Mengkaji Peralatan Pembilang SDM, SDP, dan Platlet.

OBJEKTIF :

Untuk memahami cara penggunaan pembilang dan bagaimana  untuk membilang SDM, SDP, dan platlet menggunakan ruang  pembilang hemositometer.

TEORI :

Pembilang SDM, SDP, dan plalet dapat dilakukan dengan mengguanakan ruang pembilang hemositometer. Terdapat pelbagai jenis ruang pembilang hemositometer, walau bagaimanapun paling kerap digunakan adalah ruang pembilang Neubaeur diperbaiki ( improved ). Cara pembilang adalah berbeza bagi setiap kompenen darah dan ia bergantung pada petak – petak yang terdapat pada ruang pembilang.

REAGEN :

( A ) Alat Radas

v Ruang pembilang Neubauer diperbaiki

v Pipet Thoma sel darah merah

v Pipet Thoma sel darah putih

v Sisip kaca

( B ) Peralatan

v Mikroskop

PROSEDUR :

1. Hemositometer diperiksakan supaya berdada dalam keadaan baik.

2. Ruang pembilang difokuskan pada kanta objektif 4 X 10. Keseluruhan ruang pembilang difokuskan.

3. Ruang pembilang difokuskan pada kanta objektif 10 X 10. 4 petak besar dipenjuru ruang pembilang dilihat. Petak nin adalah untuk pembilang sel darah putih.

4. Ruang pembilang difokuskan pada kanta objektif 40 X 10. Bahagiang tengah peta ruang pembilang dilihatkan. 3 garisan sempadan pada petak tersebut diperhatikan. Petak ini adalah untuk ruang pembilang sel darah marah dan platlet.

5. Bahagian mana sel – sel yang perlu dikira dan bahagian mana yang tidak perlu dikira diperhatikan.

KEPUTUSAN :

§ Ruang pembilang yang dilihat dilukiskan.

§ Petak – petak yang digunakan untuk membilang dikenalpastikan.

i ) Sel darah merah

ii ) Sel darah putih

iii ) Sel platlet

PERBINCANGAN :

Ø Hemositometer atau ruang pembilang digunakan untuk membilang sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Ruang pembilang yang digunakan adalah ruang pembilang Neubauer diperbaiki ( improved ). Ini kerana hemositometer ini mempunyai garisan pembahagian yang mempenyai 3 garisan berbanding dengan Neubauer biasa.

Ø Semasa pemeriksaan mikroskop cahaya, didapati terdapat 9 segiempat besar yang digarisi dengan garisan “double line ” dan “ single line ”. 9 segiempat tersebut dibahagikan kepada 4 segiempat tidak bergaris dan 5 segiempat bergaris.

Ø 4 segiempat yang tidak bergaris atau kawasan “ W ” digunakan untuk pengiraan sel – sel darah putih. Sementara segiempat di pertengahan kawasan bergaris atau kawasan “ R ” digunakan untuk pengiraan sel – sel darah merah dan segiempat kecil yang berada di tengah – tengah dalam segiempat di pertengahan kawasan bergaris atau “ R ” digunakan untuk pengiraan sel platlet.

KESIMPULAN :

Ø Pelajar dapat mengenalpastikan hemositometer atau ruang pembilang. Selain itu, pelajar juga dapat memahami cara penggunaan pembilang dan bagaimana untuk membilang sel darah merah, sel darah putih, dan sel platlet.

SOALAN :

1. Nyatakan persediaan – persediaan awal sebelum menggunakan mikroskop.

v Kanta objektif hendaklah di bersihkan dengan kertas lensa sebelum memulakan eksperimen.

v Mikroskop hendaklah berada dalam keadaan baik sebalum digunakan.

2. Mengapakah mikroskop perlu di selenggarakan setiap kali penggunaannya.

v Untuk memastikan tiada kesilapan semasa pengiraan.

v Untuk memastikan imej yang akan dilihat dengan adalah jelas.