Denggi

Demam Denggi merupakan penyakit akut yang disebabkan oleh yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina. Nyamuk Aedes terdiri daripada Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Denggi terbahagi kepada 2 jenis:
      i) Demam Denggi biasa
     ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi

Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi virus boleh menjadi vektor disepanjang hayatnya. Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya. Proses ini disebut transmisi transovari. Seekor nyamuk dewasa hasil daripada telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walaupun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.

v TANDA-TANDA

· Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.

· Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)

· Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan kepala Pesakit

· Demam denggi memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut mengalami pendarahan di hidung dan gusi serta kencing berdarah. Pesakit Demam denggi perlu diawasi agar tidak berubah menjadi Demam denggi berdarah.

v TANDA-TANDA DEMAM DENGGI BERDARAH

· Pendarahan

· demam panas

· pembesaran hati

· kegagalan sistem perdedaran darah.

· muntah-muntah

· sakit kepala

· sakit perut.

Ø Tanda-tanda pendarahaN:

· kelebaman di kulit dan hidung

· gusi berdarah

·pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombositipenia, leukopenia dan peningkatan aras hematokrit.

· Jika setelah beberapa hari demam, pesakit kelihatan semakin parah dan menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang lembab dan dingin, bibir yang lebam kebiruan, denyutan nadi yang cepat tetapi lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan denggi .

KITAR HIDUP:

image

· Kitaran hidup dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1minggu.

· Nyamuk dewasa (betina dan jantan) akan bersenyawa dan sperma jantan akan disimpan dalam nyamuk betina

·Untuk menghasilkan telur yang hidup,nyamuk betina perlukan darah

· Nyamuk bertelur di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.

· Sebanyak 60-100 biji telur dikeluarkan pada setiap kali bertelur.Nyamuk betina mampu bertelur 10 kali semasa hayatnya selama 30 hari.

· Selepas 1-3 hari telur nyamuk akan matang dan menetas mengeluarkan larva (jentik-jentik)

· Selepas 5-7 hari larva akan bertukar menjadi kepompong dan selepas 1-2 hari nyamuk dewasa akan terbang meninggalkan kepompong.

· Demam denggi disebabkan oleh nyamuk Aedes. Ia biasanya dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya.

· Nyamuk ini biasanya akan menggigit pada awal pagi dan awal senja

· Virus akan membiak di dalam kalenjar air liur nyamuk (proses pengeraman) selama 8-10 hari.

· Selepas tempoh ini nyamuk menjadi infektif dan mampu menyebar virus.

· Selepas gigitan virus akan membiak di dalam badan manusia.Tanda-tanda klinikal akan timbul dalam masa 4-6 hari.

· Virus denggi hanya hidup selama 5-7 hari sahaja di dalam badan manusia kerana badan akan bertindakbalas dengan membentuk dan mengeluarkan antibodi.

CARA PENCEGAHAN:

image

image