DIAGNOSTIK HEMATOLOGI-Penyediaan Hemolysate.

OBJEKTIF :

Untuk mengasingkan hemoglobin daripada SDM bagi menjalankan ujian-ujian tertentu

TEORI :

Hemolysate adalah didapati daripada SDM yang telah dilisiskan oleh bahan kimia tertentu. Hemolysate ini biasanya digunakan untuk ujian hemoglobin elektroforesis, penaksiran hemoglobin A dan hemoglobin F.

REAGEN/PERALATAN :

(A) Bahan kimia

1. Normal saline

2. Air suling

3. Toulene

(B) Bahan biologi/ specimen

1. Darah vena

(C) Alat radas

1. Pipet

2. Tabung uji

3. Kertas turas ‘whatman No 1’

(D) Peralatan.

1. Pengempar

2. Rotater (alat penggoncang)

PROSEDUR :

1. Spesimen darah dibasuh dengan saline dan diemparkan selama 2 minit pada kelajuan 3000rpm. Ulang sebanyak 3 kali.

2. Keseluruhan saline dibuang daripada basuhan terakhir

3. Beberapa titik air suling dan ½ bahagian toluene di masukkan.

4. Tabung uji digoncangkan sekuat-kuatnya dengan tangan atau menggunakan alat penggoncang selam 5 minit bagi memusnahkan SDM

5. Di emparkan pada kelajuan 3000rpm selama 20 minit.

6. Lapisan di sebelah atas dibuang, larutan bewarna merah dituras dengan menggunakan kertas turas.

7. Hasil turasan (hemolysate)

KEPUTUSAN :

clip_image001 Tiada keputusan, kerana ujian ini dijalankan untuk mengetahui cara penyediaan hemolysate.

PERBINCANGAN :

· Eksperimen ini dijalankan untuk mengasingkan hemoglobin daripada SDM menjalankan ujian – ujian tertentu.

· Spesimen darah dibasuh sebanyak tiga kali bagi mendapat darah bersih dari kekotoran dan debris. Selain itu, tolune digunakan sebagai pengurai dan mengalakan SDM pecah.

· Penyedian hemolysate berjaya dijalankan dengan tepat.

· Hemolysate digunakan untuk ujian hemoglobin elektroforesis, penaksiran hemoglobin A dan hemoglobin F.

· Darah vena digunakan kerana darah vena paling sesuai. Selain itu, saluran vena besar dan muda untuk mendapat contoh darah yang banyak jika dibandingkan dengan darah kapilari dan darah arteri.

KESIMPULAN :

clip_image001[1] Penyediaan hemolysate berjaya dilakukan dengan tepat.

SOALAN :

  1. Apakah yang dimasukkan dengan hemolysate? Mengapakah ia digunakan dalam sesetengah ujian hematology?
    • Hemolysate adalah hasil daripada SDM yang telah dilisiskan oleh bahan kimia tertentu.
    • Hemolysate digunakan untuk ujian hemoglobin elektroforesis, penaksiran hemoglobin A dan hemoglobin F.

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini