OBJEKTIF :
Untuk mengesan antigen D yang lemah pada darah pesakit.
PENGENALAN :
D merupakan antigen D yang lemah. Sel D memberikan reaksi lemah/negatif dengan Anti- D. D boleh dikesan dengan menggunakan ujian coomb’s tidak langsung.
REAGEN :
Larutan saline, Reagen AHG, reagen CCC, reagen Anti- D
BIOMATERIAL :
Darah kumpulan A, kumpulan B, kumpulan AB, dan kumpulan O
ALAT RADAS/ PERALATAN :
1. Jubin
2. Pipet
3. Pengeram air (suhu 37°c)
4. Penggempar
PROSEDUR :
1. Sel dicuci sebanyak 3 kali dan suspensi 5% disediakan.
2. 2 titik serum Anti- D dan setitik suspensi 5% tadi ditambah ke dalam tabung uji lain dan berlabel.
3. Eram pada 37°c selama 15 minit.
4. Selepas itu, tabung uji dikeluarkan, empar dan lihat pembentrukkan agglutinasi. Sekiranya tiada tambah saline. Cucian sel hendaklah dilakukan sebanyak 3 kali
5. 2 titik anti- human serum ditambah.
6. Empar pada 1000 rpm selama 1 minit.
7. Lihat sekiranya berlaku agglutinasi atau tidak.
8. Sekiranya negatif, tambahkan 1 titik comb;s unmtuk mengesahkan ujian ini dan reagen (AHG) adalah keadaan baik
KEPUTUSAN :
Positif, dimana terdapat agglutinasi pada akhir eksperimen.
PEBINCANGAN :
Ujian ini dilakukan untuk mengesan antigen D yang lemah pada darah pesakit. Keputusan yang diperolehi ialah positif, iaitu berlakunya agglutinasi pada akhir eksperimen. Dalam eksperimen ini, kami melakukan sehingga langkah 4. Ini kerana setelah langkah 4 dijalankan, pembentukan agglutinasi berlaku. Pembentukan agglutinasi ini dapat dilihat setelah tabung uji diemparkan. Hal ini kerana berlaku tindak balas imunologi antara sel darah yang digunakan dengan reagen-reagen . Terdapat beberapa ralat dalam ujian ini untuk mendapatkan agglutinasi iaitu ketika pencucian sel darah merah dan reagen yang digunakan adalah betul. Reagen anti-human dilakukan untuk memastikan memastikan keputusan yang diperolehi pada langkah 4 positif atau negatif. Setelah reagen anti-human ditambahkan, pembetukan agglutinasi berlaku.
KESIMPULAN :
Keputusan yang diperolehi adalah positif, dimana terdapat pembentukan agglutinasi.
SOALAN :
1) Nyatakan tujuan ujian ini dilakukan ?
Untuk mengesan antigen D yang lemah pada pesakit .
2) Apakah fungsi CCC dalam ujian ini ?
Untuk mengesahkan ujian ini adalah ujian D jika keputusan yang diperolehi
masih lagi negative setelah dicampurkan dengan saline .
3) Mengapakah tabung uji yang mengandungi anti-D dan suspensi dieramkan pada suhu 37°C ?
Untuk membolehkan berlakunya agglutinasi pada suspensi .
Suhu ini adalah suhu bilik dan sesuai untuk semua eksperimen .