OBJEKTIF :
BAHAGIAN ( A) :Mengukur tekanan darah
v Mengukur tekanan darah rakan dalam tiga ( 3 ) keadaan iaitu : -
a) Rehat
b) Berjalan ( 5 minit )
c) Berlari ( 5 minit )
BAHAGIAN ( B ) : Mengenalpasti slaid otot jantung dan salur darah arteri dan vena pulmonari.
BAHAGIAN ( C ) : Membuat pemerhatian pada model jantung dan lukis .
METERIAL :
· Sphygmonometer
· Steteskop
· Mikroskop
· Slaid jantung dan salur darah
· Model jantung
KEPUTUSAN :
BAHAGIAN ( A )
KEADAAN SEMASA | BACAAN TEKANAN DARAH |
Rehat | |
Selepas Berjalan ( 5 minit ) | |
Selepas Berlari ( 5 minit ) |
PERBINCANGAN :
Ø Tekanan darah ialah pengukuran daya yang dikenakan ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh badan.tekanan ini di tentukan oleh daya dan bilangan darah yang dipam dan saiz serta fleksibeliti arteri.
Ø Bacaan tekanan darah diambil dalam millimeter merkuri (mm/Hg).Contoh 128 / 80 mm/Hg.Nombor 128 mm/Hg ialah bacaan darah sistolik ventrikel di mana ia mewakili tekanan maksimun terhasil semasa pengecutan jantung.Nombor 80 mm/Hg pula mewakili bacaan darah diastolic ventrikel yang mewakili tekanan darah dalam arteri apabila jantung dalam keadaan rehat.
Ø Setelah eksperimen dilakukan,didapati tekanan darah bagi ketiga- tiga keadaan adalah berbeza.tekanan darah ketika keadaan rehat ialah 120/80 mm/Hg,tekanan darah ketika keadaan selepas berjalan selama 5 minit ialah 128/80 mm/Hg dan tekanan darah ketika keadaan selepas berlari selama 5 minit ialah 134/80 mm/Hg.keadaan ini berlaku disebabkan oleh tekanan darah semakin tinggi apabila berlari atau berjalan.selain itu ,kandungan oksigen juga tinggi ketika berlari atau berjalan.
Ø Spygmonometer digunakan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya ralat di akhir keputusan.udara yang terdapat dalam spygmonometer harus dibuang terlebih dahulu.bacaan harus dibaca dengan teliti berdasarkan pada aras merkuri.bacaan dibaca apabila merkuri melambung tinggi pada skala diantara 140 – 100 untuk sistolik ventrikel dan 90 – 60 bagi distolik ventrikel.
Ø Steteskop digunakan untuk mendengar 2 bunyi denyutan jantung iaitu ‘lub’ dan ‘dub’ dalam setiap kitar kordiak yang merupakan bunyi injap.bunyi pertama ialah ‘lub’ yang disebabkan oleh injap tricuspid dan bicuspid tertutup.bunyi kedua iaitu ‘dub’ disebabkan oleh injap sabit tetrtutup.bunyi ini berlaku di akhir sistolikventrikel.
Ø Otot jantung merupakan gentian berjalur dan gentian bercabang.otot jantung mempunyai struktur cakera interkalat dan ditengah-tengah gentian terdapat 1 @ 2 nukleus serta melakukan tindakan luar kawal.otot jantung berfungsi menghasilkan gerakan denyutan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan.
Ø Lapisan otot jantung terbahagi kepada tiga (3 ) iaitu epikardium,miokardium dan endokardium.Lapisan epikardium merupakan otot paling luar.lapisan ini terdiri dari tisu penghubung dan terdapat bukaan satu darah.lapisan miokardium pula merupakan lapisan otot tengah yang terdiri dari tisu kardiak dan merupakan lapisan oto paling tebal.manakala lapisan endokardium pula merupakan lapisan otot paling dalam terdiri dari tisu penghubung dan epitalium skuama.
Ø Secara umum,darah teroksigen akan mengalir pada bahagian kanan jantung (dari atrium kanan ke ventrikel kanan)dan darah beroksigen akan mengalir pada bahagian kiri jantung (dari atrium kiri ke ventrikel kiri).Kedua – dua darah beroksigen dan teroksigen didalam jantung tidak akan bercampur kerana septum memisahkan bahagian kanan kiri jantung.
Ø Vena ialah salur darah yang bersambung dengan artrium kiri.salur darah ini mengalirkan darah beroksigen masuk ke jantung dari paru-paru.Arteri pula ialah salur darah yang bersambung dengan ventrikel kanan.salur darah ini mengalirkan darah teroksigen keluar dari jantung ke paru-paru.
KESIMPULAN :
Ø Kesimpulannya ialah pelajar berjaya mengukur tekanan darah rakan ketika dalam tiga (3) keadaan iaitu dalam keadaan rehat,selepas berjalan (5 minit) dan selepas berlari (5 minit.)Pelajar juga berjaya mengenalpasti slaid otot dan salur darah iaitu arteri dan vena.selain itu pelajar juga berjaya mengenalpasti bahagian –bahagian jantung dengan melakukan pemerhatian ke atas model jantung.