KENAL FAHAM KOMPUTER : PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER

PENDAHULUAN

LOCAL AREA NETWORK (LAN)

WIDE AREA NETWORK (WAN)

VIRUS

WORM


PENDAHULUAN

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.

Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN).

LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.

Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.

LOCAL AREA NETWORK (LAN)

DEFINISI ‘LOCAL AREA NETWORK (LAN)’

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Ciri-ciri pentakrifan LAN, berbanding rangkaian kawasan luas (wide area network-WANs), termasuk biasanya kadar pemindahan data tinggi, kawasan geografi lebih kecil, dan tidak memerlukan talian suwa. ARCNET, gelang token dan teknologi lain telah digunakan pada masa lalu, tetapi Ethernet melalui kabel pasangan berlingkar, dan Wi-Fi merupakan dua teknologi paling biasa digunakan masa kini. Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer khusus. Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.

Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstations). Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan komputer namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dikenali sebagai pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatannya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain. Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.

clip_image002

KELEBIHAN ‘LOCAL AREA NETWORK (LAN)’

LAN membolehkan pengguna mengkongsikan sumber komputer dan perisian. Sekiranya sesuatu sumber rosak, pengguna juga dapat mencapai sumber yang lain yang mungkin terdapat pada komputer lain dalam LAN tersebut. Tambahan, kebanyakan komponen dalam sesuatu LAN dapat diubah dan diperbaiki secara berasingan, memudahkan perubahan LAN tersebut.

Biasanya, kadar penghantaran data melalui LAN adalah lebih tinggi dan ralat yang dialami adalah rendah berbanding dengan sistem WAN. Data boleh disimpan pada komputer yang berlainan tetapi masih dapat dicapai secara pantas daripada mesin berlainan.

KELEMAHAN ‘LOCAL AREA NETWORK (LAN)’

Sistem komputer yang mempunyai fungsi LAN adalah lebih mahal berbanding dengan sistem berasingan. Pengurusan dan pemeliharaan sistem LAN juga memerlukan sumber manusia. Sistem yang dikongsi juga mestilah dapat menampung tahap kegunaan daripada berbilang pengguna pada LAN tersebut.

Contohnya, kabel yang digunakan mestilah dapat menampung kadar penghantaran data yang diperlukan, dan tempat storan mestilah mencukupi. Tambahan, OS dan perisian yang digunakan mestilah diperbaiki (upgraded) dari masa ke semasa untuk mengelakkan masalah keselamatan dan pepijat (bugs) yang wujud dalam perisian tersebut.

CIRI-CIRI ‘LOCAL AREA NETWORK (LAN)’

1) Kadar pemindahan data tinggi, kawasan geografi lebih kecil, dantidak memerlukan talian suwa.

2) LAN lebih kecil dan terdiri daripada satu atau lebih suis bersambung dengan penghala, modem kabel atau modem ‘Asymmetric digital subscriber line (ADSL)’ untuk capaian internet.

3) LAN yang besar turut mengandungi pelbagai peranti rangkaian luas seperti suis, firewall, penghala, penimbang beban dan penderia.

4) LAN mungkin mengandungi hubungan dengan LAN lain melalui talian suwa, talian pajak atau menerowong merentasi internet menggunakan teknologi rangkaian persendirian maya.

5) Sistem LAN menggunakan talian yang mempunyai lebar jalur yang besar dengan kadar penghantaran data yang tinggi hingga melebihi 10 juta bit sesaat dan kadar ralat yang rendah.

TOPOLOGI RANGKAIAN

TOPOLOGI BINTANG

clip_image004

· Mikrokomputer mempunyai sambungan terus kepada pelayan.

· Semua komunikasi mesti melalui hub.

· Kebaikan : jika talian antara mikrokomputer dan server terputus, ia tidak menjejaskan komunikasi antara mikrokomputer lain.

· Kelemahan : jika server rosak, semua mikrokomputer dalam rangkaian akan terjejas.

clip_image006

TOPOLOGI BAS

· Penyambungan komponen perkakasan melibatkan penggunaan satu kabel utama.

· Kebaikan : jika satu mikrokomputer rosak, ia tidak menjejaskan komunikasi antaramikrokomputer lain.

· Kelemahan : jika kabel utama rosak, semua mikrokomputer dalam rangkaian akan terjejas.

TOPOLOGI CINCIN

clip_image008

· Penghantaran data dalam satu arah.

· Kebaikan : tidak berlaku perlanggaran data.

· Kelemahan : jika satu mikrokomputer rosak, semua mikrokomputer dalam rangkaian akan terjejas.

WIDE AREA NETWORK (WAN)

DEFINISI ‘WIDE AREA NETWORK (WAN)’

Rangkaian Kawasan Luas (bahasa Inggeris: Wide Area Network, WAN) merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.

Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.

clip_image010 Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal mengabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat di suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan tersebut.

clip_image011

CIRI-CIRI ‘WIDE AREA NETWORK (WAN)’

1) Liputan kawasan dalam satu kawasan yang besar seperti sebuah bandar.

2) Kadar penghantaran data 1.55Mbps hingga 2.04Mbps.

3) Hakmilik disediakan oleh syarikat pembekal telekomunikasi.

4) Topologi rekaan secara maya yang tidak terhad.

5) Jenis maklumat yang dibawa ialah suara, data dan video.

VIRUS

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data. Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.

Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.

WORM

Cecacing komputer ialah sejenis atur cara komputer yang boleh mereplikakan diri sendiri. Ia menggunakan rangkaian untuk menghantar salinannya kepada nod-nod lain (terminal komputer dalam rangkaian) dan boleh melakukannya tanpa bantuan pengguna. Berbeza dengan virus, ia tidak perlu berpaut pada atur cara yang sedia ada untuk disebarkan. Cecacing selalunya akan memudaratkan rangkaian (sekiranya ia hanya memakan lebar jalur), sementara virus sentiasa menjangkiti atau merosakkan fail yang ada pada komputer sasaran.

CONTOH VIRUS YANG TERKINI:

1) TROJAN HORSE (VIRUS)

TROJAN HORSE (VIRUS)

Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

(a) Glieder Trojan

Trojan ini seolah mengatakan “jangan hiraukan saya, saya disini hanya untuk mengistirahatkan komputer ini.” padahal sesungguhnya komputer sedang memasukkan sebuah program pengintai.

Glieder trojan menggunakan proses penularan bertingkat, dimana tahap pertamanya adalah sebuah program malware kecil akan berubah secara terus menerus, sehingga program anti-virus yang terpasang dalam PC tidak akan mengenalnya sebagai malware.

Begitulah glieder trojan terinstal dalam PC, program ini akan berusaha menghilangkan kemampuan sistem antivirus yang terpasang, setelah itu ianya akan melakukan aktiviti jahatnya seperti memindahkan atau mencuri data penting, atau aktiviti lainnya sesuai keinginan penyerang.

(b) Gozi Trojan

Websites dapat menggunakan secure cocket layer (SSL) untuk menyaring dan menghalang data penting dan sensitif seperti on-line banking atau transaksi on-line. Ciri-ciri website yang menggunakan SSL adalah adanya gambar di address bar-nya.

Gozi trojan seolah mengatakan “website dikunci dan dia akan mengatasi system ini (SSL) dengan cara mengelabui OS Windows, sehingga seakan-akan dia adalah bahagian dari proses SSL.

(c) SpamThru Trojan

Program jahat ini berlaku seolah-oleh sebuah program anti-virus tambahan, sehingga dapat dikatakan “malware yang melakukan scanning malware dalam PC”. Bila PC memasang anti-virus baru yang lebih baik, dia akan memblok malware ini agar tidak boleh melakukan up-date yang dapat mengubah dirinya menjadi malware lain.

(d) SpyAgent Trojan

Program ini bermain di area file windows. SpyAgent ini akan memposisikan dirinya sebagai user account administrator, dan menggunakan account tersebut untuk menukarkan file-file. Program anti-virus yang terpasang tidak akan menduga adanya file yang sudah disusupi program jahat.

(e) Jowspry Trojan

Jowspry trojan mengelabui PC dengan dengan tehnik topeng (masquerader), seolah-olah sebuah program yang memang sudah dikenal dan diakui oleh PC, yaitu windows up-date.

Program ini akan melakukan penyambungan seperti background intelligent transfer service yang digunakan oleh program windows up-date, sehingga tidak ditangkal oleh program firewall yang terpasang dalam PC.

CIRI-CIRI TROJAN HORSE

· Mengandungi arahan-arahan yang tidak sah yang disembunyikan dalam sesuatu program yang sah

KESAN TROJAN TERHADAP KOMPUTER

· Merosakkan program yang terdapat dalam computer.

· Boleh mengubahsuai atau merosakkan data dalam computer.

· Kerosakan sistem pengoperasian.

· Kerosakan fail-fail.

· Merosakkan pemacu keras, modem dan penghubung rangkaian.

BAGAIMANA TROJAN MEREBAK

· Ia menyelinap ke dalam perisian ataupun email dimana mungkin mengandungi nombor-nombor yang mewakili fungsi-fungsi yang tidak diingini serta tidak sah.

· Apabila dibuka, ia akan mengubahsuai atau merosakkan data. Ia juga boleh menghantar maklumat ke internet dalam diam ia dapat disalahgunakan oleh hacker untuk melakukan serangan.

· Melalui media storan yang telah dijangkiti virus digunakan pada computer lain.

· Ketika berada pada papan bulletin.

· Menerusi LAN.

· Penggunaan e-mail.

2) WORM

CIRI-CIRI WORM

· Aturcara yang menghantar dirinya dari satu komputer kepada satu komputer yang lain dan aturcara berada berasingan dari fail lain.

· Mengandungi arahan-arahan yang tidak sah yang disembunyikan dalam sesuatu program yang sah

KESAN WORM TERHADAP KOMPUTER

· Sistem computer menjadi lambat.

· Muncul fail-fail baru.

· Muncul pesanan yang pelik.

· Setting program terubah.

· Sistem computer bercelaru.

BAGAIMANA WORM MEREBAK

•Ia menyelinap ke dalam perisian ataupun email dimana mungkin mengandungi nombor-nombor yang mewakili fungsi-fungsi yang tidak diingini serta tidak sah.

•Apabila dibuka, ia akan mengubahsuai atau merosakkan data. Ia juga boleh menghantar maklumat ke internet dalam diam ia dapat disalahgunakan oleh hacker untuk melakukan serangan.

•Melalui media storan yang telah dijangkiti virus digunakan pada computer lain.

•Ketika berada pada papan bulletin.

•Menerusi LAN.

•Penggunaan e-mail.

KESIMPULAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet). Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.

Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka. Undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh orang beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk menbanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa kini.

Jelas bahawa virus adalah satu musuh bagi semua pengguna komputer.  Untuk mengalahkan musuh ini dua perkara penting perlu dilakukan.  Pertama adalah perubahan pada sikap.  Kita tidak boleh menganggap yang musuh kita ini kecil.  Kita tidak boleh mengambil mudah tentangan kewujudannya.  Kita perlu punya semacam “hormat” padanya dan pada apa yang boleh lakukan olehnya terhadap kita.  Kedua ialah untuk mengalahkan sebarang musuh, kita perlu memahaminya terlebih dahulu.  Kita perlu memahami asal-usulnya, gerak-gerinya atau modus operandi-nya dan tidak kurang pula kelemahan-kelemahannya.  Barulah peluang untuk menandinginya dan menjauhkan dari ancaman bahayanya dapat dilakukan dengan jaya dan berkesan.

Jelas kepada kita bahawa ianya tidak dapat dipastikan bahawa mereka yang menjalankan langkah-langkah keselamatan itu mendapat kekebalan daripada serangan virus. Sungguhpun begitu ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengadakan operasi keselamatan daripada ancaman virus. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubatinya

SUMBER : PE;LAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK INI.