Keselamatan Makmal dan Kewaspadaan Universal.

Objektif bagi keselamatan makmal dan kewaspadaan universal ialah menyedarkan pelajar – pelajar tentang keselamatan makmal. Selain itu, memberi pengetahuan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga makmal dan memahami fungsi dan penjagaan yang betul bagi alat radas makmal. Objektif lain ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya / kemalangan yang mungkin berlaku dalam makmal dan menjelaskan langkah – langkah yang boleh diambil semasa di makmal.

Antara panduan keselamatan makmal ialah pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika berada di makmal dan memakai kasut yang bertutup serta memakai kot makmal. Pemakaian kot makmal haruslah dipakai setiap kali berada dalam makmal sahaja dan tidak boleh memakai kot makmal di tempat makan dan sebagainya.

Selain itu, pelajar perlu memakai sarung tangan setiap kali menjalankan eksperimen. Bagi pelajar yang berambut panjang, pelajar tersebut perlu mengikat rambut dengan kemas. Pelajar juga sewajarnya tidak bermain – main, makan, minum, dan memakai mekap ketika berada di dalam makmal.

Jika bahan pengakis terkena kulit atau mata, basuhlah dengan air serta – merta. Ruang kerja juga hendaklah sentiasa dibersihkan sesudah amali selesai, meja hendalah dilap dengan alkohol 70% bagi meghapus bakteria yang berada pada meja tersebut. Selain itu, sampah dibuang ke dalam tong sampah.

Pembuangan sisa spesimen atau sisa bahan kimia tidak boleh dibuang terus sebaliknya perlu mengikuti prosedur – prosedur tertentu. Antaranya ialah cecair / alat yang digunakan dengan darah didalam larutan 0.5% natrium hipoklorit sebelum dibuang. Selain itu, sisa – sisa bahan kimia ( seperti asid, alkali ). Selain itu, sisa spesimen seperti sampel darah dan komponem darah ( seperti plasma ) munkin mengandungi virus berjangkit seperti virus HIV, Hepatitis B, C dan sebagainya yang boleh ditransmisikan melalui darah.

Selain itu, pelajar hendaklah sentiasa mengikut arahan yang diberikan dan laporkan pada pensyarah bertugas jika berlaku sebarang kemalangan. Pelajar juga perlu berhati –hati apabila menggunakan alat-alat kaca dan membasuh tangan apabila selesai membuat kerja makmal.

Sikap waspada ialah menitikbertkan langkah –langkah berwaspada setiap masa ( tidak kira sesiapa sahaja ) apabila berada atau bekerja di dalam makmal. Tujuan sikap waspada ialah untuk melindungi diri sendiri dan juga orang lain. Tujuan ini bertujuan supaya pelajar sentiasa berhati-hati, jangan tergesa-gesa, jangan cuai / bermaian –main, dan sentiasa waspada tentang bahaya.

Sikap terhadap keselamatan ialah mengambil berat atau mengikut peraturan-peraturan dalam makmal. Tujuannya ialah menwujudkan suasana kerja yang selamat dan sihat.

Kesimpulannya ialah apabila berada di makmal, pelajar hendaklah sentiasa mengambil berat dan mematuhi dalam makmal.