KAJIAN KES PENYAKIT CHAGAS

PENGENALAN

Penyakit Chagas juga disebut Amerika trypanosomiasis merupakan sejenis penyakit bawaan parasit yang disebabkan oleh protozoa Trypanosoma cruzi. Ia biasanya disebarkan ke manusia dan mamalia oleh serangga vektor, serangga penghisap darah dari jenis Triatominae (Reduviidae) spesies yang paling biasa. Penyakit ini juga dapat disebar melalui transfusi darah dan transplantasi organ. Ia juga boleh disebabkan oleh makanan yang terkontaminasi dengan parasit, dan juga dari ibu ke janinnya. Penyakit ini dinamakan sempena nama ahli perubatan dan ifektologi Brazil Carlos Chagas, yang dijumpai pada tahun 1909, tetapi masalah ini tidak dianggap serius sehinggalah pada tahun 1960-an. Dia mendapati bahawa usus Triatomidae melindungi flagellate protozoan, spesies baru genus Trypanosoma, dan dibuktikan dengan menjalankan ujikaji iaitu dengan memindahkannya kepada monyet marmoset yang digigit oleh pepijat yang dijangkiti ini.

SEJARAH PESAKIT

Muslim merupakan seorang penuntut di university yang terkenal di Negara Brazil. Pada suatu malam semasa beliau sedang tidur, beliau telah digigit oleh serangga penghisap darah dari jenis Triatominae (Reduviidae). Selang beberapa hari beliau didapati mengalami demam, bengkak sebelah mata dan bengkak di kawasan gigitan serangga tersebut. Beberapa tahun kemudian beliau mengalami masalah sembelit yang teruk, masalah pencernaan, sakit dibahagian abdomen dan juga kesukaran untuk menelan makanan. Setelah mengalami keadaan berikut, Muslim mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan lanjut dihospital.

SIMPTOM

Antara symptom yang di alami oleh Muslim ialah deman, bengkak sebelah mata, bengkak di kawasan gigitan serangga tersebut. Selang beberapa tahun pula beliau mengalami masalah sembelit, masalah pencernaan, sakit dibahagian abdomen dan juga kesukaran untuk menelan makanan.

KOMPLIKASI

Beliau mengalami komplikasi jantung atau masalah penghadaman yang serius. Ini termasuk kegagalan jantung berlaku apabila jantung beliau menjadi begitu lemah atau kaku dimana ia tidak boleh mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan beliau. Pembesaran esofagus (megaesophagus) dimana ia disebabkan oleh perluasan esofagus abnormal (dilation), yang mana ia mengakibatkan kesukaran untuk menelan dan masalah pencernaan. Pembesaran kolon (megacolon) berlaku apabila kolon menjadi abnormal diluaskan, ia menyebabkan beliau mengalami sakit perut, dan sembelit yang teruk.

KAEDAH KAJIAN

UJIAN DAN DIAGNOSIS

Jangkaan awal mendapati mungkin beliau mengidap penyakit chagas berdasarkan kepada simptom yang di alami oleh beliau, ujian darah dilakukan mengesahkan kehadiran parasit T. cruzi atau protein bahawa sistem imun beliau mencipta (antibodi) untuk melawan parasit di dalam darah. Ujian tambahan dilakukan keatas beliau untuk menentukan sama ada penyakit ini telah memasuki fasa yang kronik atau tidak dimana fasa kronik akan menyebabkan komplikasi jantung atau masalah pencernaan.

Ujian-ujian yang dilakukan terhadap beliau ialah Elektrokardiogram, X-ray Abdomen untuk melihat imej perut,usus dan kolon dan juga Upper endoskopi dimana kaedah ini memasukan tiub berlampu yang nipis (endoskop) untuk melihat imej esofagus di skrin.

RAWATAN

Rawatan dan dadah

Rawatan yang diberikan kepada beliau adalah bertujuan untuk membunuh parasit dan menguruskan simptom dan gejalanya. Semasa fasa akut penyakit Chagas, beliau diberikan ubat-ubatan seperti ubat Preskripsibenznidazole dan Nifurtimox. Kedua-dua ubat tersebut boleh didapati di kawasan-kawasan yang paling terjejas dengan penyakit Chagas.
Apabila penyakit beliau mencapai fasa kronik, ubat-ubatan tersebut tidak lagi berkesan untuk mengubati penyakit ini. Sebaliknya, rawatan yang diberikan kepada beliau bergantung kepada tanda-tanda dan gejala tertentu. Bagi komplikasi berkaitan jantung, rawatan beliau mungkin mengandungi ubat,perentak atau peranti lain untuk mengawal degupan jantung, pembedahan, atau mungkin pemindahan jantung akan dilakukan keatas beliau.
Manakala, komplikasi yang berkaitan dengan pencernaan pula diberikan rawatan yang mana mungkin termasuk pengubahsuaian diet pemakanan, ubat-ubatan, kortikosteroid atau, dalam kes-kes yang teruk, pembedahan akan dilakukan.

KESIMPULAN

Muslim mengidap penyakit chagas yang disebabkan oleh gigitan serangga penghiasap darah Triatominae (Reduviidae). Pencegahan bagi penyakit chagas ini adalah dengan langkah-langkah dimana ia boleh membantu beliau mengelak mendapat jangkitan dengan mengelakkan tidur di dalam lumpur atau daun kelapa. Gunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga vector tersebut daripada kediaman anda.