BIOKIMIA : Menaksir Aras Glukosa Darah.

KAEDAH :

Ortho-toloudine tak lansung

OBJEKTIF :

Supaya pelajar dapat menaksir aras glukosa darah normal dan abnormal

TEORI :

Glukosa adalah kumpulan karbohidrat yang penting dalam darah. Aras glukosa amat penting dipertahankan untuk kesihatan. Glukosa darah merupakan sumber tenaga untuk sel dimana metabolismenya diatur oleh hormone insulin.

Glukosa adalah gula penurun,oleh itu ia boleh dioksidakan kepada asid glukonik. Hydrogen peroksida yang terbentuk akan bereaksi dengan ortho-toluidine untuk membentuk kompleks bewarna. Kepekatan glukosa adalah berkadaran dengan intensiti warna yang terhasil.

REAGEN \ALAT RADAS :

1- Bahan kimia

· larutan stok glukosa piawai 10mg\L

· larutan kerja glukosa piawai 200mg \ 100ml

· larutan 9% asid trikloroasetik (TCA)

· bahan uji Ortho_toludine

2- Bahan biologi

· darah

3- Alat radas

· picagari

· tiub EDTA

· tabung uji

· kuvet

· mikropipet

· tips

· tabung uji pengempar

PROSEDUR :

A) Peringkat pemendapan protein :

1. Tabung uji 12× 100 multimedia disediakan dan SIFAR (BLANK) ditandakan.

2. Bahan-bahan seperti jadual berikut dipipetken kedalam setiap tabung uji :

Bahan uji

SIFAR (S)

ml

PIAWAI (P)

ml

UJIAN (U)

ml

Air suling

1.1

1.0

1.0

Larutan kerja glukosa piawai

-

0.1

-

spesimen

-

-

0.1

Larutan 9% TCA

0.5

0.5

0.5

3. Larutan disebatikan.

4. Tabung uji dibiarkan selama 5 minit dan emparkan pada kelajuan

3500 psm selama 5 minit.

B. Peringkat tindakbalas :

1. Tabung uji 15 × 150 multimedia disediakan dan SIFAR (BLANK) PIAWAI dan UJIAN ditanda.

2. Bahan-bahan seperti jadual berikut dipipetkan kedalam setiap tabung uji:

Bahan uji

SIFAR (S)

ml

PIAWAI (P) ml

UJIAN (U)

ml

Supernatant dari SIFAR

0.5

-

-

Supernatant dari PIAWAI

-

0.5

-

Supernatant dari UJIAN

-

-

0.5

Bahan uji O-toluidine

3.0

3.0

3.0

3. Mulut semua tabung uji ditutup dengan kapas tak serap air.

4. Tabung uji disebati dan dimasuk kedalam mandian berair (water bath) dan dibiarkan selama 12 minit.

5. Tabung uji disejuk di air yang mengalir selama 5 minit dan disebati.

6. Baca absorbans dibaca dengan menggunakan spektrofotometer pada panjang gelombang 630 nm. Sifarkan bacaan dengan SIFAR.

7. Kepekatan glukosa spesimen dikira berpandukan absorbans yang diperolehi.

KEPUTUSAN :

KUMPULAN

PIAWAI

UJIAN

1

0.039

0.111

2

0.102

0.399

3

0.068

0.272

4

0.073

0.261

5

-

0.0235

6

0.664

0.292

PENGIRAAN :

Berdasarkan Hukum Beer,

Mg glukosa dalam 100 ml darah :

Abs U × faktor × kepekatan piawai ( 200mg / 100mL )

Abs P

0.261× 1 × 200mg / mL = 71.5 mg / mL @ 72 mg / mL

0.073   10

JULAT RUJUKAN :

v Spesimen berpuasa ( FBG ) : 65 – 100 mg / mL.

PERBINCANGAN :

Ø Eksperimen ini dijalankan untuk menaksir aras glukosa darah bagi menetukan sama ada aras glukosa normal atau abnormal. Glukosa adalah kumpulan karbohidrat yang penting dalam darah. Glukosa merupakan sumber tenaga untuk sel dimana metabolismenya di atur oleh hormon insulin.

Ø Keputusan yang diperolehi pada akhir eksperimen ialah 72 mg / mL. Ini menunjukkan spesimen ini diperolehi daripada individu yang berpuasa. Ini kerana julat rujukan bagi specimen berpuasa ( FBG ) ialah 65 – 100 mg / mL.

Ø Pada peringkat pemendapan protein, apabila specimen bercampur dengan larutan 9% TCA, warna merah keunguan terhasil. Selain itu, proses pemgemparan dilakukan bagi mengasingkan supernatant dengan mendapan. Ini kerana supernatant akan digunakan pada peringkat tindal balas.

Ø Pada peringkat tindak balas, tabung uji ditutup dengan kapas tak serap air bagi menyerap bau O-toluidine dan menghalang spesimen tumpah.Bacaan absorbans dilakukan pada pangjang gelombang 630 nm yang menghasilkan warna merah. Ini kerana, apabila supernatant bahan ujian bercampur dengan bahan uji O-toluidine warna hijau akan terhasil.

KESIMPULAN :

Ø Aras glukosa darah adalah normal.

SOALAN :

1. Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada metabolisma karbohidrat tubuh

dalam keadaan hiperglisemia?

· Penghasilan tenaga akan meningkat kerana proses pemecahan glukosa kepada piruvat melalui proses glikolisis berlaku.

· Hiperglisemia ialah glukosa meningkat dalam darah,glukosa akan ditukarkan kepada piruvat atau asid laktik yang akan diguna untuk hasilkan tenaga.

2. bincangkan secara ringkas metabolisma glukosa oleh hepar semasa

a) berpuasa b) kenyang c) kebuluran

Berpuasa

· Glikogenolisis hepar berlaku di mana glikogen menjadi glukosa.

· Piruvat,asid laktik dan asid amino ditukarkan kepada glukosa.

· Katabolisme asid amino untuk hasilkan tenaga.

Kenyang

· Glukosa diperolehi daripada usus.

· Glukosa diserap dan melalui vena portal ke hepar.

· Glukosa ditukarkan kepada glikogen dalam hepar

· Glukosa ditukarkan kepada piruvat

Kebuluran

· Glukosa darah bergantung kepada glukoneogenosis daripada laktat,gliserol dan asid amino.

· Glukosa dihasilkan melalui

-kitar cori

-kitar alanin

 

SUMBER : Pelajar yang mengambil subjek ini.