URUTAN KHILAFAH ISLAMIYYAH

imageimage

imageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimage

CONTOH MINI PROJECT BIOSTATISTIK

ISI KANDUNGAN

· PENGHARGAAN.........................................................................1

· PENGENALAN............................................................................2

· OBJEKTIF KAJIAN......................................................................3

· SKOP KAJIAN.............................................................................4

· METODOLOGI............................................................................5

· PENJADUALAN DATA................................................................6

o PERATUS..............................................................................7

o MIN UNTUK SETIAP SOALAN..............................................8

o MIN KESELURUHAN............................................................9

· PERSEMBAHAN DATA.............................................................10

· ANALISIS DATA........................................................................12

· KESIMPULAN...........................................................................13

· LAMPIRAN................................................................................14

o PENJADUALAN DATA........................................................15

o BORANG KAJI SELIDIK

PENGHARGAAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga kami menyiapkan projek kami yang bertajuk kaji selidik tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan Pustaka At-Tibyan dalam masa yang telah di tetapkan.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek kami samada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah Biostatistik kami, iaitu (Cik… ) yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan projek ini.

Akhir kata, semoga dengan adanya projek ini segala ilmu yang dicurahkan dapat di gunakan dan dijadikan panduan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Kajian yang kami jalankan adalah berdasar kepada soalan soal selidik yang diedar kepada orang ramai. Bagi tugasan mini projek ini, kami telah memilih satu tajuk iaitu kajian mengenai tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang di sediakan oleh Pustaka At-Tibyan di (area). Kajian ini perlu di titikberatkan bagi kemudahan orang awam untuk mencari barangan keperluan dan juga untuk keselesaan mereka. Pustaka At-Tibyan telah menjadi pilihan utama orang awam kerana perkhidmatan yang telah disediakan. Namun demikian, hasil kajian yang kami lakukan didapati bahawa ramai pelanggan yang tidak bersetuju terhadap perkhidmatan yang disediakan di Pustaka At-Tibyan iaitu mengenai tahap kebersihan dan juga keselesaan semasa berada di dalam Pustaka tersebut. Kesemua responden kami merupakan pelanggan Pustaka At-Tibyan.

OBJEKTIF

Menentukan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan iaitu mengenai harga yang ditawarkan, kecekapan dalam menyiapkan sesuatu tempahan, kualiti perkhidmatan yang disediakan serta layanan yang diberikan terhadap pelanggan yang berkunjung ke Pustaka At-Tibyan.

SKOP KAJIAN

Dalam kajian ini kami mengunakan maklumat yang diambil daripada semua pelanggan dari Pustaka At-Tibyan yang telah mengunjungi pustaka tersebut dimana mereka mengunakan perkhidmatan yang disediakan. Kami memilih 50 sampel yang terdiri daripada pelanggan yang berkunjung ke Pustaka At-Tibyan. Borang kaji selidik ini mempunyai 14 soalan yang perlu di isi oleh setiap responden. Kami memilih sampel secara rawak

METODOLOGI

Maklumat yang didapati dalam laporan ini diperolehi daripada kajian yang pernah dijalankan. Maklumat diperolehi daripada tahap kepuasan pelanggan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan. Borang kaji selidik ini telah diedarkan secara rawak kepada 50 orang pelanggan Pustaka At-Tibyan. Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 14 soalan. Maklumat yang diperolehi akan dimasukan kedalam Microsoft Office Word dan juga Microsoft Office Excel. Kemudian dalam persembahan data kami persembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Selain itu, kami juga mengira min untuk setiap soalan, min untuk keseluruhan, dan juga peratus. Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah pengumpulan data primer iaitu melalui kaedah borang kaji selidik. Hal ini kerana data yang kami kumpul boleh dipercayai serta ia merupakan data mentah yang mana dikumpul oleh kami dan juga untuk kegunaan kami sendiri.

Tambahan lagi, ia merupakan data utama kami kerana ianya lebih tepat dan data yang kami perolehi ini boleh dipercayai sumbernya. Sumber data yang kami perolehi adalah daripada kaedah bancian yang telah kami jalankan terhadap pelanggan Pustaka At-Tibyan dengan cara menyediakan borang kajian atau bancian yang hanya perlu ditanda dan di isi oleh responden berdasarkan beberapa soalan. Setelah bancian selesai dilakukan, kaedah penjadualan data dilakukan. Seterusnya data dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan data pula akan di analisis serta yang terakhir sekali iaitu kesimpulan yang mana kami dapat simpulkan berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi.

PENJADUALAN DATA

Tajuk :Kaji selidik tahap kepuasan pelanggan terhadap Pustaka At-Tibyan

Bahagian A

Soalan 1 Ya : 45 Tidak : 5

Soalan 2 a)Print : 21 b)Binding : 9 c)Photostat : 42 d)Fax : 0

Soalan 3 Ya : 33 Tidak : 17

Bahagian B

Data responden

Sangat bersetuju

Setuju

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Total

Soalan 1

2

16

27

5

50

Soalan 2

5

12

29

4

50

Soalan 3

2

10

32

6

50

Soalan 4

3

7

28

12

50

Soalan 5

2

8

30

10

50

Soalan 6

6

13

24

7

50

Soalan 7

3

12

30

5

50

Soalan 8

5

21

17

7

50

Soalan 9

5

19

21

5

50

Soalan 10

3

9

26

12

50

Soalan 11

4

11

27

8

50

Jumlah

40

138

291

81

550

PERATUS

1. Sangat tidak bersetuju

= clip_image002

= 7.27%

2. Tidak Setuju

=clip_image004

= 25.1%

3. Setuju

=clip_image006

= 53%

4. Sangat setuju

= clip_image008

= 14.7%

MIN UNTUK SETIAP SOALAN

Soalan 1

= clip_image002[4]

= 2.7

Soalan 2

=clip_image004[4]

=2.64

Soalan 3

=clip_image006[4]

=2.84

Soalan 4

=clip_image008[4]

=2.98

Soalan 5

=clip_image010

=2.96

Soalan 6

=clip_image012

=2.64

Soalan 7

=clip_image014

=2.74

Soalan 8

=clip_image016

=2.52

Soalan 9

=clip_image018

=2.52

Soalan 10

=clip_image020

=2.94

Soalan 11

=clip_image022

=2.78

 

MIN KESELURUHAN

= clip_image002[6]

= 2.75

PERSEMBAHAN DATA

Carta pai dibawah menunjukkan keputusan mengenai kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan.

clip_image002[8]

Carta Pai di atas menunjukkan peratusan pelanggan yang mengunakan perkhidmatan di Pustaka At-Tibyan. Sebanyak 90% mengunakan perkhidmatan tersebut manakala 10% lagi tidak mengunakan perkhidmatan yang disediakan.

clip_image004[6]

Carta pai diatas menunjukkan peratusan jenis perkhidmatan yang digunakan oleh pelanggan. Pelanggan lebih gemar mengunakan perkhidmatan Photostat iaitu sebanyak 58.33% berbanding dengan perkhidmatan yang lain.

 

clip_image002[10]

Carta pai diatas menunjukkan peratusan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan. Sebanyak 66% bersetuju dimana perkhidmatan yang disediakan di Pustaka At-Tibyan memberi kualiti yang baik kepada pelanggan manakala 34% lagi tidak bersetuju.

clip_image004[8]

Carta pai diatas menunjukkan peratusan bagi tahap perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan. Peratusan yang tertinggi iaitu 53% dimana responden bersetuju dengan perkhidmatan yang dijalankan oleh Pustaka At-Tibyan manakala peratusan yang terendah iaitu 7.27% iaitu sangat tidak setuju dengan perkhidmatan ini.

ANALISIS DATA

Hasil daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden didapati seramai 45 sampel daripada 50 sampel yang mengunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan. Responden lebih ramai dan gemar mengunakan perkhidmatan photostat iaitu seramai 42 orang berbanding perkhidmatan lain yang disediakan. Sebanyak 33 orang bersetuju yang mana perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan memberikan kepuasan dalam kualiti perkhidmatannya.

Melalui kajian yang dijalankan, data dipersembahkan dalam bentuk carta pai. Data yang mempunyai tahap kepuasan tertinggi adalah pada tahap 3 iaitu setuju dengan peratusan 53% manakala bagi tahap kepuasan yang terendah ialah pada tahap 1 iaitu sangat tidak setuju dengan peratusan 7.27%.

Min keseluruhan yang telah diperolehi adalah 2.75. Bagi min setiap soalan iaitu soalan 1 (2.7), soalan 2 (2.64), soalan 3 (2.84), soalan 4 (2.98), soalan 5 (2.96), soalan 6 (2.64), soalan 7 (2.74), soalan 8 (2.52), soalan 9 (2.52), soalan 10 (2.94), dan soalan 11 (2.78). Min yang paling rendah didapati pada soalan 8 & 9 dimana masing-masing iaitu (2.52). Manakala min yang paling tinggi pada soalan 4 iaitu (2.98).

 

KESIMPULAN

Dalam menyiapakan mini projek biostatistik ini, kami telah mengkaji tentang tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka At-Tibyan di (area). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan mengenai harga bagi perkhidmatan, kecekapan dalam menyiapkan tempahan, kualiti perkhidmatan serta layanan yang diberikan oleh pekerja terhadap pelanggan. Skop kajian kami pula meliputi 50 sampel yang terdiri daripada pelanggan Pustaka At-Tibyan. Borang kaji selidik ini mempunyai 14 soalan yang perlu dijawab dan di isi oleh responden. Sampel dipilih secara rawak dan maklumat diambil daripada 50 orang pelanggan yang mengunjungi Pustaka At-Tibyan.

Dalam kajian ini didapati terdapat 2 tahap kepuasan yang berbeza iaitu terdiri daripada carta pai dan min keseluruhan. Melalui carta pai tahap kepuasan tertinggi adalah berada pada tahap ke 3 dengan nilai 53% dan tahap terendah pula berada pada tahap 1 dengan 7.27%.

Min keseluruhan yang diperolehi iaitu 2.75. Min tertinggi ialah 2.98 dan min terendah pula ialah 2.52. Kebanyakkan pelanggan tidak bersetuju bahawa tahap kebersihannya memuaskan dan juga suasana Pustaka dalam keadaan yang baik.

Dalam kajian ini dapat disimpulkan bahawa nilai yang paling tepat untuk menunjukkan tahap kepuasan pelanggan adalah pada min keseluruhan dengan nilai 2.75 iaitu setuju.

 

LAMPIRAN

PENJADUALAN DATA

Tajuk :Kaji selidik tahap kepuasan pelanggan terhadap Pustaka At-Tibyan

Bahagian A

Soalan 1 Ya : Tidak :

Soalan 2 a)Print : b)Binding : c)Photostat : d)Fax :

Soalan 3 Ya : Tidak :

Bahagian B

Data responden

Sangat bersetuju

Setuju

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Soalan 1

       

Soalan 2

       

Soalan 3

       

Soalan 4

       

Soalan 5

       

Soalan 6

       

Soalan 7

       

Soalan 8

       

Soalan 9

       

Soalan 10

       

Soalan 11

       

Jumlah

       

 

Lampirkan sekali dengan borang kaji selidik yang telah di isikan oleh responden.

Sumber : pelajar yang mengambil subjek ini.