Pembilang Sel Platlet.

OBJEKTIF :

Untuk mengetahui bilangan platlet dalam darah sampel pesakit.

TEORI :

Adalah sukar untuk membilang sel – sel platlet kerana saiznya yang terlalu kecil di samping mudah pecah dan susah untuk membezakannya daripada debu. Platlet juga melekat di antara satu sama lain dan kepada permukaan asing yang juga menyebabkan kesukaran dalam melakukan pembilangan. Terdapat banyak kaedah membilang platlet. Pada masa sekarang, platlet telah dijalankan dengan menggunakan kaedah mesin iaitu ‘ Blood Cell Count ’. Walau bagaimanapun kaedah manual iaitu menggunakan hemositometermasih digunakan disesetengah makmal.

REAGEN :

( A ) Bahan kimia

Larutan pencair : Formal sitrat

v 1% ( 1 / 1 ) formalin / 40% formaldehid dalam 3% Trisodium Citrare

v 1 – 2 titik Brilliant Cresy Blue ( 1% dalam larutan saline isotonik ) ke dalam setiap liter larutan formal sitrat.

( B ) Bahan biologi / spesimen

v Darah vena berantikoagulan

v Darah kapilari

( C ) Alat Radas

v Ruang pembilang hemositometer

v Sisisp kaca

v Pipet Thoma RBC

v Picagari dan tiub

( D ) Peralatan

v Mikroskop

PROSEDUR :

1. Darah disedut dengan menggunakan pipet Thoma sel darah merah ke paras 0.5. Kesan darah diluar mucung pipet dikesat.

2. Larutan pencair Formal Sitrat kemudain disedut ke paras 101.

3. Campuran disebatikan selama 5 minit.

4. 3 – 4 titik pertama dibuang sebelum ampaian di isi ke dalam ruang pembilang Neubauer.

5. Ampaian dieram selama 15minit dalam tempat yang lembap.

6. Ruang pembilang Neubauer diletak di mikroskop dan petak besar di tengah difokus pada kuasa kanta X 10.

7. Platlet di bilang dengan menggunakan kanta onjektif X 40. Jumlah petak – petak kecil dibilang bergantung kepada bilangan platlet.

8. Pembilangan dilakukan pada keempat – empat petak kecil yang berada setiap penjuru termaksuk satu petak kecil di tengah ( 5 hingga 25 petak ).

 

Keputusan :

Petak

Bilangan sel platlet

1

3

2

5

3

12

4

3

5

6

( a ) Sel Platlet

v Kira isipadu sel platlet pada 5 daripada 25 petak

Ø Isipadu ruang pembilang :

Ø Luas 5 petak kecil = ( 5 X 16 ) X 0.0025 mm

Ø Ukuran ruang pembilang = 1 / 10 mm

Ø Isipadu 5 petak = 80 X 0.0025 mm X 0.1 mm

= 0.02 mm³

Ø Cairan darah = 1: 200

clip_image001 Sel plalet / L = jumlah 5 petak X 1 / 0.02 X 200 X 10^6

= 29 X 1 / 0.02 X 200 X 10^6

= 2.9 X 10^11 / L

Perbincangan :

Ø Pembilangan sel platlet dilakukan untuk mengetahui bilangn sel platlet darah dalam pesakit. Anggaran normal bagi jumlah sel platlet terbahagi kepada 3 iaitu dewasa ( 150 – 450 X 10^9 / L ). Didapati setelah eksperimen dijalankan jumlah sel platlet ialah 2.9 X 10^11 / L.

Ø Ini mungkin disebabkan terdapat kesilapan dalam membilang sel darah merah dan darah yang digunakan adalah darah dari sel darah merah yang telah diasingkan antara sel darah merah dengan plasma darah. Selain itu, darah yang digunakan telah tamat tempoh dan mungkin eksperimen tidak dijalankan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Ø Selain itu, pembilangan sel - sel platlet sukar dilakukan kerana saiznya terlalu kecil,mudah pecah dan susah untuk dibeza dengan debu. Platlet juga melekat di antara satu sama lain dan pada permukaan asing.

Kesimpulan :

Ø Pembilangan sel platlet berjaya dilakukan, tetapi keputusan yang diperolehi tidak tetap dengan anggaran normalnya.

Soalan :

1. Mengapakah kesan darah di luar muncung pipet perlu dikesat sebelum larutan pencair Formal sitrat di sedut ?

Ø Kesan darah di luar muncung pipet perlu dikesat sebelum larutan pencair Formal sitrat di sedut bertujuan untuk menggelakkan darah dari terkontaminasi.