JAPANESE ENCEPHALITIS (JE)

image

Figure 1 kawasan JE

MAKSUD:

Japanese Encephalitis (JE) adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

 

TANDA-TANDA PENYAKIT JE:

· Demam

· Sakit Kepala

· Lemah anggota badan (malasise)

· Resah meracau (confusion)

· Mengantuk (drowsy)

· Sawan (convulsion/fits)

· Tidak sedar diri (coma)

CARA JE MEREBAK:

image

Figure 2 kitar hidup

 

Penyakit JE tidak boleh merebak dari manusia kepada manusia. Manusia tidak akan mendapat penyakit ini dengan memakan daging khinzir. Virus JE membiak di dalam tubuh khinzir . Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE. Selepas 14 hari nyamuk ini berupaya untuk menyebarkan virus JE kepada perumah baru (khinzir). Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus. Namun manusia adalah perumah terakhir.

CARA  MENCEGAH  PENYAKIT JE:

Elakkan daripada gigitan nyamuk

  • .Tidur dalam kelambu

·Menggunakan ubat racun serangga (lingkaran nyamuk, repellent, aerosol spray dll).

·Memasang jejaring nyamuk di tingkap.

·Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang semasa berada di kawasan kandang khinzir.

Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Culex

· Menyediakan saluran perparitan yang sempurna.

· Menimbus lopak-lopak air.

· Menjaga kebersihan sekitar ladang ternakan khinzir.

· Membuat semburan racun serangga di sekitar ladang khinzir.

SUNTIKAN VAKSIN JE:

· Pekerja ladang khinzir

· Mereka yang tinggal di landang khinzir (dalam lingkungan 2 km) terutamanya kanak-kanak.

Jadual Pemberian Vaksin

Dos Pertama

waktu

Dos Kedua

Hari ke 7 hingga ke 14 selepas Dos Pertama

Dos Ketiga

6 bulan hingga 1 tahun selepas Dos Kedua

Dos Tambahan

Tiga tahun selepas Doa Ketiga

 

image

Figure 3 pemberian vaksin