OBJEKTIF :
Menaksir kolesterol bebas menggunakan Teknik Zlatkis.
TEORI :
Paras kolesterol serum boleh ditaksir secara kuantitatif melalui kaedah kimia Zlatkis. Dalam tindakbalas ini, kolesterol akan bertindak dengan asid yang berkepekatan tinggi. Produk yang terhasil adalah sebatian berwarna. Penyerapan cahaya oleh sebatian berwarna boleh diukur pada panjang gelombang 570 nm.
REAGAN : a. Asid asetik
b. Larutan Ferik klorida boleh ditaksir secara kuantitatif melalui kaedah kimia Zlatkis.
c. Bahan uji pewarna. ( tambahan 1 ml larutan ferik klorida kepada 15 ml asid sulfurik dan tambahkan asid sulfuric untuk jadikan isipadu 100 ml )
d. Aseton – alkohol ( 1 : 1 )
e. Digitonin 1% dalam 50% etanol
f. Piawai 200 mg kolesterol / 100 ml asid asetik glasial
BAHAN : Serum
BIOLOGI
BAHAN :
KACA a. Tabung uji kaca
b. Tabung empar
c. Bikar 100 ml
ALAT
RADAS : a. Spektrofotometer
b. Pengempar
c. Penunu Bunsen
TEKNIK : A. Peringkat pertama : Penyedian sampel.
i. 0.5 ml serum dipepet kedalam tabung uji empar.
ii. 9.5 ml campuran aseton – alkohol ditambah.
iii. Tabung uji empar dipanas selama 10 minit dalam kukus air ( 60 – 70°C )
iv. Tabung uji empar disejuk dan aseton – alkohol ditambah sehingga isipadunay menjadi 10 ml.
v. Mulut tabung uji empar ditutup dan diempar pada 200 rpn selam 3 minit.
B. Tindakan kimia.
i. 5.0 ml ekstrak dipindah kedalam tabung uji empar.
ii. Tabung uji empar dipanas dalam kukus air sehingga menjadi ~ 1.0 ml.
iii. Tabung uji empar disejuk dan ditambah 1 ml digitonin dan dibiarkan sejul selama 10 minit.
C. Ekstrak kolesterol bebas.
i. Tabung uji diempar daripada peringkat B pada halaju 3,500 rpn selama 10 minit.
ii. Supernatan dibuang dan 4 ml aseton ditambah dan diempar sekali lagi selama 10 minit.
iii. Supernatan dibuang dan mendakan dikering dalam kukus air.
iv. 7.5 ml asid asetik glasial ditambah kepada mendakan dan dikacau.
v. Mendakan dilarut menggunakan kukus air mendidih.
vi. Tabung uji empar disejuk dan larutan ini dipindah kepada tabung uji. ( Label sebagai sampel ).
D. Penghasilan warna.
i. Reagen dipipet ke dalam :
Sampel ( S ) | Kosong (K ) | Piawai ( P ) | |
Asid asetik glasial ( ml ) | - | 6.0 | 5.9 |
Ekstrak kolesterol bebas ( ml ) | 6.0 | - | - |
Larutan piawai kolesterol ( ml ) | - | - | 0.1 |
Bahan uji warna ( ml ) | 4.0 | 4.0 | 4.0 |
Kacau dan biarkan selama 20 minit |
ii. Bacaan absorbans dibaca dengan menggunakan spektrofotometer pada panjang gelombang 570 nm.
KEPUTUSAN :
i. Pallet
Tabung uji | Kosong (K ) | Piawai ( P ) | Sampel ( S ) |
Absorbans | 0.000 | 1.705 | 1.735 |
Pengiraan : Berdasarkan Hukum Beer
Menaksir kolesterol bebas
Abs U x 0.1 x kepekatan piawai x 100 ml serum
Abs P 0.20 ml
1.705 0.20 ml
Julat rujukan : Normal < 200 mg / dL
: High Blood Chloesterol ³ 240 mg / dL
PERBINCANGAN :
Ujian ini dilakukan untuk menaksir kolesterol bebas menggunakan teknik Zlatkis. Ujian ini adalah satu kaedah ujian yang biasa dilakukan didalam makmal.
Ujian ini mempunayi empat peringkat persediaan iaitu peringkat pertama iaitu penyediaan sample, tindakan kimia, ekstrak kolerterol bebas, penghasilan warna.
Terdapat beberapa reagen yang digunakan dalam ujian ini iaitu aseton – alkohol, digitonin, asid asetik glasial. Reagen aseton – alkohol berfungsi mengekstrak kolesterol bebas, digitonin pula berfungsi untuk mengekalkan warna, manakal asid asetik glasial berfungsi sebagai medium berasid untuk tindak balas dengan kolesterol.
Apabila ekstrak kolesterol dituangkan ke dalam tabung uji sampel, didapati tabung uji tersebut berasa panas dan berwarna putih susu. Manakala bagi tabung uji kosong ( K ) warna yang terhasil adalah warna kelabu dan tabung uji piawai ( P ) berwarna ungu.
Keputusan yang diperolehi adalah normal iaitu 102 mg/dL. Ini kerana julat rujukan normal ialah kurang dari 200 mg/dL.
Bacaan absorbans dibaca dengan spektrofotometer pada panjang gelombang 570 nm, dimana warna yang terhasil adalah warna hijau. Selain itu, terdapat beberap ralat ketika ujian ini dalakukan iaitu kesilapan ketika proses mempipet larutan, proses pengemparan dan proses pengeraman.
KESIMPULAN :
Keputusan yang diperolehi adalah normal iaitu 102 mg/dL kerana tidak melebihi julat normal.
Ujian ini dilakukan untuk menaksir kolesterol bebas menggunakan teknik Zlatkis.
SOALAN :
1. Apakah penyebab penyakit simpanan kolesterol ester ?
ü Penyebab penyakit simpanan kolesterol ester ialah kekurangan atau difungsi kolesterol esterase yang menyebabkan penimbunan kolesterol ester.
2. Bagaimana kolesterol disintesis ?
ü Kolesterol disintesis secara endogenus oleh hati dan tisu ekstrahepatik iaitu dinding usus dan tisu lain.