Mikrobiologi- Pewarnaan Albert

TAJUK :
Pewarnaan Albert

OBJEKTIF :
Menunjukkan kehadiran granul metakromatin atau volutin yang terdapat pada sesetengah bakteria melalui pewarnaan.

TEORI :
Volutin bakteria ( granul metakromatik ) adalah bahan basofilik yang refraktif. Volutin ini terdiri daripada polimetafosfat yang mempunyai berat molekul tinggi dan dihubungkaitkan dengan bakteria genus corynebacterium. Jika diwarnai dengan toluidina biru, kompenen ini akan kelihatan berwarna biru kehitaman dan bukan biru. Keadaan ini disebabkan oleh fenomena metakromatik yang melibatkan perubahan di dalam warna sesuatu bahan. Toluidina biru adalah pewarna metakromatik, apabila pewarna ini masuk ke dalam kompleks granul volutin yang besar, volutin ini mengubah spektrum serapan toluidina biru supaya pada mata kasar pewarna ini talah berubah warnanya dari biru ke biru kehitaman. Tetapi jika metilena biru digunakan, granul volutin akan kelihatan merah dan bukan biru. Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah merupakanfenomena metakromasi sungguhpun dalam bidang bakteriologi ia dinyatakan demikian. Dalam keadaan ini, pendedahan metilena biru kepada udara menyababkan sebahagian kecil daripada pewarna ini dioksidasi menjadi metilena ungu pada pH tinggi dan metilena ungu secara selektif mewarnakan volutin tersebut.

BAHAN :
• Kultur Klebsiella pneumonia pada media agar ( 24 jam )
• Albert’s stain
• Iodin Lugol
• Iodin Gram
• Karbon fuschin
• Kristal voilet
• Iodin aseton
• Penutup kaca
• Slaid kaca
• Mikroskop
• Minyak imersi
• Penunu Bunsen
• Kertas lensa
• Gelung dawai

KAEDAH :
1. Apusan dibuatkan pada slaid dan difiksasikannya.
2. Apusan diliputi dengan pewarna Albert selama 5 minit.
3. Apusan dicuci dengan air pili.
4. Slaid diliputi dengan iodine Gram selama 1 minit.
5. Slaid dicuci dengan air pili dan dikeringkan dengan kertas penyerap.
6. Sliad diamatikan di bawah mikroskop dengan objektif minyak imersi ( X 100 ).
clip_image001
PERBINCANGAN :
Pewarnaan Albert dilakukan untuk menunjukkan kehadiran granul metakromatin atau volutin yang terdapat pada sesetengah bakteria melalui pewarnaan. Apabila volutin bakteria diwarnai toluidina biru didapati voluitin bakteria yang kelihatan berwarna biru kehitaman. Ini menunjukkan apabila pewarnaan Albert dilakukan ke atas Streptococcus, kelihatan volutin bakteria berwarna biru kehitaman. Keadaan ini disebabkan oleh fenomena metakromatik yang melibatkan perubahan didalam warna sesuatu bahan. Selain itu, volutin mengubah spektrum serapan toluidina biru supaya pada mata kasar pewarnaan ini telah berubah warnanya dari biru ke biru kehitaman. Sebaliknya apabila pewarnaan Albert yang dilakukan ke atas Bacillus, volutin bakteria kelihatan biru cerah. Ini mungkin disebabkan oleh volitin tidak mengubah spektrum serapan toluidina biru supaya pada mata kasar pewarna ini kelihatan biru kehitaman. Kemungkinan lain adalah, proses pewarnaan Albert tidak dilakukan dengan sempurna.

KESIMPULAN :
Pewarnaan Albert berjaya dilakukan, kerana kehadiran granul metakromatin atau volutin pada sesetengah bakteria setelah pewarnaan dilakukan.

SOALAN :
1. Bincangkan morfologi bakteria dari pengamatan yang dilihat.
Ø Morfologi bakteria dari pengamatan di bawah mikroskop ialah terdapat struktur rod halus dan bulat yang bewarna biru kehitaman yang dikenalpastikan volutin bagi bakteria Streptococcus. Bagi bakteria Bacillusvolutin bewarna biru cerah dan strukturnya yang panjang beralun dan bulat.

2. Apakah granul metakromatin dan nyatakan fungsinya ?
Ø Granul metakromatin ialah bahan basofilik refraktif dan berfungsi sebagai suatu haba yang bertindak keatas detergen untuk mengubah spektrum resapan.

3. Apakah kepentingan granul metakromatin dalan bakteriologi daignostik ?
Ø Kepentingan granul metakromatin dalan bakteriologi daignostik ialah dalam fenomena metakkromsi.

Sumber : Pelajar yang mengambil subjek ini.