Ancylostoma ceylanium ( Hookworm )

Taburan

Timur tengah, Selatan Eropah dan Afrika Utara

Penyakit

Cutaneous larva migraine (CML) atau creeping eruption

Morfologi

· Dua batang gigi tidak sama besar

· Tidak dapat matang dalam manusia

Betina

· Panjang 15 mm – 18 mm

· Sistem pembiakan yang berpasangan

Jantan

· Panjang 9 mm – 12 mm

· Sistem pembiakan tunggal

Telur

· Dinding telur yang nipis ukuran 56-75 x 34-47 mikron

· Berbentuk ovul

· Hujung membulat

Morfologi

· Kecil

· Berwarna putih kelabu atau kemerahan ( bergantung banyaknya darah dalam salur percernaannya )

· Berbentuk silinder

· Kaku atau kurang bergerak

· Hujung anterior melengkung kearah dorsal

· Mempuyai 1-3 pasang gigi dibahagian tepi mulut

clip_image002

KITAR HIDUP

Tidak menggunakan manusia sebagai hos perumah, yang paling biasa menjadikan manusia sebagai hos perumah ialah A. braziliense dan A. Caninum. Kebiasaannya hos perumah yang pasti bagi spesis ini adalah anjing dan kucing. Kitaran bagi peringkat hos perumah adalah amat serupa dengan kitaran bagi di dalam manusia. Telur yang dikeluarkan di dalam najis, dan berada dalam keadaan yang sempurna dengan kelembapan, kehangatannya. Larva akan menetas dalam mase 1- 2 hari. Larva rhabditiform yang dikeluarkan berkembang dalam najis atau tanah. Selepas 5 – 10 hari, larva bertukar menjadi filariform iaitu larva peringkat infeksi. Larva filariform mampu bertahan 3 hingga 4 bulan dalam keadaan alam sekitar. Bagi larva yang menembusi haiwan melalui kulit, ia akan dibawa melalui salur darah ke jantung dan ke paru paru. Larva akan menembusi ke dalam aveoli paru-paru dan naik ke bronkial dan pharynx dan ditelan. Larva akan sampai ke usus kecil dimana ia akan menjadi matang dan dewasa. Mereka akan melekat pada dinding usus. Manusia juga boleh dijangkiti oleh larva filariform melalui penembusan kulit. Kebanyakkan larva di dalam manusia jarang untuk matang dan akan berhijrah tanpa arah tujuan di dalam epidermis.

Manifestasi Klinikal

· Kekurangan zat besi ( merupakan gejala biasa bagi jangkitan Hookworm )

· Kurang selera makan

· Pening kepala

· Kegatalan pada kulit ( disebabkan pergerakan cacing tersebut )

Rawatan

Biasanya jangkitan cacing hookworm dirawat mengunakan

· Albendazole

· Mebendazole

· Pyrantel

· Pembedahan ( jika jangkitan tersebut teruk)

Diagnosis

· Penemuan larva dan telur pada feses

· Biopsi