VOGES PROSKAUER
-ujian ini dilakukan untuk membantu dalam pembezaan bakteria
-Klebsiella pneumoniae,Vibrio cholerae,Enterobacter sp dan sesetengah strain Enterobacteria,memfermentasi glukosa dengan penghasilan asetoin
-Asetoin boleh dikesan melalui reaksi oksidasi
PRINSIP
-organisma ujian dikulturkan dalam air peptone glukosa fosfat selama 48 jam
-natrium hidroksida dan sedikit keratin ditambahkan dalam keadaan beralkali dan pendedahan kepada udara,asetoin dihasilkan daripada fermentasi glukosa
-dioksidasikan kepada diasetil menghasilkan warna merah jambu apabila menambahan keratin
KEPUTUSAN
Positif-warna merah
Negatif-tiada berwarna
UJIAN SITRAT
-ujian ini membantu bagi pengenalpastian enterobakteria
-selain itu,bagi melihat keupayaan menggunakan sitrat sebagai sumber utama karbon dan ammonia inorganik sebagai sumber nitrogen
-bakteria yang tumbuh di dalam medium ini akan menukarkan warna penanda bromothymol biru daripada hijau kepada biru
-bakteria yang berupaya memecahkan sitrat adalah Klebsiella pneumoniae,Enterobacter sp,Proteus mirabilis dan Pseudomonas aeruginosa
PRINSIP
-organisma ujian dikultur dalam medium yang mengandungi sodium sitrat,garam ammonium dan penanda bromo-thymol biru
-pertumbuhan dalam medium ini ditunjukkan dengan kekeruhan dan penukaran warna daripada hijau kepada biru
-penukaran warna disebsbkan reaksi beralkali akibat pemecahn sitrat
KEPUTUSAN
Positif-warna Biru
Negatif –tiada perubahan warna/hijau
SUMBER : PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK INI.