DIAGNOSTIK HEMATOLOGI-Ujian Denaturasi Alkali

OBJEKTIF :

Untuk mengesan hemoglobin F

TEORI :

Sejenis kaedah yang digunakan untuk mengesan kehadiran hemoglobin F. Semua hemoglobin akan musnah dalam media alkali kecuali hemoglobin F. Biasanya digunakan untuk mengesan β-talasemia.

PRINSIP UJIAN :

Semua jenis hemoglobin kecuali hemoglobin F (fetus) akan dimusnahkan dengan cepat oleh bahan uji alkali dan dimendapkan oleh larutan pemendak.

REAGEN/

PERALATAN :

(A) Bahan kimia

1. Bahan uji alkali 0.083N KOH atau 0.083N NaOH pH 12.7

- Masukkan dengan tepat 110ml air suling ke dalam 10 ml larutan 1.0N KOH. Buangkan sekiranya terdapat kekeruhan.

2. Larutan pemendak

- Larutan tepu

- 10N HCL

- Air suling

(B) Bahan biologi/ specimen

1. Hemolysate

(C) Alat radas

1. Pipet 10ml

2. Mikropipet

3. Tabung uji

4. Kertas turas ‘whatman No 1’

(D) Peralatan.

1. Pengempar

2. Mandian air

3. Spektrofotometer

4. Kuvett

PROSEDUR :

a) 1.6ml bahan uji alkali dipipetkan ke dalam tabung uji

b) Tabung uji itu tadi dieramkan di dalam water bath bersuhu 20°c ( penting - perlu dikawal sepanjang ujian dijalankan ) selama 5 minit.

c) 0.1ml ‘ hemolysate ‘ dipipetkan ke dalam tabung uji yang mengandungi bahan uji dan bilas pipet tadi sebanyak 6 kali.

d) Sebatikan perlahan- perlahan..

e) Pada tepat 1 minit (penting), 3.4 ml larutan pemendak dipipetkan pada faktor pencairan 1/50.

f) Sebatikan dengan menunggang terbalikkan tabung uji sebanyak 6 kali.

g) Sebatian tadi dituras dengan menggunakan kertas turas yang telah disediakan.

h) Hasil turasan tadi di masukkan ke dalam kuvett.

i) Bacaan absorban di spektrofotometer diambil dengan menggunakan jarak gelombang 540nm.

PIAWAI :

1. Piawai disediakan bagi setiap spesimen yang ditaksir.

2. 0.05ml hemolysate dipipetkan ke dalam 5.0ml larutan 0.04% ammonia atau air suling.

3. Faktor pencairan = 1 / 100

UJIAN KOSONG ( BLANK ) :

1. 3.4 ml larutan pemendak dengan 1.6 ml bahan uji alkali KOH atau NaOH.

PENGIRAAN :

Kepekatan Hb F = Bacaaan Abs. Ujian    x 1 x 100

                                 Bacaan Abs. Piawai      2

                             = Hb F

ANGGARAN NORMAL : 0.5 - 2.0%

KEPUTUSAN :

Kosong ( K )

Piawai ( P )

Ujian ( U )

0.000

1.176

0.036

= 0.036 / 1.176 X 0.5 X 100

= 1.53 %

PERBINCANGAN :

clip_image001 Ujian ini dijalankan untuk mengesan hemoglobin F. Semua hemoglobin akan musnah dalam media alkali kecuali hemoglobin F.

clip_image001[1] Ini kerana hemolglobin F tahan pada pH alkali. Selain itu, hemoglobin F digunakan untuk mengesan β-talasemia.

clip_image001[2] Dalam ujian ini reagen KOH dan ( NH4 ) SO4 digunakan. KOH digunakan untuk menghasilkan pH larutan beralkali, manakala ( NH4 ) SO4 digunakan untuk memendakan hemoglobin F.

clip_image001[3] Keputusan yang diperolehi adalah 1.53%. ini menunjukkan keputusan yang diperolehi normal dan bebas daripada β-talasemia dan berada di antara julat normal iaitu 0.5 – 2.0%

KESIMPULAN :

clip_image001[4] Ujian denaturasi alkali adalah ujian untuk mengesan hemoglobin F. Keputusan yang diperolehi adalah normal iaitu 1.53% dan bebas daripada β-talasemia.

SOALAN :

  1. Apakah fungsi bahan uji alkali KOH dan larutan pemendak?

Ø Fungsi bahan uji KOH ialah untuk menghasilkan pH larutan beralkali manakal fungsi larutan pemendak ialah untuk memendakan hemoglobin F.

  1. Seorang teknologis menjalankan ujian denaturasi alkali ke atas sample pesakit A dan B. keputusan absorban yang diperolehi adalah seperti berikut:

Keputusan

Pesakit A

Pesakit B

Bacaan Absorban

0.405

0.699

Bacaan Absorban Piawai

0.368

0.368

Dapatkan peratus kepekatan Hb F dan berikan komen anda untuk pesakit A dan pasakit B.

Ø Pesakit A > Pesakit B

= 0.405 / 0.368 X 0.5 X 100 = 0.699 / 0.368 X 0.5 X 100

= 55% = 95%

clip_image001[5] Pesakit A dan B menghidapi penyakit β-talasemia, ini kerana keputusan yang diperolehi adalah tinggi dari julat normal iaitu 55% ( pesakit A ) dan 95% ( pesakit B ). Dimana julat normalnya ialah 5.0 – 2.0%.

 

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.