TAJUK :
Pewarnaan Dakwat India
OBJEKTIF :
Menunjukkan kehadiran kapsul bakteria.
TEORI :
Pewarnaan negatif dengan dakwat India bakteria diamati dalam keadaan masih utuh dan tanpa perubahan rupa bentuk yang disebabakan oleh agen kimia ( pewarna ) dan agen fizikal ( haba ) sertamembolehkan morfologinya ditentukan dengan cepat. Walau bagaimanapun, tatacara ini jarang digunakan kecuali untuk mengamati kapsul, iaitu suatu struktur yang menyelubungi keseluruhan sel bakteria dan sukar untuk diwarnai. Teknik ini sebernanya tidak mewarnai sebarang struktur pada mikroorganisma, tetapi granul – granul halus dakwat India hanya menghasilkan latar belakang yang gelap. Disebabkan ketumpatan kapsul lebih rendah daripada sel, maka ia kelihatan lebih terang ( di sekeliling sel ).
BAHAN :
• Kultur Klebsiella pneumonia pada media agar ( 24 jam )
• Kultur Streptococcus pneumonia pada media agar ( 24 jam )
• Dakwat India
• Iodin Lugol
• Larutan saline steril
• Karbon fuschin cair
• Kristal voilet
• Iodin aseton
• Penutup kaca
• Slaid kaca
• Mikroskop
• Minyak imersi
• Penunu Bunsen
• Kertas lensa
• Gelung dawai
KAEDAH :
1. Apusan dibuatkan pada slaid dan kedua – dua bakteria secara berasingan difiksasikannya.
2. Apusan dicampur dengan baik dengan satu gelung kecil dakawt India .
3. Campuran ditutup dengan kaca penutup.
4. Sliad diamatikan di bawah mikroskop dengan objektif minyak imersi ( X 100 ).
5. Teknik pewarnaan Gram dilakukan untuk pembezaan.
|
PERBINCANGAN :
Pewarnaan dakwat India bertujuan untuk menunjukkan kehadiran kapsul bakteria. Setelah pewarnaan dakwat India dilakukan ke atas bakteria Streptococcus dan bakteria Klebsiella didapati warna kelabu yang berlatar belakangkan warna hitam kelihatan. Warna kelabu ini menunjukkan kehadiran kapsul bagi kedua-dua bakteria. Manakala warna hitam menunjukkan latar belakang bakteria Streptococcus dan Klebsiella. Ini kerana granul-granul halus dakwat India akan menghasilkan latar belakang yang gelap. Selain itu, ketumpatan kapsul lebih rendah daripada sel, maka ia kelihatan lebih terang ( di sekeliling sel )
KESIMPULAN :
Pewarnaan dakwat India berjaya dilakukan, dimana setelah pewarnaan dakwat India dilakukan ke atas bakteria Streptococcus dan bakteria Klebsiella didapati kapsul bakteria kelihatan.
SOALAN :
1. Bincangkan morfologi bakteria tersebut.
Ø Morfologi bakteria dari pengamatan di bawah mikroskop ialah terdapat struktur bulat atau bujur yang bewarna kelabu yang dikenalpastikan sebagai kapsul bakteria dengan berlatar belakang yang berwarna hitam bagi bakteria Streptococcus dan bakteria Klebsiella.
2. Pewarnaan manakah yang lebih sesuai untuk mewarnakan kapsul bakteria ?
Ø Pewarnaan yang lebih sesuai untuk mewarnakan kapsul bakteria ialah pewarnaan negatif dengn dakwat India.
3. Apakah komposisi kimia kapsul bakteria ?
Ø Komposisi kimia kapsul bakteria ialah air.
4. Mengapakah kapsul sukar untuk diwarnakan dengan pewarna asid dan bes yang umum ?
Ø Kapsul sukar untuk diwarnakan dengan pewarna asid dan bes yang umum kerana komposisi kimia kapsul tahan asid dan bes.
5. Selain daripada 2 spesis di atas, namakan satu fungus yang mempunyia kapsul dan dapat memberi keputusan yang baik melalui pewarnaan dakwat India.
Ø Fungus yang mempunyia kapsul dan dapat memberi keputusan yang baik melalui pewarnaan dakwat India ialah Cryptococcus neoformans.
Sumber : Pelajar yang mengambil subjek ini.