Tekanan Darah

OBJEKTIF :

Mengukur tekanan darah

TEORI :

Tekanan darah diukur dengan menggunakan sphygmomanometer

dan stetoskop. Tekanan darah normal manusia adalah 120 / 80 mm / Hg di mana bacaan 120 mm / Hg menunjukkan sistol ventrikel dan bacaan 80mm / Hg menunjukkan diastol ventrikel.

KAEDAH :

Sphygmomanometer dan stetoskop digunakan untuk tentukan

bacaan darah semasa :

Ø Duduk.

Ø Selepas berjalan turun naik tangga sepuluh minit.

Ø Selepas turun naik tangga sepuluh minit.

KEPUTUSAN :

KEADAAN SEMASA

TEKANAN DARAH

Duduk rehat

130 / 90 mm / Hg

Selepas berjalan sepuluh minit

120 / 90 mm / Hg

Selepas berlari sepuluh minit.

110 / 80 mm / Hg

PERBINCANGAN :

Ø Tekanan darah ialah pengukuran daya yang dikenakan ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh badan. Tekanan ini ditentukan oleh daya dan bilangan darah yang di pam dan saiz serta fleksibeliti arteri.

Ø Bacaan tekanan darah di ambil dalam millimeter merkuri (mm/Hg) contohnya : 120 / 80 mm / Hg. Nombor 120 mm / Hg ialah bacaan darah sistol ventrikel di mana ia mewakili tekanan maksimum terhasil semasa pengecutan jantung. Nombor 80 mm / Hg pula mewakili bacaan darah diastolik ventrikel yang mewakili tekanan darah dalam arteri apabila jantung dalam keadaan rehat.

Ø Setelah eksperimen dilakukan, didapati tekanan darah bagi ketiga-tiga keadaan adalah berbeza. Tekanan darah dalam keadaan duduk ialah 130 / 90 mm / Hg, selepas berjalan turun naik tangga sepuluh minit ialah 120 / 90 mm / Hg dan selepas berlara turun sepuluh minit ialah 110 / 80 mm / Hg. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tekanan darah semakin rendah apabila berlari atau berjalan. Selain itu, kandungan oksigen juga kurang ketika berlari atau berjalan.

Ø Sphygmomanometer harus digunakan dengan berhati-hati. Bagi mengelakkan berlakunya ralat di akhir keputusan. Udara yang terdapat di dalam sphygmomanometer harus di buangkan terlebih dahulu. Bacaan pada sphygmomanometer harus dibaca dengan teliti berdasarkan pada aras merkuri. Sphygmomanometer dibaca apabila merkuri melambung tinggi pada skala di antara 140 – 100 untuk sistol ventrikel dan 90 – 60 untuk diastol ventrikel.

Ø Steteskop digunakan untuk mendengar 2 bunyi dalam setiap kitar kardiak iaitu ’lub’ dan ’dub’ yang merupakan bunyi injap. Bunyi pertama ialah ’lub’ yang disebabkan oleh penutupan injap AV ( injap trikuspid dan injap bikuspid ). Bunyi ini terhasil di permulaan bagi sistol ventirkel. Manakala bunyi ’dub’ disebabkan oleh penutupan injap sobit. Bunyi ini terhasil diakhir sistol ventrikel.

KESIMPULAN :

Ø Tekanan darah berjaya diukur. Selain itu, bunyi jantung juga berjaya didengari. Tekanan darah berubah mengikut keadaan seperti aktiviti, suhu, keadaan emosi, keadaan fizikal dan permintaan oksigen meningkat.