DIAGNOSTIK HEMATOLOGI :Demostrasi cara pengambilan darah kapilari dan vena( venipuncture )


OBJEKTIF :
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik-teknik yang digunakan untuk mengambil sampel darah daripada pesakit bagi melakukan ujian-ujian hematologi di makmal kesihatan.

TEORI :
Darah vena adalah darah yang paling sesuai digunakan untuk penyiasatan hematologi jika dibandingkan dengan darah daripada kapilari dan arteri.
v Arteri - berada di bawah kulit. Sukar dan bahaya untuk
mendapat contoh darah daripada saluran arteri.
v Vena - paling sesuai kerana saluran ini cukup besar dan
muda untuk mendapat contoh darah yang banyak.
v Kapilari - terlalu halus. Sukar untuk mendapat sampel darah yang banyak.

REAGEN :
i) Bahan biologi / spesimen
» darah kapilari
» darah vena
ii) Alat radas
» jarum / disposable needle
» picagari / syringe
» kapas beralkohol / alcohol swab
» toniquet
» tiub darah berantikoagulan

PROSEDUR :
1. Darah Kapilari
· Pesakit didudukkan dalam keadaan tenang.
· Jari hantu atau jari manis boleh digunakan.
· Jari tersebut diurut perlahan-lahan ke arah luar.
· Bahagian jari yang hendak dicucuk disapukan dengan kapas beralkohol.
· Bahagian tengah jari tersebut ditekan sedikit.
· Jari dicucuk dengan menggunakan lanset.
· Darah pertama yang keluar dikesat dengan kapas beralkohol.
· Jari diurut perlahan-lahan supaya darah mengalir keluar.
2. Darah Vena
· Pesakit didudukan dalam keadaan tenang.
· Proses pengambilan darah diterangkan untuk mendapatkan kerjasama daripada pesakit.
· Bahagian vena yang sesuai dipilihkan.
· Torniquet diikatkan.
· Kulit disterilkan dengan kapas beralkohol 70%.
· Pembuluh darah dicucukkan pada sudut 30º.
· Torniquet dilepaskan apabila darah mula memasuki syringe dan tunggu sebentar sebelum menarik priston dengan perlahan untuk mendapatkan isipadu yang diperlukan.
· Syringe dan jarum serentak dikeluarkan, luka dibersihkan dengan kapas beralkohol dan bahagian luka ditekankan dengan jari.
· Jarum dari syringe dipisahkan sebelum memindahkan darah ke ke tiub darah berantikoagulan.
· Darrah disebatikan dengan memutarkan botol secara perlahan-lahan supaya darah tidak lisis

SOALAN :
1. Mengapakah jari dan kulit pesakit perlu disapukan dengan alkohol 70% sebelum bahagian tersebut dicucuk?
v Jari dan kulit pesakit perlu disapukan dengan alkohol 70% sebelum bahagian tersebut dicucuk kerana untuk memastikan kawasan tersebut steril daripada mikroorganisma dan untuk memastikan mikroorganisma yang terdapat pada jari dan kulit pesakit tidak masuk ke dalam tubuh dan menginfeksi sel-sel tubuh.

2. Mengapakah tangan pesakit perlu diikat dengan torniquet sebelum darah vena diambil?
v Tangan pesakit perlu diikat dengan torniquet sebelum darah vena diambil kerana untuk memastikan salur darah vena kelihatan atau timbul.

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.