Ujian Anti-Human Globulin ( Ujian Coomb ).

OBJEKTIF :

Ujian ini dijalankan untuk mengesan anemia hemolitik imun.

TEORI :

Ujian Anti-Human Globulin ( AHG ) adalah sejenis kaedah yang biasa digunakan untuk mengesan anemia hemolitik imun dalam makmal hematologi. Bahan uji AHG adalah sejenis antibodi yang mempunyai aktiviti mengesan immunoglobulin manusia. Sekiranya SDM di sensitisasikan oleh immunoglobulin atau komplemen seperti yang berlaku dalam kes Anemia Hemolotik Autoimun ( AIHA ), antisera AHG yang dicampurkan ke dalam ujian akan menyebabkan agglutinasi secara in-vintro.

PRINSIP :

Sera AHG disediakan dengan menyutik globulin manusia ke dalam arnab. Ia digunakan untuk mengesan tindakbalas Ag-Ab yang tidak memberikan reaksi ( agglutinasi ) yang jelas. Ab mempunyai kemampuan untuk mensensitisasikan SDM untuk menghasilkan agglutinasi.

REAGEN / PERALATAN

a ) Bahan Kimia

i. Bahan uji ahg ’ Broad – sectrum ’ atau monospesifik.

ii. 0.85% saline

iii. AHG ( Coomb’s ) control cell

b ) Bahan biologi / spesimen

· Darah vena dalam antibekuan EDTA

c ) Alat radas

· Pipet

· Tabung uji

d ) Peralatan

· Spektrofometer

· Pengempar

 

PROSEDUR :

v Satu bahagian ampaian 3% sel pesakit dimasuk ke dalam dua tabung uji berlabel UJIAN dan KONTROL NEGATIF.

v Sel dibasuh sebanyak 4 kali dengan saline. Keseluruhan saline ( supernatan ) dibuang dari setiap basuhan,

v 2 titik antisera AHG dimasuk ke dalam tabung uji dan 2 titik bonine albulmin ke dalam tabung uji KONTROL NEGATIF.

v Campuran disebati dan diempar pada kelajuan yang perlahan selama 15-20 saat.

v Pemeriksaan makroskopik dan mikroskopik diperhati.

KEPUTUSN :

clip_image002clip_image002[1]

AHG BOVINE ALBUMIN

PERBINCANGAN :

clip_image001 Ujian ini dijalankan bertujuan untuk mengesan anemia hemolitik imun. Bahan uji AHG adalah sejenis antibodi yang mempunyai aktiviti mengesan immunoglobulin manusia.

clip_image001[1] Sera AHG digunakan untuk mengesan tindakbalas antigen-antigen yang tidak memberikan reaksi yang jelas. Ab mempunyai kemampuan untuk mensensitisasikan SDM untuk menghasilkan agglutinasi.

clip_image001[2] Antara keputusan yang mugkin diperolehi ialah positif palsu dan negatif palsu.Faktor-faktor yang menyebabakan keputusan positif palsu ialah AHG yang digunakan tercemar oleh bakteria, SDM tercemar, asid salisilik dari radfes kaca, saline tidak mempunyai kepekatan yang betul, dan spesimen darah yang mempunyai retik tinggi kerana retik mengandungi trasferin yang bertindak dengan antitrasferin yang berada dalam AHG.

clip_image001[3] Faktor-faktor yang menyebabkan keputusan negatif palsu ialah AHG yang tidak sesuai, AHG yang tercemar oleh kuman bakteria, tidak masukkan AHG dalam ujian, tidak menbasuh SDM dengan sempurna, dan masa pengeraman tidak tepat pada 37°C yang menyebabkan proses sensitisasi tidak sempurna.

clip_image001[4] Keputusan yang diperolehi pada akhir eksperimen ialah positif, dimana bentuk yang terhasil adalah bulat dan mempunyai ruang. Selain itu, sel yang kelihatan adalah bergabung di antara satu sama lain. Sel darah yang kelihatan adalah berwarna biru dan terdapat sebahagian sel-sel darah yang hemolisis.

KESIMPULAN :

clip_image001[5] Keputusan yang diperolehi adalah tepat, dan sel-sel darah dapat dilihat dengan jelas melalui mikroskop.

SOALAN :

  1. Nyatakan perbezaan antara ujian anti-human globulin langsung dengan tidak langsung ?

IAT

DAT

· Menggunakan sampel serum

· Berfungsi untuk mengesan Ab

bebas dalam serum

· Melibatkan reagen sel darah merah di mana SDM dapat mengesan Ab dalam serum.

· Mengguanakan sampel SDM

· Mengesan Ab yang melekat dengan Ag di permukaan SDM.

· Tiada reagen sel darah merah yang digunakan.

  1. Nyatakan aplikasi ujian AHG ( DAT adn IAT ) ?

IAT

DAT

· Ujian keserasian

· Ujian penyaringan Ab

· Ujian identifikasi Ab

( kes HDN, AIHA)

· Ujian D

· Ujian penyaringan Ab

· Digunakan untuk penyiasatan kes

( HDN, AIHA )