Mikrobiologi- Normal Floral dan Penyediaan Untuk Pewarnaan Bakteria Dan Teknik Pewarnaan

TAJUK :

Normal Floral

OBJEKTIF :

Mengenalpasti kehadiran normal floral pada tubuh badan manusia.

TEORI :

Normal floral merupakan mikroorganisma yang menjadi sebahagian daripada tubuh badan individu sihat dan tidak  menyebabkan penyakit pada manusia. Normal floral akan berubah  menjadi patogenik apabila dipengaruhi oleh keadaan.

BAHAN : i) Agar nutrien

ii) Penunu bunsen

iii) Loop

PROSEDUR :

1. Teknik Plat Garisan

· Agar nutrien tersedia diperiksa sebelum teknik plat garisan dilakukan.

· Bakar loop sehingga merah dan biarkan dingin.

· Ambil 1 loop penuh sampel dan inokulasi ke atas agar.

· Inokulasi

2. Teknik Pengeraman

· Agar yang diinokulasi dimasukkan ke dalam incubator. Selama 24 jam pada suhu 37°C.

· Koloni bakteria terhasil diperhatikan.

TAJUK :

Penyediaan Untuk Pewarnaan Bakteria Dan Teknik Pewarnaan

OBJEKTIF :

Ujian ini dijalankan bagi mendapatkan perbezaan antara bakteria

gram negatif dan positif pada kultur yang telah disediakan.

 

TEORI :

Pewarnaan gram adalah tatacara pewarnaan utama di bidang bakteriologi. Di samping membolehkan bakteria dilihat dengan mudah, pewarnaan ini juga digunakan untuk menggolongkan bakteria. Pewarna digunakan secara berlebihan dan kemudian agen penghapus warna atau pembeza digunakan untuk menghilangkan pewarna berkenaan. Bakteria yang mengekalkan warna pertama (kristal ungu) disebut sebagai bakteria gram positif. Manakala bakteria yang kehilangan pewarna ini dan diwarnakan dengan pewarna kedua (safranin) dinyatakan sebagai gram negatif.

BAHAN :

i) Kultur bakteria

ii) Kristal ungu

iii) Iodin lugol

iv) Aseton alkohol

v) Safranin

vi) Kertas turas

PROSEDUR :

· Apusan bakteria pada slaid kaca dan dikeringkan di udara serta fiksasi apusan dibuat.

· Apusan diliputi dengan kristal ungu selama 1 minit.

· Slaid dicuci dengan air, kemudian keseluruhan air tersebut disingkirkan.

· Apusan diliputi pula dengan iodin lugol selama 1 minit kemudian iodin lugol dibuangkan.

· Slaid dipegang secara condong di dalam sinki dan aseton alcohol dititiskan dengan cepat ke apusan sehingga tiada warna biru (kristal ungu) terlihat keluar dari apusan (lebih kurang 3 – 4 saat).

· Slaid dicuci segera dengan air.

· Kemudian apusan diliputi dengan safranin selama 30 saat.

· Slaid dicucikan dengan air dan dikeringkan dengan kertas turas (lipat kertas turas dan masukan slaid ke dalam lipatan dan tekan kertas dari luar sehingga semua air terserap daripada slaid tanpa menggosok permukaan slaid).

· Sel bakteria warna biru : gram positif, sel bakteria berwarna merah : gram negatif.

Kesimpulan :

Normal flora merupakan mikroorganisma yang menjadi Sebahagian daripada tubuh badan individu normal yang sihat dan tidak menyebabkan penyakit pada manusia. Ini kerana apabila teknik plat garisan dan teknik pengerman dilakukan ke atas sampel di celah lengan terdapat koloni bakteria pada agar nutrien. Ini menunjukkan normal flora wujud pada kulit. Selain kulit, normal flora juga terdapat pada telinga, hidung, mata, usus besar, usus kecil, trak pernafasan, dan sistem reproduktif. Normal flora akan menjadi patogenik apabila dipengaruhi keadaan seperti perubahan habitat dan penurunan tahap imuniti individu.

Sumber : Pelajar yang mengambil subjek ini.