PENGALISIAN SAMPEL FESES SECARA MAKROKOPIK

Sebaik sahaja sampel feses diterima dimakmal, pemeriksaan terhadap sampel feses perlu dilakukan dengan segera. Pemerhatian yang dilakukan ialah bentuk feses dan warna feses.

  1. Contoh bentuk feses yang diperhatikan ialah :

Keras

Tidak boleh ditusuk dengan kayu aplikator

Terbentuk

Bentuk yang tetap dan boleh ditusuk dengan kayu aplikator

Separa terbentuk

Boleh menjadi rata di dalam bekas

Lembut

Boleh dipotong dengan kayu aplikator

Berair

Feses mengikut bentuk bekas jika diletak dalam bekas

  1. Pemerhatian bentuk feses penting kerana memberi maklumat mengenai peringkat parasit yang mungkin terdapat dalam feses dan keterukan pesakit. Protozoa trofoziot seringkali terdapat dalam feses cair atau berair dan jarang ditemui dalam feses terbentuk. Sebaliknya sista dijumpai di dalam feses terbentuk.
  1. Telur helmint, larva, dan oosit boleh dijumpai di semua bentuk feses. Tetapi telur helmint sukar di temui dalam feses cair kerana faktor pencairan. Segmen cacing pita boleh didapati pada permukaan spesimen atau di dalamnya.

Contoh :

» cacing kerawit atau ascaris kadangkala terdapat pada permukaan spesimen.

  1. Contoh pilihan warna feses segar yang diperhatikan :

Hitam

Pendarahan dalam usus

Koko gelap

Warna yang normal

Koko

Warna yang normal

Koko pucat

Warna yang normal

Koko kemerah - merahan

Kehadiran darah

Warna yang tidak normalpada spesimen feses menunjukkan terdapat masalah pada saluran gastrointestinal atau saluran gastrousus. Warna spesimen feses yang normal ialah koko.

  1. Permukaan feses diperhatikan untuk mengesan kehadiran paraist dan darah. Pinworm dewasa dan ascari boleh dilihat pada permukaan spesimen segar. Proglotid pinworm mungkin ditemui pada permukaan dan didalam spesimen.
  1. Kayu aplikator boleh digunakan untuk mengasingkan spesimen. Jika terdapat cacing dewasa atau segment parasit, spesimen boleh dicuci melalui kain kasar dengan saline fisiologi bagi mengasingkan organisma.
  2. Penemuan darah pada feses merupakan sesuatu yang tidak normal, tetapi darah boleh hadir dalam pelbagai bentuk feses. Darah merah yang terdapat pada permukaan feses menunjukkan berlaku pendarahan pada bahagian atas salur penghazaman. Jika terdapat darah dengan lendir atau mukus dalam feses berair mungkin berlaku infeksi pada usus yang disebabkan oleh E. Histolytica.

PENGALISIAN SAMPEL FESES SECARA MIKROKOPIK

  1. Pemeriksaan secara mikroskopik biasanya dilakukan pada kuasa kanta X10, X40, dan X100. Pada kanta X100 minyak imersi digunakan untuk memenuhi ruang antara slaid dan kanta objek, dan untuk menghalang cahaya supaya imej lebih jelas.
  2. Pemeriksaan secara mikroskopik boleh dilakukan melalui teknik apusan langsung dan teknik kepekatan. Teknik apusan langsung digunakan untuk mengesan protozoa trofoziot dan sifatnya. Teknik ini nmenggunakan normal saline, iodin, dan eosin sebagai larutan pencair. Teknik kepekatan digunakan setelah teknik apusan langsung negatif atau mengandungi sedikit parasit.
  1. Contoh pilihan warna feses segar :

Hitam

Pendarahan dalam usus

Koko gelap

Warna yang normal

Koko

Warna yang normal

Koko pucat

Warna yang normal

Koko kemerah - merahan

Kehadiran darah