Mikrobiologi - Pewarnaan Schaeffer – Fulton

TAJUK :
Pewarnaan Schaeffer – Fulton

OBJEKTIF :
Memperkenalkan tatacara pewarnaan spora dan menentukan kedudukan lokasi spora di dalam sel bakteria.

TEORI :
Bakteria genus Bacillus dan Clostridium dicirikan dengan  kehadiran struktur bulat atau bujur yang dinamakan spora atau endospora. Tapak atau kedudukan spora di dalam sel serta saiz spora berbanding dengan sel yang mengandunginya mempunyai kepentingan taksonomi. Spora bakteria hanya dapat diwarnakan jika mordan haba digunakan. Pemanasan meningkatkan ketelapan dinding spora sehingga pewarna malacite hijau dengan mudah memasuki dan mewarnai struktur ini. Semasa pencucian pewarna terperangkap di dalamnya, sedangkan pada sel vegetatif ia tercuci bersih. Pewarna balas memberikan warna yang kontras supaya spora dapat dikesan dengan mudah. Pewarna malacite hijau merupakan pewarna terbaik untuk pewarnaan spora bakteria.

BAHAN :
• Kultur Clostridium pada media agar ( 24 jam )
• Malacite hijau 5 %
• iodin Lugol
• Karbon fuschin cair atau safranin
• Kristal voilet
• Iodin aseton
• Penutup kaca
• Slaid kaca
• Mikroskop
• Minyak imersi
• Penunu Bunsen
• Kertas lensa
• Gelung dawai

KAEDAH :
1. Apusan bakteria dibuatkan pada slaid mikroskop dan
difiksasikannya.
2. Apusan diliputikan dengan malacite hijau 5 %.
3. Slaid dipanaskan sehingga keluar wap beberapa kali tetapi jangan sampai mendidih ( tambah pewarna jika mengalami kekeringan ).
4. Apusan dibiarkan selama 1 minit.
5. Apusan dicucikan dengan air pili dan slaid diliputikan dengan karbon fuschin cair atau safranin selama 30 saat.
6. Apusan dicucikan dengan air pili dan dikeringkan dengan kertas penyerap.
7. Sliad diamatikan di bawah mikroskop dengan objektif minyak imersi ( X 100 ).
clip_image001
PERBINCANGAN :
Ø Pewarnaan Schaerrer – Fulton dilakukan untuk memperkanalkan tatacara pewarnaan spora dan menentukan kedudukan lokasi spora di dalam sel bakteria. Semasa melihat di bawah mikroskop cahaya, didapati struktur bulat atau bujur yang berwarna hijau kelihatan. Ini menunjukkan kehadiran spora di dalam bakteria tersebut. Bakteria yang digunakan adalah bakteria “ unkwon ”.
Ø Selain itu, kelihatan struktur bulat yang berwarna biru, ini menunjukkan kehadiran organel – organel yang terdapat dalam bakteria tersebut.
Ø Spora bakteria dapat diwarnakan jika haba digunakan. Pemanasan dilakukan untuk meningkatkan ketelapan dinding spora supaya pewarna malacite hijau mudah masuk dan mewarnai struktur sel ini. Pewarna malacite hijau digunakan untuk memberi warna yang kontras supaya spora dapat dikesan dengan mudah.
Ø Semasa proses pencucian dilakukan, pewarna malacite hijau terdapat dalam struktur spora, sebaliknya pewarna masih terdapat dalam sel vegetatif setelah proses pencucian dilakukan.
KESIMPULAN :
Ø Pelajar berjaya melakukan pewarnaan Schcaeffer – fulton yang bertujuan untuk memperkenalkan tatacara pewarnaan spora dan menentukan kedudukan lokasi spora di dalam bakteria.

SOALAN :
1. Bincangkan morfologi bakteria dari pengamatan yang dilihat.
Ø Morfologi bakteria dari pengamatan di bawah mikroskop ialah terdapat struktur bulat atau bujur yang bewarna hijau yang dikenalpastikan sebagai spora. Selain itu, terdapat struktur bulat yang bewarna biru yang dikenalpasti sebagai organel – organel yang terdapat di dalam bakteria.

2. Nyatakan 3 ciri spora yang berbeza daripada sel vegetatif.
Ø Struktur atau bentuk spora
Ø Kebolehan menyerap pewarna malacite hijau
Ø Berwarna hijau

3. Apakah perbezaan morfologi antara sel dan spora ?
Perbezaan morfologi Sel Spora
Struktur Pelbagai Bulat atau bujur
Warna Pelbagai Hijau

4. Berikan 2 ciri spora yang digunakan dalam mengenalpasti bakteria berspora.
Ø Kehadiran struktur bulat atau bujur.
Ø Tapak atau kedudukan spora di dalam sel dan saiz spora berbeza dengan sel yang mengandunginya yang mempunyai kepentingan toksonomi.

5. Teknik pewarnaan yang manakah baik untuk mewarnakan spora?
Ø Teknik pewarnaan yang baik adalah pewarna malacite hijau

6. Mengapakah slaid tidak boleh dipanaskan sehingga mendidih?
Ø Slaid tidak boleh dipanaskan sehingga mendidih bagi mengelakkan sel – sel dari pecah dan menyebabkan pewarna malacite hijau tidak dapat masuk dan mewarnai struktur sel – sel tersebut. Selain itu, bagi mengelakkan slaid dari pecah.

Sumber : Pelajar yang mengambil subjek ini.