UJIAN COOMB’S CONTROL (CCC)

OBJEKTIF :

Tujuan adalah untuk mendapatkan sel-sel darah merah yang bebas tanpa sebarang debris atau kotoran.

PENGENALAN :

Disediakan untuk kebanyakkan ujian-ujian dalam tabung darah.

ALAT RADAS/ BAHAN :

1. tabung uji

2. reagen Anti-D, reagen AHG

3. sel darah kumpulan A,B,AB,O

4. larutan saline

5. penggempar

PROSEDUR :

1. satu tabung uji ditandakan dengan CCC dan 19 titik larutan saline dimasukkan.

2. 1 titits reagen Anti-D dimasukkan dan disebatikan. ( cairan 1/20)

3. 4 titis sel darah merah SDM padat kumpulan O (D) ditambahkan ke dalam tabung uji dan sebatikan dengan sempurna.

4. tabung uji tersebut dieramkan pada suhu 37°c selama 15 – 30 minit.

5. sel dibasuh sebanyak 3 kali dengan larutan saline, kemudaian diempar denagan kelajuan 1000 rpm selama 1 minit bagi setipa kali sel dibasuh.

6. larutan supernatant dibuang pada pembasuhan kali terakhir.

7. supernatant tadi dipindahkan sebanyak beberapa titik ke dalam tabung uji baru.

8. pencairan baru disediakan dengan 1/10 CCC.

9. reagen AHG digunakan pada ujian CCC untuk melihat pembentukkan agglutinasi atau tidak.

KEPUTUSAN :

clip_image002 Positif, dimana terdapat agglutinasi pada akhir eksperimen .

PERBINCANGAN :

Ujian Coomb’s Control atau dikenali sebagai CCC dilakukan untuk mendapatkan sel-sel darah merah yang bebas tanpa sebarang kotoran. Keputusan yang diperolehi ialah positif, dimana terdapat agglutinasi setelah reagen AHG ditambahkan. Reagen AHG digunakan untuk memastikan berlakunya agglutinasi.

KESIMPULAN :

clip_image002[3] Keputusan yang diperolehi pada akhir eksperimen ialah positif, dimana terdapat agglutinasi pada sel darah.