IMUNOHEMATOLOGI-DARAH O BOMBAY

DARAH O BOMBAY

APAKAH ITU O BOMBAY ?

Kumpulan darah ini pertama di temui di Bombay, India oleh Bhender pada tahun 1952.Darah O Bombay dimiliki oleh individu bergenotip ( hh ) dan individu ini tidak dapat menghasilkan antigen A dan antigen B.Kumpulan darah O Bombay tidak berpadanan untuk O –ve atau O+ve kerana tidak mempunyai antigen ( h ).

image

§ Dimiliki oleh golongan individu bergenotip hh

§ Individu hh tidak dapat menghasilkan antigen A dan antigen B

§ Oleh itu, apabila pengumpulan ABO dilakukan pada sel darah merah individi hh → menunjukkan kumpulan O.

§ Serum Oh : Anti-A,Anti-B dan Anti-H

§ Serum kumpulan O :Anti-A dan Anti-B

§ Anti-H dalam serum individu Oh menyebabkan agglutinasi dengan sel darah merah kumpulan O.

Ø Pengkelasan Gen ABH pada individu Oh (darah O Bombay)

1

APAKAH INDIVIDU O BOMBAY BOLEH MENERIMA DARAH O?

Individu darah O Bombay hanya boleh menerima darah O Bombay sahaja dan tidak boleh menerima darah dari golongan lain termasuk darah O.Ini kerana golongan darah O Bombay memiliki genotip (hh),di mana mereka tidak mampu merembeskan antigen H pada eritrositnya akibat mutasi fukosiltrasferase enzim yang diperlukan untuk menghasilkan substansi H. Oleh kerana itu, golongan darah ini di simbolkan sebagai (Oh).H merupakan bahan yang berperanan sebagai prekesur (prasyarat) untuk membebaskan antigen A dari gen A atau antigen B dari gen B.Struktur H terdiri dari karbohidrat fukosa.Jika seseorang tidak mampu mengekspresikan antigen H secara langsung, gen A atau gen B dari ibubapanya tidak muncul dalam bentuk antigen sehingga eritrosit orang tersebut tidak memiliki antigen.Oleh itu jika golongan darah O bombay (Oh) menerima darah dari golongan darah O biasa, akan menyebabakan reaksi pemindahan hemolitk yang boleh menyebabkan fatal dan kematian.

NEGARA MANAKAH YANG BANYAK KENA O BOMBAY?

Negara yang paling banyak kena O Bombay ialah Negara India.Frekuensi orang golongan darah O Bombay diseluruh dunia diperkira 1 daripada 250 000 orang.Namun di India angka ini lebih besar iaitu 1 daripada 7500 orang.Saat ini, golongan darah ini paling banyak ditemui di bahagian Maharashtra iaitu bahagian barat India.

KESAN O BOMBAY TERHADAP INDIVIDU ITU SENDIRI

Apabila individu kumpulan darah O Bombay tidak dapat menerima pemindahan darah dari orang kumpulan darah O Bombay dengan segera,boleh menyebabkan reaksi pemindahan hemolitik yang boleh menyebabkan kematian kepada fenotip Bombay.Ini kerana golongan darah ini tidak menunjukkan tiadanya A,B,antigen H pada sel darah merah dan kehadiran anti-A,anti-B dan antibody-H dalam serum.

GAMBAR DARAH O BOMBAY (Oh)

image

RUJUKAN

Internet: Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Hh antigen system

James S.O’Donnell,Thomas A.J McKinnon,James T.B Crawley,David A.Lane and Michael A.Laffan. 2005.Bombay Phenotype is Associated with Reduced Plasma VWFLevels and an Increased Susceptibility to Adamts13 Proteolysis.from ww.bloodjournal.org

SUMBER : PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK INI.