TAJUK :
Pewarnaan Ziehl – Neelsen ( Pewarnaan Tahan Asid ).
OBJEKTIF :
Ujikaji ini dijalankan bagi mengesan antara bakteria tahan asid dan
bakteria tidak tahan asid.
TEORI :
Mikrobakteria yang diwarnakan dengan pewarna fenilmetan dalam larutan fenol akan mengekalkan warna tersebut meskipun telah didedahkan kepada asid yang kuat berbanding bakteria jenis lain. Oleh yang demikian, bakteria golongan pertama ini disebut bakteria tahan asid. Ciri – ciri ini adalah disebabkan oleh perbezaan komposisi kimia bakteria.
BAHAN :
• Kultur bakteria
• Karbon fuksin Ziehl – Neelsen
• Alkohol asid
• Metilena biru
• Alkohol
• Sebatang kaca yang satu penhujungnya dibalut kain kasa
• Kertas turas
• Penunu Bunsen
KAEDAH :
1. Apusan bakteria dibuat pada slaid, dikeringkan di udara dan
apusan difiksasikan.
2. Apusan dibanjirkan dengan pewarna karbon fuksin Ziehl – Neelsen.
3. Slaid dipanaskan dengan api pembakaran kain kasa yang dibasahi alkohol. Proses ini dilakukan sehingga wap keluar dari apusan selama 5 – 10 minit. ( Pastikan pewarna tidak mendidah atau menjadi kering ).
4. Apusan dibiarkan sejuk dan dicucikan dengan air.
5. Alkohol asid ditambahkan selama 25 – 30 saat.
6. Apusan dicucikan dengan air.
7. Apusan diliputikan dengan metilena biru selama 30 saat.
8. Apusan dicucikan dan dikeringkan dengan kertas turas.
9. Sliad diamatikan di bawah mikroskop dengan objektif minyak imersi ( X 100 ).
10. Sel bakteria berwarna merah ( bakteria tahan asid ), sel bakteria berwarna biru kehijauan ( bakteria tak tahan asid ).
PERBINCANGAN :
v Pewarnaan Ziehl – Neesen ( Pewarnaan Tahan Asid ) bertujuan untuk membezakan antara bakteria tahan asid ( merah ) dan bakteria tak tahan asid ( biru ). Didapati selepas pewarnaan Ziehl – Neelsen dilakukan, warna yang kelihatan pada bakteria “ unkwon ” ialah warna biru. Ini menunjukkan bakteria tersebut tidak tahan asid.
v Semasa proses pemanasan slaid dilakukan sehingga keluar wap, pastikan pewarna tidak mendidih atau menjadi kering. Ini akan mengakibatkan sel – sel menjadi pecah dan pewarna karbon fuksin Ziehl – Neelsentidak dapat diserap. Akibatnya keputusan yang diperolehi akan gagal.
v Selain itu, semasa melihat slaid dibawah mikroskop pada kuasa X 100, pastikan minyak imersi diletakkan. Tujuan minyak imersi digunakan ialah untuk memenuhi ruang antara slaid dan kanta objek, dan untuk menghalang cahaya supaya imej kelihatan lebih jelas.
KESIMPULAN :
§ Pelajar berjaya melakukan pewarnaan Ziehl – Neelsen yang bertujuan untuk membezakan antara bakteria tahan asid dan bakteria tidak tahan asid. Dimana, apabila pewarnaan Ziehl – Neelsen dilakukan ke atas bakteria “ unkwon ” didapati warna yang kelihatan adalah warna biru. Ini menunjukkan bakteria ini tidak tahan asid.
SOALAN :
1. Berikan 1 contoh mikroorganisma yang dikelaskan sebagai bakteria tahan asid selain mikrobakteria ?
» Clostridium Botulinum
» Klebsiella
2. Mengapakah dalam ujikaji ini, perlu dipanaskan ?
» Slaid perlu dipanaskan supaya bakteria melekat pada slaid
dan tidak tercabut semasa pewarnaan dilakukan.