METHAMPHETAMINE (SYABU)

METHAMPHETAMINE (SYABU)

KEGUNAAN

Dadah methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu di negara malaysia ini merupakan sejenis dadah perangsang. Dadah ini digunakan untuk menggalakkan sistem saraf pusat seseorang dimana orang yang menggunakannya akan kurang rasa letih, kurang rasa mengantuk, berkemampuan untuk banyak bergerak, riang, cergas dan lebih mampu untuk bekerja kuat. Untuk seseorang yang menghidapi masalah kegemukan, dadah ini boleh menghilangkan selera makan tetapi mestilah di bawah seliaan pakar. Selain itu, dadah methamphetamine ini juga digunakan secara umum oleh tentera-tentera Jerman, Amerika dan Jepun sebagai penggalak tenaga dan ketahanan fizikal di dalam peperangan dunia kedua. Dadah ini juga biasa digunakan oleh pelajar-pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Ini kerana dadah tersebut akan menyebabkan pelajar tersebut hilang perasaan mengantuk dan letih. Dadah ini juga digunakan oleh pekerja-pekerja untuk memaksimumkan hasil pekerjaan mereka.

SIMPTOM KETOKSIKAN

Simptom ketoksikan bagi pesakit yang menyalahgunakan dadah jenis methamphetamine ialah batuk yang kronik, sakit dada dan sesak nafas, pening, sakit kepala, keradangan kulit dan mata, loya dan kelesuan. Jika penggunaan dos dadah methamphetamine yang sedikit, secara piskologinya pesakit akan mengalami euphoria iaitu keterujaan, rasa selamat, kurang rasa letih, peningkatan prestasi kerja, tidak boleh tidur, tidak rasa lapar, banyak bercakap, rasa ghairah dan peningkatan penumpuan. Dan secara fizikalnya, pesakit akan mengalami peningkatan dalam sistolik dan diastolic, berpeluh, berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas, menggeletar, sakit kepala dan rasa panas dan sejuk. Selain itu, pesakit yang mengalami ketagihan akan berterusan tidak mengambil makanan serta sentiasa bergerak. Mereka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan akibat kekurangan tenaga. Jika penggunaan dadah ini secara dos yang lebih banyak, secara piskologinya, pesakit akan rasa percaya kepada diri sendiri, rasa gembira, kekerliruan, keresahan, aggresif, khayal, halusinasi dan boleh menjadi ganas. Dan secara fizikalnya, pesakit akan mengalami tekanan darah tinggi, jantung tidak dapat berfungsi secara normal, pendarahan pada otak akibat tekanan darah tinggi, kancing gigi, sawan, loya dan muntah-muntah. Tetapi bagi orang-orang tertentu, pengambilan ini boleh menyebabkan rasa sugul dan kecewa.

DIAGNOSIS

Kaedah untuk menentukan penyalahgunaan dadah melibatkan pelbagai kaedah yang melibatkan beberapa peringkat ujian. Peringkat pertama adalah penyaringan dadah. Pada peringkat ini, ujian yang digunakan adalah tidak spesifik untuk mengesan jenis dadah. Namun ia hanya untuk mengetahui kehadiran dadah dalam urin. Ujian ini melibatkan reaksi dadah yang spesifik dengan menggunakan reagen yang sedikit. Antara ujian yang biasa digunakan dalam ujian saringan ini adalah urin strip. Ia akan menunjukkan perubahan warna selepas tindakbalas antara reagen dengan dadah. Kemudian sekiranya keputusan penyaringan menunjukkan keputusan positif. Ujian diteruskan dengan peringkat kedua iaitu peringkat pengesahan dan pengkuatitian. Untuk pengesanan dadah jenis methamphetamine, kaedah yang digunakan adalah kromatografi dengan menggunakan teknik High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dan Gas Chromatography. Ujian-ujian ini bukan merupakan ujian rutin namun kedua-dua ujian ini merupakan kaedah spesifik dan lebih tepat. Untuk menjimatkan masa, mesin automasi digunakan iaitu Fluorescence polarization Immunoassay (FPIA).

RAWATAN

Untuk rawatan kepada pesakit yang menghidapi masalah peyalahgunaan dadah ialah dengan menepatkan pesakit di pusat serenti. Di pusat serenti tersebut, tiga unsure utama yang ditekankan dalam program rawatan iaitu, penentuan dan detokfikasi, pemulihan, pengawasan dan penjagaan lanjutan. Selain itu, rawatan juga boleh dilakukan dengan pharmacotherapy iaitu dengan menggunakan ubat-ubatan anti-kemurungan seperti dopamine agonists (kandungan yang sama dengan syabu) dan antagonists (menyekat kesan dadah stimulasi). Selain itu, penggunaan ubat seperti modafinil, buproprion dan methylphenidate juga boleh digunakan dalam rawatan secara ubatan.