Apa itu Leukemia?
Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit. Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (hematological neoplasms). Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Apakah punca-punca Leukemia?
Punca-punca leukemia tidak diketahui. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi perkembangannya. Faktor-faktor risiko ini hanya menjelaskan punca sebilangan kecil kes leukemia. Mempunyai satu atau lebih faktor-faktor berikut tidak bermakna anda akan mendapat leukemia. Jika anda merasa ragu tentang sebarang faktor di bawah, anda harus berbincang dengan doktor anda.
Faktor-faktor genetik:
Kanak-kanak Down’s syndrome dan kanak-kanak yang mempunyai keabnormalan kongenital lain yang jarang mempunyai risiko akut leukemia yang meningkat. Faktor-faktor genetik mungkin memainkan peranan di dalam perkembangan leukemia limfoid kronik. Leukemia limfoid kronik lebih lazim pada lelaki dan mungkin diwarisi di dalam keluarga
Sinaran:
Leukemia berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa di kalangan orang yang terdedah kepada sinaran yang tinggi. Ini termasuk orang-orang yang terselamat di dalam letupan-letupan bom atom di Jepun, orang-orang yang terdedah kepada sinaran selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan orang-orang yang menerima sinaran di dalam jumlah yang banyak yang perlu bagi rawatan keadaan-keadaan perubatan yang tertentu pada masa lalu.
Bahan-bahan kimia:
Orang-orang yang terdedah kepada benzena mempunyai risiko yang meningkat mendapat leukemia mieloid akut. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat leukemia mieloid akut.
Negara asal:
Di kawasan-kawasan tertentu di dunia, seperti selatan-barat Jepun, bahagian-bahagian Afrika dan Caribbean, suatu jenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan oleh suatu virus yang dikenali sebagai HTLV (Human T Cell Leukaemia Lymphoma Virus).
Empat jenis leukemia yang utama.
Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (jangka masa lama):
- Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sum-sum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
- Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya dipantau untuk suatu tempoh tertentu sebelum dirawat (biasanya dengan kemoterapi dsb) untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak-normal yang paling banyak dijumpai dalam darah: Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit". Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mieloid/mielogenus".
Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:
- Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
- Leukemia mieloid akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
- Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
- Leukemia mieloid kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.
Simptom-simptom leukemia
Kerosakan kepada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, yang penting dalam proses penggumpalan darah. Ini bererti mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan. Sel darah putih, yang terbabit dalam melawan patogen, mungkin dipendam atau tidak berfungsi. Ini mampu menyebabkan huru hara sistem imunisasi pesakit (sel darah putih dll.) mula menyerang sel badan lain. Akhirnya, juga kekurangan sel darah merah yang mendorong kepada anemia, yang mungkin menyebabkan dispnea. Kesemua simptom ini mungkin dikaitkan kepada penyakit lain; kerana diagnosis, ujian darah dan pemeriksaan sum-sum tulang diperlukan bagi pengesahan leukemia.
Simptom umum:
*Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain
*Kelesuan dan lemah
*Hilang selera makan dan/atau berat badan
*Gusi bengkak atau berdarah
*Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil)
*Simptom neurologikal (cth.,sakit kepala)
*Hati dan limpa bengkak
*Mudah lebam
*Kerap dijangkiti penyakit
*Sakit tulang
*Sakit sendi
*Tonsil bengkak
*Kerap pengsan
Gejala-gejala Leukemia akut:
Gejala-gejala leukemia akut selalunya boleh dilihat dengan tiba-tiba kerana leukemia jenis ini berkembang dengan cepat. Rasa lemah, letih dan kelihatan pucat yang mungkin berpunca daripada jumlah sel darah merah yang berkurangan. Perdarahan yang berterusan agak lama, contohnya hidung berdarah dengan banyaknya,atau mudah lebam yang mungkin berpunca daripada kekurangan platelet. Kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan mempunyai suhu badan yang tinggi yang mungkin berpunca daripada sel-sel darah putih yang tidak berfungsi dengan betul. Kesakitan di dalam tulang dan sendi mungkin juga dialami.
Gejala-gejala leukemia kronik
Gejala-gejala leukemia kronik berkembang di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun. Gejala-gejala ini sama seperti gejala-gejala leukemia akut tetapi termasuk pembesaran nodus limfa, limpa, dan hati. Anemia juga mungkin suatu gejala leukemia mieloid kronik. Kebanyakan orang yang menghidapi leukemia mieloid kronik langsung tidak sedar yang mereka mendapat penyakit ini dan mungkin hanya didiagnosis semasa pemeriksaan bagi masalah perubatan yang lain. Leukemia mieloid kronik selalunya berkembang dengan kadar yang perlahan pada mulanya tetapi mungkin berubah dengan kadar yang lebih aktif dan menjadi lebih seperti leukemia akut selepas beberapa tahun.
Jenis sel darah dan fungsi | |
JENIS SEL | FUNGSI |
Sel darah merah (eritrosit) | Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru. Memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi |
Sel darah putih (lekosit) | Bertugas untuk melawan penyakit. Merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia. |
Platlet darah (trombosit) | Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah. Membantu dalam pembekuan darah. |
Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang (mature). Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.
Bagaimana leukemia didiagnosis
Leukemia boleh didiagnosis dengan memeriksa sampel-sampel darah dan sum sum tulang anda di bawah mikroskop. Biopsi nodus limfa mungkin juga disyorkan. Ujian-ujian darah dan sum sum tulang juga merupakan cara-cara meneliti perkembangan, jadi ujian-ujian ini akan diteruskan semasa dan selepas rawatan.
Ujian darah
Leukemia adalah disyaki jika ujian darah menunjukkan sel-sel darah putih yang abnormal di dalam jumlah yang besar dan sel-sel darah merah, platelet dan sel-sel darah putih yang normal di dalam jumlah yang sedikit.
Biopsi sum sum tulang
Biopsi biasanya diperlukan untuk mendiagnosis jenis leukemia. Sedikit cecair diambil daripada sum-sum tulang menggunakan siring dan secebis kecil teras sum sum tulang diambil keluar. Sampel-sampel ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop. Menjalani biopsi sum sum tulang mungkin menyakitkan, oleh itu anestetik setempat selalunya diberikan. Anda juga mungkin diberikan sedatif untuk meningkatkan keselesaan semasa prosedur ini.
Biopsi nodus limfa
Jika anda mempunyai nodus limfa yang mengalami inflamasi, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suatu biopsi untuk mengesan sama ada ini adalah berkaitan dengan leukemia. Tisu diambil keluar daripada nodus limfa yang terjejas bagi pemeriksaan di bawah mikroskop. Anda mungkin diberi anestetik setempat ataupun am, bergantung kepada kedudukan nodus yang terjejas itu. Prosedur ini boleh dilakukan sebagai pesakit luar atau semasa tinggal sebentar di hospital.
Punktur lumbar (‘spinal tap’)
Doktor anda mungkin mengesyorkan suatu punktur lumbar untuk mengesan sel-sel leukemia di dalam cecair yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Di dalam punktur lumbar, suatu jarum yang halus dimasukkan melalui ruang di antara tulang-tulang di bahagian bawah pinggang dan sedikit cecair diambil daripada bahagian keliling tulang belakang anda. Cecair ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop. Suatu anestetik setempat diberikan untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang dialami semasa prosedur ini. Sesetengah orang berasa bimbang menjalani prosedur ini: anda mungkin memilih untuk menerima sedatif jika anda suka.