Kumpulan ABO dan RHESUS (TEKNIK LANGSUNG)

OBJEKTIF :

Untuk menentukan jenis kumpulan ABO dan Rhesus

TEORI :

Terdapat 4 jenis kumpulan darah iaitu kumpulan darah A, kumpulan Darah B, kumpulan Darah AB, dan kumpulan darah O. dalam sistem ABO terdapat 3 jenis alel yang terlibat dalam penentuan kumpulan darah iaitu alel A, alel B dan alel O. antigen yang terdapat pada permukaan membrane sel darah merah yang menentukan kumpulan darah individu tersebut. Sekiranya antigen A hadir maka individu tersebut akan berdarah kumpulan A. Sistem darah rhesus merupakan system kedua terpenting selepas sistem darah ABO. Antigen kumpulan darah rhesus hanya terdapat pada sel darah merah sahaja. 5 antigen yang terlibat adalah antigen D,C,c,E dan e. Ianya adalah untuk menentukan rhesus positif atau negatif adalah berdasarkan kehadiran antigen D pada permukaan sel darah merah.

REAGEN :

Reagen Anti- A, Anti- B, Anti- AB dan Anti- D

BIOMATERIAL :

Darah kumpulan A, kumpulan B, kumpulan AB, dan kumpulan O

ALAT RADAS/ PERALATAN :

1. Jubin

2. Kayu pencungkil

3. Glove

4. Tabung uji

5. Penggempar

PROSEDUR :

Teknik Jubin

Teknik langsung

Known antisera

Anti-A

Anti-B

Anti-AB

Auto Control

1. 1 titik Anti-A, Anti-B, Anti-AB dan Anti-D dititiskan pada setiap petak jubin yang telah di labelkan.

2. 1titik sel darah dititiskan pada petak jubin reagen

3. reagen dan darah dicampurkan dengan menggunakan kayu pengcungkil.

4. jubin digoncangkan perlahan-perlahan selama 4-5 minit sambil perhatikan agglutinasi.

5. bacaan permehatian direkod.

Teknik Tiub

1. Tabung uji dilabel dan dimasukkan 2 titik Anti- A, Anti- B, dan Anti- AB.

2. 1 titik darah ditambah ke dalam setiap tabung uji yang berlabel.

3. Diempar pada kelajuan 1000rpm selama 1 minit.

4. Tabung uji di perhatikan dan agglutinasi diperhatikan.

KEPUTUSAN :

Teknik Jubin

Sel darah

Anti-A

Anti-B

Anti-AB

Anti-D

A

+

0

+

+

B

0

+

+

+

AB

+

+

+

+

O

0

0

0

+

Teknik Tiub

Sel darah

Anti-A

Anti-B

Anti-AB

Anti-D

A

+

0

+

+

B

0

+

+

+

AB

+

+

+

+

O

0

0

0

+

Gred bagi agglutinasi bagi teknik jubin :

A : ++++ ( satu gumpalan besar )

B : ++++ ( satu gumpalan besar )

AB : +++ ( dua gumpalan )

O : MF ( tiada gred kerana tiada agglutinasi )

PEBINCANGAN :

Teknik lansung merupakan teknik mudah. Teknik ini sesuai untuk menentukan jenis kumpulan ABO dan rhesus.Terdapat 4 jenis kumpulan darah yang digunakan iaitu A , B , AB dan O. Keputusan yang diperolehi adalah tepat, dimana darah A , B dan AB berlaku agglutinasi manakala darah O tidak berlaku agglutinasi. Ini disebabkan kandungan bahan H dalam darah O terlalu tinggi dan tidak mempunyai antigen. Antigen penting dalam penentuan kumpulan darah individu tersebut . Gred agglutinasi dapat dilihat dengan jelas dan tepat melalui kaedah jubin. Gred yang diperolehi bagi darah A dan darah B ialah gred 4+ ( ++++ , satu gumpalan besar ), dan darah AB, gred yang diperolehi ialah gred 3+ ( +++ , dua gumpalan ) manakala darah O, gred yang diperolehi ialah MF iaitu tiada agglutinasi. Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi . Antaranya ialah sel darah tidak boleh bersentuh dengan antisera kerana ia akan menyebabkan kontaminasi pada sel darah Bagi kaedah tiub pula , tiub yang digunakan hendaklah bersih dan kering . Selain itu , masa pengemparan hendaklah dilakukan dengan tepat.

KESIMPULAN :

clip_image002[4] Keputusan yang diperolehi adalah positif, dimana darah A,B,AB menunjukkan berlakunya agglutinasi manakala darah O tidak berlaku agglutinasi. Teknik lansung adalah teknik mudah bagi mengesan kumpulan darah individu.

SOALAN :

  1. Nyatakan jenis specimen yang digunakan dalam teknik langsung?

- Sel darah merah

  1. Nyatakan teknik yang baik untuk menentukan kumpulan darah samada teknik jubin atau teknik tiub. Mengapa?

- Teknik jubin . Hal ini kerana teknik ini mudah untuk melihat agglutinasi sel darah merah apabila dicampurkan dengan antisera yang telah diketahui .

teknik ini juga ringkas dan tidak perlu diempar seperti teknik tiub .

teknik ini juga mengambil masa yang sekejap .

  1. Bincangkan keputusan yang didapati daripada eksperimen ini dari segi tindak balas imunologi yang berlaku?

- Keputusan yang diperolehi adalah tepat . berlaku penggumpalan antara sel darah dengan antisera yang digunakan . antisera yang digunakan dalam ujian ini akan bertindak balas dan mempunyai fungsi yang tertentu . tindak balas imunologi yang berlaku membolehkan berlakunya agglutinasi