Penganalisaan enzim Alkaline phosphatase (ALP) dalam penyakit Hepatitis.

Alkaline phosphatase (ALP)

Alkaline phosphatase merupakan enzim yang dapat dijumpai di hati dan tulang. Kadar yang tinggi dapat dijumpai dalam penyakit hepatitis atau kanser tulang. Enzim ini banyak dihasilkan oleh hepar dan tulang. Ianya khusus dihasilkan oleh sel epithelium duktus biliari intrahepar. Enzim ini juga dihasilkan oleh ginjal, usus dan plasenta. Serum individu yang normal mengandungi sedikit enzim. Jenis-jenis isoenzim yang terdapat dalam alkaline fosfatse ialah :

Jenis isoenzim

Lokasi tisu

1

Hati

2

Tulang

3

Usus

4

Ginjal

5

Plasenta

Simptom-simptom :

· Penyakit kuning (Jaundice)

· Sakit perut

· Loya

· Muntah

Kaedah penganalisaan Fosfatase Alkali (ALP) dengan Isoenzim (serum) dalam penyakit Hepatitis .

Ujian ini mengunakan sampel serum yang di ambil daripada darah vena pesakit. Satu ujian untuk phosphatase alkali (ALP) dilakukan kepada:

Pemeriksaan dilakukan untuk mengetahui penyakit hati atau kerosakkan pada hati. Ujian ALP digunakan untuk memeriksa hati apabila ubat-ubatan tertentu yang boleh merosakkan hati diambil. Pemeriksaan dilakukan pada tulang (sinar-X), seperti riket, osteomalacia, tumor tulang, atau terlalu banyak hormon yang mengawal pertumbuhan tulang (hormon paratiroid). Paras ALP boleh digunakan untuk memeriksa bagaimana rawatan untuk penyakit .

· Pengujian Fosfatase alkali (ALP) berguna untuk menentukan samada terdapat penyakit hati atau tulang. Jika terdapat kerosakan ringan pada sel hati, kadar ALP mungkin agak naik, tetapi peningkatan yang jelas dapat dilihat pada penyakit hati akut. Untuk menentukan samada terdapat disfungsi hati, terdapat beberapa ujian makmal yang dilakukan seperti ujian ( bilirubin, meusin aminopeptidase (LAP), 5’-nukleotidase [5’-NT], dan gamma-glutamil transpeptidase [GGTP]).

· Kaedah yang digunakan untuk membezakan isoenzim ALP adalah fraksionasi panas, sampel serum dipanaskan pada suhu 56°C selama 15 minit dan kemudian diperiksa untuk mengesan aktiviti ALP. Hasilnya dibandingkan dengan aktiviti ALP dari sampel yang sama yang tidak dipanaskan. ALP tulang sangat tidak stabil dan setelah pemanasan mungkin hanya menemukan 10-20%, sedangkan ALP hati relatif stabil 30-50% .

· Dalam kes melibatkan tulang, kadar ALP meningkat kerana aktiviti osteoblastik (pembentukan sel tulang) yang abnormal. Jika kadar ALP yang tinggi pada kanak-kanak, hal ini adalah normal kerana pertumbuhan tulang.

· Isoenzim ALP digunakan untuk membezakan penyakit hati dengan penyakit tulang, ALP1 menandakan penyakit yang disebabkan oleh hati, sementara ALP2 oleh tulang.

Kaedah penganalisaan : Ujian isoenzim ALP

Prinsip :

Alkali Phosphatase akan menghidrolisis p-nitrophenyl phosphat menjadi p-nitrophenol dan phosphat. Aktiviti ALP ditentukan dengan mengukur p-nitrophenol  secara kinetik pada λ 405 nm.

Prosedur :

1. Darah vena diambil sebanyak 3-5 ml

2. Untuk uji isoenzim ALP, pesakit disuruh berpuasa satu malam.

3. Tangguh pemberian ubat selama 8 hingga 24 jam bagi meningkatkan kadar ALP dengan persetujuan Doktor.

4. Usia dan ubat pesakit direkodkan yang dapat mempengaruhi keputusan ujian.

Keputusan

· Dewasa : 42-136 U/l; ALP1 : 20-130 U/l; ALP2 : 20-120 U/l.

· Kanak-kanak : (0-12 tahun) : 40-115 U/l. (13-18 tahun) : 50-230 U/l.

· Orang tua : julat lebih tinggi dari orang dewasa.

Interpretasi keputusan

Nilai yang tinggi

Sangat tinggi tahap ALP boleh disebabkan oleh masalah hati, seperti hepatitis, penyumbatan saluran hempedu (obstruktif jaundis), batu karang, sirosis, kanser hati, atau kanser yang telah merebak (metastasis) ke hati daripada bahagian lain badan. Tahap ALP yang tinggi boleh disebabkan oleh penyakit tulang, seperti penyakit osteomalacia, riket, tumor tulang, atau tumor yang telah merebak ke bahagian lain, atau kelenjar paratiroid yang terlalu aktif (hyperparathyroidism). Kegagalan jantung, serangan jantung, mononucleosis, atau kanser buah pinggang boleh meningkatkan tahap ALP.

Nilai yang rendah

Malnutrisi (seperti penyakit seliak) atau disebabkan oleh kekurangan nutrien dalam diet pemakanan (seperti skurvi) boleh menyebabkan tahap ALP rendah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan

Ubat-ubat tertentu yang dapat meningkat dan menurunkan kadar ALP (alopurinol, fenotiazin, ubat penenang, indocin, prokainamid, tolbutamid, isoniazid). Pemberian albumin secara IV meningkatkan kadar ALP serum 5 hingga 10 kali dari julat normal. Usia pesakit dimana orang dewasa dan orang tua menyebabkan peningkatan dalam serum.