PENYIMPANAN & KEGUNAAN KOMPONEN DARAH

PENYIMPANAN DARAH

clip_image001 Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:

*Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell

*Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate

*Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet

clip_image001[1] Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:

*Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.

 

PENYIMPANAN STOK “WHOLE BLOOD”:

image

clip_image001[6] Susun beg darah di atas rak besi secara menegak mengikut jenis darah.

clip_image001[7] Sediakan label ID rak. Cetak tarikh pengumpulan & tarikh luput pada label ID rak. Letakkan label ID rak pada bahagian depan rak besi.

clip_image001[8] Masukkan semua sampel darah ke dalam bilik sejuk beku atau peti sejuk beku yang terdapat dimakmal.

clip_image001[9] Letakkan Rh Negatif, ‘Whole Blood’ bertapis, Emergency O, Pedi Pack & Red Cell Apheresis di atas rak yang sesuai mengikut jenis darah.

clip_image001[10] Susun rak sampel mengikut tarikh luput beg darah. Pastikan susunan stok darah baru di bahagian belakang, manakala stok darah lama di bahagian depan.

clip_image001[11] Baca paparan digital suhu pada peti sejuk beku dan pastikan suhu pada paparan di bilik sejuk beku adalah antara 2ºC hingga 6ºC.

PENYIMPANAN STOK RANDOM PLATELET

download (8)

clip_image001[18] Buka pintu mesin ‘Platelet Agitator’.

clip_image001[19] Letakkan ‘Random Platelet’ pada rak yang sesuai di dalam Platelet Agitator.

clip_image001[20] Susun Random Platelet mengikut tarikh luput dan jangan letakkan jumlah beg darah melebihi 12 beg.

clip_image001[21] Tutup pintu mesin Platelet Agitator.

clip_image001[22] Pastikan suhu pada mesin Platelet Agitator berada pada bacaan antara 20ºC hingga 24ºC.

PENYIMPANAN STOK PLATELET AFERESIS

clip_image001[23] Letakkan Platelet Apheresis di dalam Platelet Agitator.

clip_image001[24] Pastikan Platelet Agitator berfungsi dengan baik

clip_image001[25]Pastikan suhu pada mesin Platelet Agitator berada pada bacaan antara 20ºC hingga 24ºC.

PENYIMPANAN STOK KOMPONEN PLASMA

image

clip_image001[34] Susun komponen plasma di atas rak besi yang sesuai mengikut jenis kumpulan darah.

clip_image001[35] Buka peti sejuk beku / Ultra Low Freezer / atau bilik sejuk beku.

clip_image001[36] Susun rak sampel mengikut tarikh luput beg darah. Pastikan susunan stok darah baru di bahagian belakang, manakala stok darah lama di bahagian depan.

clip_image001[37] Tutup peti sejuk beku atau bilik sejuk beku tadi.

clip_image001[38] Baca dan pastikan suhu pada peti sejuk beku berada pada bacaan suhu yang betul.

KEGUNAAN DARAH

clip_image001[39] Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing

clip_image001[40] Kebiasaan darah yang diderma digunakan bagi rawatan penyakit-penyakit seperti:-

*Anemia

*Thallassaemia

*Kehilangan Darah semasa Pembedahan dan lain-lain.

clip_image001[41] Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.

clip_image001[42] Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser. Kehilangan darah yang kronik, leukemia, thallasemia

clip_image001[43] Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.

clip_image001[44] Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.

RUJUKAN

clip_image001[56] Technical Manual Advancing Transfusion and Cellular Therapies Worldwide, Mark E. Brecher, MD. AABB Publisher. 2005.

clip_image001[57] Diagnostic of Blood and pathologic Bases . 5th edition. Leopold G. Koss and Myron R. Melamed . Lippinott Willians and Wilkins. 2006

clip_image001[58] International of Blood Transfusion committee on terminology, Daniels G L, Fletcher A. et al. Vox Sang. 2004.

clip_image001[60] Gruchy’s Clinical Immunohaematology in Medical Practice. 5 edition.Frank Firkin, Colin Chesterman, David Penington dan Bryan Rush. Blackwell Scientific Publications. 1989.