BIOKIMIA : Penaksiran Aras Kreatinin Dalam Urin


OBJEKTIF :
Menaksir kreatinin menggunakan kaedah Jaffe

PRINSIP :
Kaedah yang biasa digunakan untuk analisis kreatinin ialah tindakbalas Jaffe. Tindakbalas ini menggunakan asid pikrik dalam larutan beralkali yang bertindakbalas dengan kreatinin membentuk sebatian berwarna iaitu kreatinin-pikrik. Masalah utama tindakbalas ini ialah kehadiran interferen seperti glukosa, protein, asid askorbik asid keto.

BAHAN UJI :
· Urin

REAGEN :
· Asid tungstik
· Larutan 0.036M asid pikrik
· Larutan 1.4M natrium hidroksida
· Larutan simpanan piawaian kreatinin ( 100mg/dL )
· Larutan kerja piawai kreatinin 10ml/dL


ALAT RADAS :
· Tabung uji empar
· Tabung uji kaca
· Spektrofotometer
· Pengempar

PROSEDUR :
a) Peringkat Pertama
· spesimen urin 1 : 20 dicairkan dengan air suling
· 4.0 ml larutan asid tungstik dan urin yang telah dicairkan dipipetkan
· Kedua-dua larutan tersebut disebatikan
· Larutan tersebut dibiarkan selama 10 minit sebelum diemparkan pada halaju 1500 psm selama 2 minit untuk mendapatkan supernatan
b) Peringkat kedua : Peringkat tindakbalas
§ tabung uji 15 x 150 mm disediakan dan ditandakan sebagai :
Tabung uji 1 K ( kosong )
Tabung uji 2 P ( piawai )
Tabung uji 3 U ( ujian )
· kesemua larutan dipipetkan kedalam tabung uji
Kosong (K) ml Piawai (P) ml Ujian (U) ml
Air suling 3.0 2.9 -
Larutan piawai 10mg/dL - 0.1 -
Supernatan urin - - 3.0
0.036M asid pikrik dan sebatkan 1.0 1.0 1.0
1.4M NaOH 0.5 0.5 0.5
  • kesemua larutan disebatikan dan dibiarkan selama 15 minit di tempat yang gelap
  • absorbans spektrofotometer dibaca pada jarak gelombang 520 nm. KOSONG digunakan sebagai blank ( pengosong )

PENGIRAAN :
Berdasarkan Hukum Beer
- Mg kreatinin serum dalam 100 ml urin atau g kreatinin dalam 24 jam
Abs U x faktor x kepekatan piawai ( 100mg/dL )
Abs P
Mg urin
Mg standard
Mg urin = 0.01
Mg standard = 0.5 x 3.0
4.5
Kepekatan piawai = 100

KEPUTUSAN :
Bacaan absorbans K ( kosong ) P (piawai ) U ( ujian )
1 0.000 0.133 0.266
2 0.000 0.123 0.250
3 0.000 0.127 0.263
Purata 0.000 0.128 0.260

PENGIRAAN :
Abs U x faktor x kepekatan piawai ( 100mg/dL )
Abs P
= 0.260 X 0.01 X 100
  0.128      0.33
= 6.155 mg/dL

PERBINCANGAN :
clip_image001 Eksperimen ini dijalankan untuk menaksir aras kreatinin dalam urin. Penaksiran kreatinin menggunakan kaedah Jaffe. Tindakbalas ini menggunakan asid pikrik dalam larutan beralkali dengan kreatinin membentuk sebatian berwarna iaitu kreatinin-pikrik.
clip_image001[1] Masalah utama tindakbalas ini ialah kehadiran interferen seperti glukosa, protein, asid askorbik asid keto. Eksperimen ini dijalankan tanpa menggunakan urin 24 jam dan tiga tabung uji digunakan dengan menanda K ( kosong ), P ( piawai ), dan U ( ujian ).
clip_image001[2] Keputusan yang diperolehi dalam eksperimen ini ialah 6.155 mg/dL. Ini menunjukkan aras kreatinin tinggi dalam urin. Keputusan ini tinggi kerana terdapat hubungan di antara kreatinin yang diekskresi dengan jumlah tisu otot. Hampir semua kreatinin berasal dari kreatin, ini kerana sebahagian kreatin terdapat dalam tisu otot. Ini kerana sampel urin yang digunakan adalah dari individu yang sedikit berisi.
clip_image001[3] Bacaan absorbans diukur pada panjang gelombang 520 nm yang menghasilkan warna hijau. Warna larutan dalam tabung uji P ( piawai ) dan K ( kosong ) ialah warna oren ini disebabkan oleh tindak balas asid pikrik dengan natrium hidroksida ( NaOH ). Selain itu, ketiga-tiga tabung uji disebatikan di tempat gelap, ini kerana urin tidak boleh terdedah kepada cahaya yang mana waran urin akan berubah menjadi gelap akibat perubahan kromogen yang tidak berwarna menjadi senyawa-senyawa berwarna.
clip_image001[4] Sebagai langkah berjaga-jaga, asid tungstik digunakan yang bertujuan untuk menghalang kehadiran interferen seperti glukosa, protein, asid askorbik, dan asid keto.

KESIMPULAN :
clip_image001[5] Eksperimen ini dijalankan untuk menaksir kreatinin dalam urin menggunakan kaedah Jaffe. Keputusan yang diperolehi menunjukkan aras kreatinin tinggi dalam urin. Peningkatan kreatinin berhubungan dengan faktor berat badan.


SOALAN :
1. Apakah fungsi asid tungstik?
Ø Fungsi asid tungstik ialah menghalang kehadiran interferen seperti glukosa, protein, asid askorbik, asid keto.
2. Apakah prinsip ujian ini ?
Ø Prinsip ujian ini ialah tindak balas menggunakan asid pikrik dalam larutan beralkali yang bertindak balas dengan kreatinin membentuk sebatian berwarna iaitu kreatinin-pikrik.
3. Jelaskan mekanisme sintesis kreatinin( bermula dari sintesis kreatin )
Ø Kreatinin disintesis di dalam ginjal,hati dan pankreas oleh dua tindak balas berenzim. Tindakbalas ini dikenali transamidasi arginin dan glisin serta tindakbalas metilasi.
Ø Kreatinin diangkut oleh organ lain seperti otot dan otak dimana ia akan difosforilasikan kepada fosfokreatin iaitu suatu kompaun yang bertenaga tinggi. Penukaran fosfokreatin dan keratin merupakan ciri proses metabolism kontraksi otot. Sebahagian dari kreatin dalam otot ditukarkan kepada kratinin secara spontan dan tak berbalik.
Ø Jumlah keratinin dihasilkan setiap hari adalah berkaitan dengan jisim otot dan tidak berbeza dari hari ke hari. Paras kreatinin dalam aliran darah agak malar kerana dipengaruhi oleh diet.


SUMBER :Pelajar yang mengambil subjek ini.