DIAGNOSTIK HEMATOLOGI : Pembilang Sel Darah Putih.

OBJEKTIF :

Untuk mengetahui bilangan sel darah putih dalam sampel pesakit.

TEORI :

Adalah sukar untuk membilang sel – sel platlet kerana saiznya

yang terlalu kecil di samping mudah pecah dan susah untuk membezakannya daripada debu. Platlet juga meleat di antara satu sama lain dan kepada permuaan asing yang juga menyebabkan kesukaran dalam melakukan pembilangan. Terdapat banyak kaedah membilang platlet. Pada masa selarang, pembilang platlet telah dijalankan dengan menggunakan kaedah mesin iaitu ‘ Blood Cell Cuont’. Walaubaimanapun kaedah manual iaitu menggunakan hemositometer masih digunakan disesetengah makmal.

REAGEN :

( A ) Bahan kimia

Larutan pencair : 2% asid asetik glasial

v Asid asetik glasial Ø 2 ml

v Air suling Ø 100 ml

v Warnakan larutan ini dengan 2/3 titik perwarna Gentian Violet sehingga warna violet muda.

( B ) Bahan biologi / spesimen

v Darah vena berantikoagulan

v Darah kapilari

( C ) Alat Radas

v Ruang pembilang hemositometer

v Sisisp kaca

v Pipet Thoma WBC

v Picagari dan tiub

( D ) Peralatan

v Mikroskop

PROSEDUR :

1. Darah disedut dengan menggunakan pipet Thoma sel darah putih ke paras 0.5. Kesan darah diluar mucung pipet dikesat.

2. Larutan pencair Formal Sitrat kemudain disedut ke paras 11. Faktor pencair 1 : 20 akan terhasil. Pembentukkan gelembung – gelembung udara dielakkan.

3. Campuran disebatikan selama3 – 5 minit dengan memutar – mutar pipet Thoma sel darah putih.

4. Ruang pembilang Neubauer dengan coverslip disedia.

5. 3 – 4 titik pertama dibuang sebelum ampaian di isi ke dalam ruang pembilang Neubauer sambil cairan dipasti tidak melimpah masuk ke dalam perparitan.

6. Ampaian dieram selama 3 – 4 minit untuk membenarkan sel – sel mendap.

7. Jumlah sel darah putih di kira di keempat – empat petak besar pada setiap penjuru dengan menggunakan kanta X 10.

clip_image002

Keputusan :

Petak

Bilangan sel darah putih

1

8

2

12

3

9

4

7

( a ) Sel Darah Putih

Ø Luas ruang pembilang = 1 mm²

Ø Nisbah ruang pembilang = 1 / 10 mm

Ø Isipadu 4 petak = 1 X 1 mm X 0.1 mm X 4

= 0.4 mm³

Ø Cairan darah = 1: 20

clip_image001 Sel darah putih / L = jumlah 4 petak X 1 / 0.4 X 20

= 36 X 1 / 0.4 X 20

= 1.8 X 10^3 / L

Perbincangan :

Ø Pembilangan sel darah putih dilakukan untuk mengetahui bilangan sel darah putih dalam pesakit. Anggaran normal bagi jumlah sel darah merah terbahagi kepada 3 iaitu dewasa ( 4.0 – 11.0 X 10^9 / L ), perempuan ( 10.0 – 26.0 X 10^9 / L ), dan kanak - kanak ( 6.0 – 15.0 X 10^9 / L ). Didapati setelah eksperimen dijalankan jumlah sel darah merah ialah 1.8 X 10^3 / L.

Ø Ini mungkin disebabkan terdapat kesilapan dalam membilang sel darah putih dan darah yang digunakan adalah darah dari sel darah merah yang telah diasingkan antara sel darah merah dengan plasma darah. Selain itu, darah yang digunakan telah tamat tempoh dan mungkin eksperimen tidak dijalankan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Ø Perubahan – perubahan pada bilangan leukosit mungkin disebabkan keadaan fisiologi ( umur, peredaran haid, senaman, gangguan emosi, makanan, kehamilan, dan persekitaran) atau keadaan patologi ( jangkitan, hemoraj, penyakit sum –sum tulang ).

Kesimpulan :

Ø Pembilangan sel darah putih berjaya dilakukan, tetapi keputusan yang diperolehi tidak tetap dengan anggaran normalnya.

Soalan :

1. Bagaimanakah larutan pencair Tuerk bertindak ?

Ø Larutan pencair Tuerk bertindak melisiskan sel darah merah.

2. Apakah kegunaan pewarna gentian violet ?

Ø Pewarna gentian violet digunakan untuk mewarnai sel darah.

 

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.