1. PENGANGGARAN TITIK
2. PENGANGGARAN SELANG
a) Penganggaran titik
· Satu nilai sampel yang digunakan untuk menganggar 1 titik parameter populasi yang tak diketahui
· Kaedah untuk mengira nilai ukuran sampel disebut sebagai penganggaran titik
· Nilai yang dikira merupakan anggaran titik bagi suatu parameter
Simbol
Populasi | Sampel | |
Parameter | Penganggaran titik | |
Min | µ | |
Varians | 2 | S2 |
Sisihan Piawai | S |
b) Penganggaran selang
· Dua nilai ukuran sampel yang digunakan untuk menganggarkan suatu selang dimana populasi berada
· Kaedah untuk mengira 2 nilai sampel
· Dua nilai yang diperolehi merupakan anggaran selang @ selang keyakinan bagi satu parameter
( a , b ) a- min
b- max
c) Selang keyakinan bagi min populasi
I. Populasi bertaburan normal (µ ,2 ) dan saiz sampel besar, n 30 selang keyakinan ( 1 - ) 100% bagi µ.
ii. Populasi bertaburan normal (µ ,2 ) dan saiz sampel kecil, n < 30 selang keyakinan ( 1 - ) 100% bagi µ.
Contoh soalan :
1. Persatuan restoren malaysia telah mengumpulkan informasi tentang bilangan makan diluar dalam seminggu oleh pasangan yang baru berkahwin. Satu survey sebanyak 60 pasangan menunjukkan purata bilangan makan diluar adalah 2.76 kali seminggu dengan sisihan piawai 0.75 kali seminggu. Bina 97% selang keyakinan untuk populasi serta rumuskan jawapan anda.
2. Pengurus bahagian mentol lampu elektrik mesti menganggarkan purata bilangan jam suatu biji mentol yang dibuat oleh setiap buah mesin mentol lampu. Satu sampel 40 biji mentol lampu dipilih daripada mesin A dan purata masa berfungsi 1416 jam. Sisihan piawai masa berfungsi ialah 30 jam. Dapatkan selang keyakinan 90%.
3. Jika hanya 25 nelayan dipilih dan didapati min kos perbaiki kapal adalah RM 125 dengan sisihan piawai RM60. Apakah selang keyakinan 95% bagi min kos perbaikan kapal bulanan sebenar nelayan?.
Contoh soalan i :
Sebuah kilang mengeluarkan 2 jenis lampu A dan B. Masa hayat kedua-dua jenis mentol lampu ini bertaburan normal dengan sisihan piawai 65 jam dan 80 jam masing-masing. Dalam ujian 1 sampel rawak 15 mentol lampu jenis A, didapati min masa hayat iailah 1230 jam manakala satu sampel rawak 17 mentol jenis B min masa hayat 1035 jam. Cari selang keyakinan 45% bagi beza min masa hayat dua jenis mentol lampu itu.
SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.