Pengenalan
Sistem kumpulan darah P diklasifikasikan sebagai darah kumpulan darah manusia berasaskan kehadiran bahan antigen yang diketahui sebagai Pk, P, P1 pada permukaan sel darah merah. Kumpulan darah P ditemui pada 1927, terdiri daripada alel yg ditetapkan sebagai Pk, P, P1. Pada P,dan P1, antigen ini dihasil oleh gen yang dikenali sebagai B3GALNT1 (beta -1,3-N-acetylgalactosaminyltransferase). Antigen Pk pula dihasilkan oleh gen A4GALT (alpha 1, 4- galactosyltransferase).
Antigen P
Antigen kumpulan darah P terbahagi kepada tige jenis iaitu Pk, P,dan P1. Antigen P kurang dihasilkan pada waktu bayi oleh sebab itu ia tidak menyebabkan penyakit hemolitik bayi. Ia hadir dalam jumlah yang berubah – ubah pada sel darah merah yang berbeza dan seolah – olah hilang dalam simpanan. Seperti antigen ABO, ia terdiri daripada rantaian gula seperti dalam gambarajah dibawah
Antigen Pk berlaku apabila antigen Pk tidak berubah ke antigen P.
Antibodi P
Alloanti-P1 adalah yang paling biasa dalam antibodi P, ciri – cirinya adalah.
· Kelas IgM dan saline reaktif dipertingkat dalam incubator mungkin melengkapkan ikatan.
· Klinikal yang tidak ketara
· Reaksi antigen – antibody bertindakbalas dengan menambah albumin kedalam sistem tersebut atau merawat sel merah dengan enzim.
Auto anti-P adalah antibodi IgG yang kelihatan dalam individu P1 dan menyebabkan klinikal yang ketara Paroxysmal Cold Hemoglobinuria (PCH).
· Ujian Donath-Landsteiner membantu mendiagnosis PCH
Donath-Landsteiner Test | ||
4oC incubation: no hemolysis = NEGATIVE | 37oC incubation: no hemolysis = NEGATIVE | 4oC + 37oC incubation: hemolysis: = POSITIVE |
Rujukan
P blood group system (biology) -- Britannica Online Encyclopedia. Encyclopedia Britannica Inc, 2011.