Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun  satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
·         Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
·         Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
·         Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
·         Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
·         Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
·         Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
·         Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
·         Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:
·         Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.
·         Membuat syor – syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :
·         1/3 menyokong kuat Malaysia
·         1/3 menyokong dengan syarat
·         1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor – syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
·         Nama persekutuan baru – Malaysia
·         Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia
·         Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin
·         Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri
·         Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin
·         Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing
·         Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing – masing membuat keputusan
Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien  sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :
·         Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.
·         Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
·         Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.
·         Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
·         Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan penduduk.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :
·         Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.
·         Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
·         Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.
Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :
·         Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
·         Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.
·         Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.
·         Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan.
·         Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.

Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :
·         Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ).
·         Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu  lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).
·         Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

Pengisytiharan Malaysia.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada :
·         Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.
·         Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.
Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Antara isi laporannya ialah :
·         Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.
·         Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.
Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.
           
PENUTUP

Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .
Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya . Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka . Selain itu , Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu ini .    
Kesimpulannya , kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan Tanah Melayu atau Malaysia daripada penjajah asing . kitalah yang akan mencorakkan masa hadapan Negara kita untuk satu jangka masa yang panjang kerana kita adalh pelapis bagi generasi sekarang .

Sumber: Pelajar yang mengambil subjek pengajian Malaysia ini.