PENGENALAN.
Ginjal atau dikenali sebagai buah pinggang adalah organ yang berfungsi sebagai penapis bahan – bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh yang dikeluarkan dalam bentuk air kencing seperti air dan garam yang berlebihan. Setiap manusia mempunyai dua ginjal atau buah pingang. Ginjal berbentuk seperti kacang dan sedikit kemerah-merahan. Kedua-duanya terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Kedudukan buah pinggang kiri lebih tinggi sedikit berbanding buah pinggang kanan. Terdapat unit yang paling kecil di dalam ginjal yang menjalankan fungsi ginjal iaitu nefron. Nefron terdiri daripada glomerus dan beberapa buah tiub. Kedua-dua buah pinggang tersebut menerima darah dari renal salur darah dari jantung. Darah yang masuk ke dalam ginjal akan ditapis oleh glomerulus.
FUNGSI GINJAL.
Proses penapisan di glomerulus memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing seperti air dan garam yang berlebihan. Proses ini turut memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup. Contohnya, jika kita minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Ini menjadikan air kencing lebih cair. Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing menjadi pekat untuk mengelakkan kehilangan air dan memastikan jumlah air dalam tubuh mencukupi.
Ginjal juga berfungsi mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Selain itu, mengatur kandungan mineral dalam badan seperti natrium, kalsium, kalium dan fosforus. Di samping itu, ginjal kita juga berfungsi untuk mengembalikan semula segala bahan yang berguna pada tubuh seperti vitamin, mineral dan gula. Ginjal juga berfungsi mengaktifkan vitamin D yang tidak aktif yang diserap oleh kulit oleh enzim dalam ginjal. Vitamin D yang aktif ini akan meningkatkan lagi tahap penyerapan kalsium dan fosfat dari sistem pencernaan. Selain itu, ginjal juga berperanan menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil erythropoetin. Hormon ini menggalakkan penghasilan sel darah merah oleh tulang untuk menangani sebarang masalah melibatkan tekanan darah dan kadar oksigen dalam darah.
DISFUNGSI GINJAL.
Kegagalan ginjal boleh didefinisikan sebagai ketidakmampuan ginjal untuk berfungsi secara normal. Dimana badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak ( EDEMA).
TANDA – TANDA DISFUNGSI GINJAL.
1. Terdapat gula dalam air kencing (glikosuria)
2. Terdapat darah dalam air kencing (hematuria)
3. Terdapat protein dalam air kencing (proteinuria)
4. Kekurangan sel darah merah (anaemia); biasanya pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti kulit nampak kekuningan, berasa lemah, kurang bertenaga
5. Sering demam
6. Sering kencing terutama pada waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda akan kehilangan berat badan, kurang selera makan
7. Luka, gatal-gatal dan sedu.
8. Kekejangan otot pada waktu malam
9. Bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
10. Kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
11. Kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
JENIS KEGAGALAN GINJAL.
Kegagalan ginjal terbahagi kepada dua iaitu kegagalan ginjal akut dan kegagalan ginjal kronik. Kegagalan ginjal akut ialah di mana ginjal mengambil masa yang singkat untuk menunjukkan simptom-simptom tidak dapat berfungsi secara normal, iaitu mungkin dalam masa hanya beberapa jam, hari atau minggu sahaja. Kegagalan ginjal jenis akut berupaya untuk kembali kepada normal, tetapi ia mungkin akan menjadi semakin teruk dan menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Kegagalan ginjal akut terbahagi kepada tiga iaitu pengurangan pengaliran darah, kerosakan pada ginjal, dan penyakit yang menyebabkan ginjal tersumbat.
Penyebab Kegagalan Ginjal Akut :
- Pengurangan pengaliran darah
- Pendarahan yang berlebihan contohnya selepas kemalangan
- Melecur
- Penyakit jantung
- Darah rendah
- Kerosakan pada ginjal
- Penyakit ginjal tertentu
- Nephrotoksin seperti memakan ubat untuk mengurangkan bengkak (non steroidal anti-inflammatory drug)
- Kemunculan bakteria dalam darah; bakteria yang merosakkan ginjal
- Pendarahan yang teruk
- Penyakit yang menyebabkan ginjal tersumbat
- Banyaknya protein Bence Jones dalam darah (myeloma berbilang)
- Batu dalam ginjal
- Prostat membesar
Kegagalan ginjal kronik ialah apabila ginjal mengambil masa yang lama, beberapa minggu hinggalah beberapa tahun untuk menunjukkan simptom-simptom kegagalan ginjal. Biasanya kegagalan ginjal jenis kronik menyebabkan ginjal tidak dapat kembali kepada normal, iaitu kerosakannya tidak dapat dibaiki lagi. Kegagalan ginjal kronik tidak semestinya bermula dengan kegagalan ginjal akut. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna.
Penyebab kegagalan ginjal kronik;
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Salur darah membengkak (vaskulitis)
- Glomerulonephritis
- Ubat-ubatan, toksid
- Ginjal tersumbat;penyakit prostat (mengganggu urethra), batu dalam kedua-dua ginjal
Simptom kegagalan ginjal kronik:
- Pertumbuhan terbantut
- Sakit tulang
- Muntah-muntah dan loya
- Pucat
- Rasa penat
- Tekanan darah tinggi
- Gatal-gatal (pruritis)
PENYEBAB – PENYEBAB DISFUNGSI GINJAL
Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan disfingsi ginjal. Antaranya ialah tekanan darah tinggi ( hipertensi ). Tekanan darah tinggi atau hipertensi di mana tekanan darah melawan dengan dinding pembuluh darah meningkat. Jika tekanan darah ini tidak terkawal ia boleh menjadi penyumbang utama kepada penyakit kronik lain seperti kerosakan buah pinggang. Ini mengurangkan bekalan darah kepada ginjal, mengakibatkan kekurangan kecekapannya. Ini akan membawa kepada keadaan dimana garam dan cecair berlebihan di dalam badan. Selain itu, hipertensi menyebabkan arteri mengeras. Ini menyebabkan ginjal bekerja keras sebagai penapis yang menyingkir bahan – bahan kumuhan badan. Hipertensi yang menyempit salur darah melalui penebalan dinding salur darah pada ginjal. Penyempitan salur darah ini disebabkan oleh trombus yang pecah membentuk fragmen yang dikenali sebagai emboli. Emboli akan bergarak di dalam sistem pengaliran darah sehingga sampai ke salur darah yang mana diamaternya kecil sehingga menghalang pergerakan emboli. Akhirnya akan mengurangkan atau menghalang pengaliran darah. Penyempitan salur darah pada ginjal menyebabkan nefron mengalami tekanan, ini kerana aliran darah yang laju. Akibatnya proses penapisan oleh ginjal terjejas dimana kurang bendalir ditapis, menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Individu yang berisiko ialah individu meghidap yang diabetes mellitus dan obesiti.
Diabetes mellitus (kencing manis). Diabetis berlaku apabila kandungan gula ( glukosa ) di dalam darah berada pada paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada anggota badan termasuklah buah pinggang, jantung, pembuluh darah, mata dan saraf. Ini disebakan oleh penurunan kemampuan ginjal untuk menyaring darah dan membuang produk sisa di urin. Komplikasi lewat/akhir diabetes mellitus ialah nephropathy, dimana nephropathy menyebabkan kegagalan ginjal. Nephropathy melibatkan dua peringkat iaitu peringkat awal, dimana peningkatan fungsi ginjal, dan peningkatan GFR ( Glemerular Filtration Rate ) dan peringkat akhir ialah peningkatan proteinuria, dan tanda kemerosotan dalam fungsi renal melalui keputusan uraemia. Individu yang berisiko ialah individu yang lanjut usia, kegemukan / obesitas, dan perubahan gaya hidup.
Selain itu, penyakit batu karang juga menyebabkan disfungsi ginjal. Batu karang ialah batu yang terdapat dalam ginjal, dimana ia terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Contoh-contoh jenis kimia adalah kalsium oxalat, kalsium pospat, asid uric, cystine dan magnesium pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal. Individu yang berisiko menghidap batu karang ialah lelaki berbanding dengan perempuan. Ini kerana salur uretra/kecing lelaki lebih panjang berbanding perempuan.
Kerosakan ginjal juga kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui. Selain itu, mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti makanan berjeruk yang mengandungi banyak garam, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, bahan-bahan pengawet dalam makanan dan lain-lain lagi.
DIAGNOSIS.
Kegagalan ginjal dapat di diagnosiskan melalui ujian urinalisis, dimana terdapat tiga teknik iaitu makroskopik, analisis kimia urin, dan miroskopik. Ujian ini nertujuan untuk menentukan kenormalan atau keabnormalan sistem urinari.
1. Makroskopik
Makroskopik urinalisis adalh ujian awal komponen urin. Pemerhatian secara lansung adalah untuk memerhati sifat fizikal urin. Pemerhatian urin dilakukan dari segi bau, warna, dan kekeruhan/kejernihan, dan isipadu.Urin yang baru dikeluarkan mempunyai bau khusus. Bau urin noraml ialah aromatik atau sedikit manis. Urin yang mengalami dekomposisi berbau ammonia, manakala pada ketosis, urin berbau petai. Warna bagi urin normal ialah kuning muda atau kuning pucat. Warna urin disebabkan oleh pigmen urokrom yang berwarba kuning, urobilin dan hematoforfirin. Darah atau hemoglobin menyababkan warna urin menjadi merah, manakala methemoglobin atau asid homogentisik menyebabkan warna urin menjadi perang tua. Urin normal jernih apabila dikeluarkan dan menjadi keruh apabila dibiar lama disebabkan oleh nukleoprotein, mukoid, dan sel-sel epitelium. Urin alkali, kekeruhannya disebabkan oleh endapan fosfat, mankala urin asid, kekeruhananya disebabkan oleh endapan urit. Isipadu normal urin ialah 750 – 20 ml/24 jam.
2. Analisis kimia urin ( Dipstik )
Ujian ‘ dipstik ’ merupakan ujian yang paling ringkas dan kos-efektif untuk menaksir urin. Terdapat 10 bahagian yang terdapat pada parameter dipstik iaitu glukosa, bilirubin, keton, spesifik graviti ( S.G ), blood ( darah ), pH, protein, urobilinogen, nitrit, dan leukosit. Sistem mikrokimia ini boleh digunakan untuk analisis kuantitatif dan semikuantitatif. Urin yang segar dikumpul dalam kontainer yang bersih dan kering. Dipstik dicelup ke dalam urin. Pastikan semua bahagian yang hendak diuji direndam dalam urin. Sebelum mengangkat jalur dipstik, pastikan jalur dipstik dirapatkan dengan tabung uji bagi membuang lebihan urin. Keputusan yang diperolehi dibangingkan terus dengan carta warna.
Ujian ‘ dipstik ’ bagi glukosa bertujuan menentukan jumlah glukosa yang diekskresi dalam urin 24 jam. Dalam keadaan normal jumlah glukosa tidak lebih daripada 1 g glukosa diekskresi dalam urin 24 jam. Apabila glukosa tinggi dalam urin, ia dikenali sebagai glikosuria iaitu glukosa dalam darah. Dalam keadaan normal, glikosuria didapati terjadi apabila sesudah makan banyak karbohidrat. Dalam keadaan patologi glikosuria dapat disebabkan oleh nilai ambang ginjal untuk glukos menurun disebabkan berlaku pada kerosakan ginjal, dan gangguan metabolisme karbohidrat akibat kekurangan insulin atau peningkatan insulin disebabkan oleh daibetes mellitus.
Ujian adalah diasaskan gandingan bilirubin dengan diazotized dichloroanaline dalam satu dengan medium asid kuat. Bilirubin dalam air kencing menunjukkan kehadiran itu penyakit hati. Jumlah bilirubin rendah boleh dikesan dalam air kencing, dan dalam peringkat serum di bawah pengesanan klinikal jaundis.
Ujian ini berasakan kepada perubahan warna-warna pada parameter. Warna merah muda, untuk bacaan negatif. Warna ungu terhasil apabila asid asetoasetat bertindak balas dengan nitroprusside. Ujian urin hanya mengesan asid asetoasetat , tidak untuk keton lain iaitu aseton, dan asid ß-hidroksibutirat. Bahan keton terhasil daripada pemecahan asid lemak. Dalam ketoasidosis (kekurangan insulin atau kebuluran), ia boleh hadir dalam jumlah besar dalam air kencing.
4. Sfesifik graviti ( S.G )
Ujian adalah berasaskan perubahan pKa yang berkaitan dengan ketumpatan ionik. Graviti spesifik adalah satu indeks pemekatan urin. Ia mengukur ketumpatan dan ia hanya satu panduan kasar untuk ketumpatan sebenar. Dalam kehadiran bromthymol biru, warna-warna biru hijau di dalam urin ketumpatan ionik rendah dan kuning hijau dalam urin ketumpatan ionik bertambah. Graviti spesifik <1.010 adalah selaras dengan satu menumpukan kecacatan. Graviti spesifik >1.025, tiada dalam protein, glukosa dan berat molekul besar seperti media kontras, biasanya menunjukkan normal ketepuan renal dan membuat kekurangan renal kronik tidak mungkin.
Ujian ini bertujuan untuk menentukan kehadiran darah dalam urin. Kehadiran darah dalam urin dikenali segabai hematuria atau hemoglobinuria. Hematuria terjadi akibat kerosakan ginjal atau salur urinari. Perubahan warna terhasil dari warna jingga sehingga warna hijau. Jika jumlah kehadiran darah dalam urin meningkat, perubahan warna yang terhasil adalah warna biru. Manakal hemoglobinuria disebabkan oleh hemolisis darah yang meningkat contoh pada malaria, alergi terhadap dadah, kelainan kongenital terhadap eritrosit dan transfusi darah yang tidak sesuai.
Ujian ini bertujuan untuk menetukan pH urin. Urin dapat bersifat asid, neutral atau bes dengan pH 4.7-8.0. pH urin dipengaruhi oleh komposisi makanan, contoh diet tinggi protein disebabkan oleh katabolisme protein akan terbentuk sulfat dan fosfat. pH urin rendah disebabkan oleh demam dan asidosis. Urin akan bersifat alkali selepas beberapa jam sesudah makan. Urin akan mengalami fermentasi ammoniacal apabila dibiarkan lama disebabkan oleh bakteria. Perubahan warna pada ‘test strip’ dari warna jingga kepada warna kuning, hijau, dan biru.
Ujian adalah berasaskan protein ralat bagi penunjuk (tetrabromphenol biru). Pemalar pH, menunjukkan warna hijau adalah kerana kehadiran protein. Warna kuning adalah negatif sehingga kuning hijau dan hijau sehingga hijau biru adalah reaksi positif ( kehadiran protein ). Protein diekskresi tidak melebihi 30-300 mg/24 jam. Protein dalam jumlah abnormal dikenali sebagai proteinuria. Protein dalam urin bagi penyakit ginjal adalah protein plasma yang melintasi epitelium ginjal yang rosak seperti albumin.
Ujian adalah berasaskan tindak balas Ehrlich. Air kencing urobilinogen meningkat dalam apa-apa keadaan yang menyebabkan satu peningkatan dalam pengeluaran atau penyimpanan bilirubin.
Ujian ini bergantung di atas penukaran nitrat (terbitan daripada diet) kepada nitrit oleh tindakan bagi bakteria Gram negatif dalam air kencing. Pada pH asid bagi kawasan bahan uji , nitrit dalam air kencing bereaksi dengan asid para-arsanilic untuk membentuk satu sebatian diazonium. Sebatian diazonium dalam menukar pasangan dengan 1,2,3,4 tetrahydrobenzo(h)kuinolina-3-ol untuk mengeluarkan satu warna merah muda. Bakteriuria disebabkan oleh sesetengah bakteria Gram negatif yang menghasilkan enzim nitrat reduktase bagi keputusan positif.
Ujian ini bertujuan menentukan jumlah leukosit yang hadir dalam darah. Kehadiran leukosit disebabkan oleh infeksi bakteria pada salur urinari.
3. Mikroskopik uinalisis
Mikroskopik urinalisis adalah untuk melihat objek-objek besar dan kecil seperti krista, cast, sel skuama, sel darah dan bakteria dengan menggunakan mikroskop. Kehadiran objek-objek tertentu di dalam urin dapat menetukan kenormalan atau keabnormalan yang berlaku dalam sistem urinari manusia.
Kas lemak dikenal pasti oleh kehadiran refractile lipid titisan-titisan. Latar belakang matriks bagi kas mungkin hialin atau berbutir. Sering dilihat dalam urines di mana ehadiran titisan-titisan lipid bebas. Bujur Badan-badan Lemak (OFB) adalah serupa dalam komposisi dan kepentingan untuk kas lemak.
Sel sel merah diperhatikan dalam glomerulonefritis. "Dysmorphic" sel-sel merah merujuknya saiz-saiz heterogen, hypochromia, sel darah merah yang dilihat sering tepek-tepek dan saiz kecil. White Sel-sel Darah (WBC) dalam mendapan air kencing tidak kotor lazimnya kelihatan sebagai bulat, sel-sel berbutir yang adalah kali garis pusat bagi RBCs. WBC di dalam urin biasanya neutrophils. Sel-sel WBC CYTOPLASMIC dilepaskan ke dalam air kencing sering menyerupai cocci bakteria.
Skuama sel-sel epitelium adalah sel-sel terbesar melihat pada spesimen-spesimen air kencing. Skuama sel-sel epitelium nipis, berbentuk pipih, biasanya dengan satu garis kasar yang bersudut dan satu nukleus yang bulat kecil. Skuma boleh hadir sebagai sel-sel tunggal atau sel berkelompok dalam pelbagai saiz.
Kristal asid urik mungkin kelihatan seperti kuning kepada perang rombus atau plat-plat bersegi enam ( heksagon ). Dengan pengecualian luar biasa, penemuan kristal asid urik di dalam urin adalah nilai klinikal sedikit.
RAWATAN
- Elakkan dari mengambil ubat penahan sakit – pain relievers
- Mengambil diet yang seimabng seperti kurangkan garam, kurangkan gula jika anda mengalami kencing manis, kurangkan protien, dan kurangkan lemak yang berlebihan dengan melakukan senaman dan mengambil makanan yang berkhasiat
- Hadkan pengambilan alkohol .
- Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Contohnya, penyakit batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan.
- Kawalan tekanan darah dapat membantu. Kawalan dengan cara pengambilan ubat ACE – angiotensin converting enzyme (sejenis perencat) atau angiotensin receptor blocker (ARBs). Kajian yang dibuat mendapati ubat ini melindungi kidney. Anda jua hendaklah mengurangkan pengambilan garam dalam diet untuk mengurangkan tekanan darah.
- Merawat anemia dengan hormon erythopoietin (EPO) dan pengambilan iron. EPO menggalakkankan pembentukkan darah merah. Pesakit dengan kronik kidney biasanya akan mengalami anemia kerana buah pinggang mereka tidak lagi menghasilkan EPO yang cukup. Hormon ini boleh diambil dengan menyuntiknya terus ke dalam badan. Badan pesakit juga memerlukan iron yang cukup untuk membolehkan EPO bekerja dengan baik dan membentuk sel darah merah yang baru.
- Mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan tulang dengan mengekalkan kandungan fosforus yang seimbang. Fosforus adalah mineral yang penting dalam badan. Buah pinggang biasanya akan menbuang kandungan fosforus yang berlebihan dalam darah. Apabila buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik, kandungan fosforus yang tinggi ini akan terkumpul di dalam darah. Ini akan menyebabkan kehilangan kalsium dari tulang, dan seterusnya akan melemahkan tulang. Dan tulang menjadi cepat reput. Untuk mengelakkan kejadian ini, doktor biasanya akan menyuruh pesakit untuk menghadkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi dan mengambil ubat yang di panggil phosphate binder iaitu pengikat fosfat.
- Ambil langkah berjaga untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan jantung – ini dapat membantu mengurangkan banyak masalah seperti tekanan darah, diabetis, anemia dan sebagainya.
RAWATAN-RAWATAN LAIN.
Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau dirumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat 'fistula' terlebih dahulu.
Dua jarum khas dicucuk ke dalam 'fistula' untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesen hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.
'Vascular access' kekal ialah pembuluh darah vena yang mengandungi campuran darah arteri bagi tujuan menyalurkan darah yang mencukupi semasa rawatan hemodialisis. Ia di buat melalui pembedahan kecil untuk menyambung pembuluh arteri dengan vena. Penyambungan ini dinamakan 'native AV fistula' (sekiranya saluran darah pesakit sendiri digunakan). Untuk tujuan yang sama bahan sintetik (synthetic graft) boleh digunakan. Mereka yang mengalami kegagalan ginjal yang kronik di nasihatkan membuat persediaan awal untuk menjalani rawatan hemodialisis. Mereka juga dinasihatkan untuk melakukan pembedahan kecil (fistula) tersebut beberapa bulan sebelum rawatan hemodialisis diperlukan. Mereka yang enggan menjalani pembedahan ini menanggung risiko komplikasi jangka pendek atau jangka panjang apabila memulakan rawatan secara mengejut.
'Native fistula' yang telah terbentuk
Graf Sintetik biasanya berbentuk 'Loop'
FAKTOR-FAKTOR KONTRAINDIKASI RAWATAN HEMO :
- Pesakit yang mengalami masalah fungsi system jantung tidak stabil
- Penyakit kanser yang teruk
- Kegagalan fungsi organ peringkat akhir contohnya dementia
- Masalah 'vascular access' yang serius
- AIDS pada tahap serius
Pemindahan ginjal adalah pilihan terbaik dalam rawatan gantian fungsi ginjal kerana ia mengembalikan kualiti hidup yang terbaik. Walau bagaimanapun ianya terhad dengan kesesuaian penderma yang masih hidup, penderma yang mati (penderma 'Cadavaric') dan status penyakit-penyakit lain dihidapi oleh penerima pemindahan ginjal.
KONTRAINDIKASI PEMINDAHAN GINJAL
- Jangkitan HIV
- Penyakit barah
- Penyakit kardiovaskular yang teruk
- Kencing manis dengan kegagalan pelbagai organ.
- Penyakit mental
- Susah untuk mengikut arahan atau aturan
- Masih aktif Penyalah gunakan bahan-bahan larangan.
- Jangkitan hepatitis kronik yang aktif atau kerosakan hati
- Lanjut usia (melebihi melebihi 65 tahun)
Petitonal dialysis adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaeadah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan kedalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas (Tiub tenckhoff) yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil.Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumoh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.
Didalam 'Continuous ambulatory peritoneal dialysis' (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialysis dibiarkan didalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada capuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit. Sebagai alternatif Penggunaan mesin otomatik boleh digunakan
URIN
Urin adalah cecair yang dikeluarkan melalui sistem urinari yang melibatkan organ ginjal. Urin yang terbentuk mengandungi :
1. air dan garam
2. asid dan bes
3. sisa-sisa metabolisme
4. zat-zat klain dalam jumlah yang berlebihan.
Sifat-sifat urin :
1. Isipadu
Bergantung kepada faktor fisiologi-pengambilan cecair, suhu lingkungan, aktiviti fizikal. Dan faktor patologi-penyakit ginjal, diabetes mellitus, dehidrasi.
2.Warna
Urin yang normal bewarna kuning muda atau cerah. Warna urin di sebabkan oleh pigmen urokrom yang bewarna kuning, urobilin dan hematoforfirin. Bila urin di biarkan, warna akan bertambah gelap akibat perubahan kromogen yang tidak bewarna menjadi bewarna. Jika menghidapai penyakit tertentu atau makan dadah tertentu, warna urin dapat berubah. Apabila seseorang demam, warna urin akan memekat menjadi kuning tua atau coklat. Apabila seseorang menghidapi penyakit hepar, bilirubin dalam urin akan menyebabkan urin bewrna hijau perang atau kuning tua. Darah atau hemoglobin akan menyebebkan urin menjadi warna merah,dan methemoglobin akan menyebebkan urin akan bewarna perang tua.
3. Berat jenis
Berat jenis urin berubah terutama pada penyakit ginjal. Berat jenis urin dapat menentukan jumlah zat padat yang terdapat dalam urin. Pada keadaan normal, jumlah zat padat dalam urin 24jam, kira-kira dalam 50g. Jumlah zat padat menurun pada nefritis dan meningkat pada diabetes mellitus.
4. Asiditi.
Urin dapat bersifat asid, neutral atau bes dengan pH 4.7-8.0. asiditi urin di pengaruhi oleh komposisi makanan, contoh diet yang tinggi dengan protein, ini disebabkan pada katabolisme protein akan terbentuk sulfat dan fosfat. Urin yang di ambil pada waktu tertentu mempunyai pH yang berbeza.
5. Bau
Urin yang baru di keluarkan mempunyai bau yang khusus. Urin yang normal mempunyai bauyang sedikit manis. Makanan atua dadah dapat menimbulkan bau yang khas, contohnya asparagus, jering dan petai.
6. Kekeruhan.
Urin normal adalah jernih apabila dikeluarkan. Ia akan menjadi keruh apabila di biar lama di sebabkan oleh nukleoprotein, mokoid dan sel-sel apitelium. Urin alkali , kekeruhan disebabkan oleh endapan fosfat. Manakala urin asid pula kekeruhan di sebabkan oleh endapan urit.
Komposisi normal urin.
a) Urea
§ merupakn hasil akhir metabolisme protein
§ 50% daripada zat urin -25-30g/24jam
§ Pembentukkan nya di tisu hepar, jadi penurunan urea berlaku pada penyakit hepar.
b) Asid urik
§ hasil akhir metabolisme purin(eksogenus/endogenus)
§ makanan yang tinggi nukleoprotein seperti daging akan meningkat pada penyakit seperti leukemia dan gout.
§ Dalam urin yang bersifat asid, urat lebih mudah mengenap sehingga terbentuk kalkuli urat.
§ Peningkatan pH urin dapat mengelakkan terbentuknya kalkuli.
c) Kreatinin
§ Ekskresi 1-1.8g/24jam.
§ Hampir semua berasal daripada kreatin kerana sebahagian kreatin terdapat dalam tisu otot.
§ Ekskresi kreatinin akan menurun pada penyakit yang berhubungan dengan atrofi dan kelemahan otot.
§ Penentuan jumlah kreatinin dalam urin 24jam dapat menentukan kebenaran di dalam mengumpul urin 24jam.
§ Pada lelaki-20-26mg/kg berat badan/24jam.
§ Pada wanita-14-22mg/kg berat badan/24jam.
§ Peningkatan pH urin dapat mengelakkan terbentuknya kalkuli.
§ Dalam urin orang dewasa, jumlahnya adalah sedikit.
§ Dalam wanita hamil dan kanak-kanak pula jumlahnya lebih besar.
§ Terdapat dalam semua tisu otot sebagai fosfokreatin.
e) Belerang atau amonia
§ Dalam keadaan normal-1g belerang diekskresi dalam urin 24jam.
§ Berasal dari belerang protein.
§ Oleh itu, jumlah dalam urin di pengaruhi oleh pengambilan protein.
f) Indikan
§ Diekskresi 10-20 mg/24jam.
§ Berasal dari katabolisme triptofan yang berlaku dalam usus.
§ Jumlah dalam urin sebagai petunjuk menentukan banyaknya katabolisme triptofan dalam usus.
g) ammonia
§ Hasil akhir metabolisme protein
§ Dalam urin ammonia berbentuk garam ammonium-jumlah 0.7/24jam.
§ Tubul ginjal mampu menghasilkan ammonia sebagai zat penampaan utama semasa asidosis.
h) Klorida
§ Merupakan zat kedua terbanyak
§ Diekskresi sebagai natrium klorida
§ Jumlah dalam urin 24jam adalah 10-15g.
i) Fosfat
§ Dalam urin adalah dalam bentuk fosfat inorganik, 1-4% adalah fosfat organik.
§ Fosfat organik berasal dari makanan yang berupa seperti fosfoprotein, nukleoprotein, nukleotid dan fosfolipid.
§ Dalam urin alkali, fosfat dapat mengendap membentuk kalkuli kalsium atau magnesim fosfat.
j) Vitamin, hormon dan enzim
§ Terdapat dalam urin
§ Penting dalam diaagnosis penyakit.
Bahan patologi dalaam urin
Dalam keadaan normal, jumlahnya adalah sedikit dan mungkin sukar di kesan melalui ujian kualitatif. Dalam keadaan normal, tidak lebih daripada 1g glukosa diekskresi dalam urin 24jam. Apabila tinggi adalah keadaan glikosuria. Dalam normal, glukosuria di dapati terjadi apabila sesudah makan banyak karbihidrat.
1. Protein
§ Protein dalam jumlah abnormal – proteinuria
§ Terdiri daripada –albumin serum, globulin serum, musin sel epitelia trak urinari.
§ Dalam ujian protein bagi urin normal adalah negatif.
2. Bahan keton
§ Jenis: aseton, asetoasetat.
§ Hasil pemecahan asid lemak
§ Terjadi penimbunan bahan keton- ketonemia dan ketouria dalam penyakit seperti diabetes mellitus, kebuluran, dan malnutrisi
3.Nanah
§ nanah dalam urin adalah-pyuria
§ disebabkan radang pada ginjal atau saluran urinari.
4. Darah
§ darah dalam urin adalah- hematuria atau hemoglobinuria
§ hematuria terjadi akibat kerosakan ginjal atau salur urinari
§ hemoglobinuria pula adalah akibat daripada hemolisis darah yang menungkat contohnya pada malaria, alergi terhadap darah,dan transfusi yang tidak sesuai.
5.Lemak
§ lemak dalam urin adalah- lipuria.
§ Urin menjadi keruh
§ Jika di campur dengan eter, kekeruhan akan hilang kerana lemaknya larut
6.Asid amino
§ Dalam urin ada sedikit asid amino
§ Renal amino asidura disebabkan gangguan reabsorbsi asid amino oleh tubul ginjal seperti sistinuria
7.Pigmen hempedu
§ Terdapat dalam urin pada keadaan jaundis hepatik dan jaundis sekatan.
8.Kalkuli ginjal
SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.