Teknik ini dilakukan ke atas specimen feses sebelum teknik
kepekatan atau lain-lain tenik dilakukan. Spesimen feses mestilah
terlebih dahulu diperiksa melalui mikroskop, dan spesimen itu
mestilah berada dalam penyediaan calitan langsung yang
mengandungi 1 hingga 2mg feses yang terampai rata setitik larutan
salin normal, iodin, dan eosin.
Objektif :
Melatih pelajar melakukan apusan langsung ke atas feses
dengan menggunakan 3 jenis cecair kimia iaitu salin normal,
iodin dan eosin.Ketiga – tiga bahan itu bertujuan:
- melihat pergerakan trofozoit protozoa dan telur helmit.
- Melihat samada terdapat sista segar atau tidak
- Mengenalpasti spesis protozoa kepada bentuk nukleus sista.
Alat :
• slaid
Radas
• penuntup sliad
• feses
• kayu apikator
Bahan :
• iodin
• eosin
• salin normal
Salin normal
Kegunaan : biasanya digunakan untuk spesimen segar. Digunakan
untuk melihat pergerakkan trofozoit protozoa dan telur
helmint.
v Trofozoit
» endoplasma berkilat kebiruan / kehijauan ( warna kaca )
v Sista
» jasad kromatid dapat dilihat ( kija ada )
» dinding sista licin, nipis dan membias
» vakoul gloikogen tidak dapat dilihat
Eosin
Kegunaan : untuk melihat sama ada sista segar atau tidak, sista
segar menbias cerah dan tidak menyerap warna. Bahan
lain kelihatan gelap kerana menyarap warna latar
belakang merah.
Iodin
Kegunaan : untuk mengenalpasti spesis protozoa kepada bentuk
nuklues sista.
* Trofozoit
» mati dalam iodin ( tidak dapat dilihat )
* Sista
» berwarna kuning atau perang muda
» nuklues dan kariosom jelas berwarna perang tua
» jasad kromatid tidak berwarna
» vakoul glikogen berwarna prang tua ( jasad kromatid dan
vakoul glikogen biasanya terdapat di dalam sista muda ).
Kaedah :
- 3 keping sisip kaca yang bersih dan kering disediakan.
- 1 titis larutan pencair ( normal saline, iodin, eosin ) diletakkan di atas slaid kaca bersih .
- dengan menggunakan kayu aplikator, sedikit feses diambil ( sebesar hujung mancis ) dan diletakkan di atas slaid kaca.
- penuntup slaid diletakkan di atas apusan dan dengan menggunakan mikroskop pada pembesaran X10, X40 pemerhatian dilakukan.
- untuk mengelakkan slaid kering semasa periksaan bawah mikroskop, tepi penutup slaid diletakkan lilin cair, paraffin, dan vaselin.
Perbincangan :
Teknik apusan langsung dilakukan untuk mengenalpasti trofozoit, sista dan telur helmint. Larva, telur helmint dan pergerakkan larva sahaja yang dapat dikenalpastikan selepas dititiskan dengan normal salin. Ini kerana kegunaan normal salin ialah untuk melihat pergerakkan trofozoit protozoa dan telur helmint. Selain itu, artifak ( rumput ) juga kelihatan.
Selain itu, selepas dititiskan dengan iodin, didapati telur helmint kelihatan menerusi mikroskop pada kuasa kanta 4X. Saiz telur helmint yang kelihatan kecil dan bewarna kelabu. Sebaliknya pada kuasa kanta 10X, telur helmint yang kelihatan bersaiz besar dan bewarna hijau ditengah dan dikelilingi warna hitam.
Selepas dititiskan dengan eosin, didapati telur helmint kelihatan pada kuasa kanta 10X. Sebaliknya pada kuasa kanta 4X dan 40X didapati trofozoit, sista, dan telur helmint tidak kelihatan, ini mungkin disebabkan oleh kesilapan ketika melihat spesimen.
Kesimpulan :
Pelajar dapat melihat pergerakkan trofozoit protozoa dan telur helmint. Selain itu, artifak jaga kelihatan.
TEKNIK TRIKROM
OBJEKTIF :
Mengenalpasti pelbagai spesis protozoa usus ( trofozoit dan sista )
TEORI :
Teknik ini menghasilkan kontra warna yang lebih baik berbanding
teknik perwarnaan Iron Haematoxylin. Protozoa mungkin juga
mengecut kerana mengalami proses dehidrasi. Mungkin juga akan
terkeliru denagn objek lain yang juga terdapat dalam smear
contohnya makrofaj, sel darah merah, dan yis.
v Melalui prosedur perwarnaan, hasil yang didapati adalah :
Latar belakang feses | Hijau |
Sitoplasma | Biru kehijuan/ ungu |
Kromatid nucleus, jasad kromatid dan organel lain | Ungu kemerahan |
Sista Entimoeba coli | Ungu |
Telur dan larva helmint | Ungu dengan latar belakang hijau |
ALAT :
• slaid
RADAS
• penitis
• feses
• kayu apikator
• pengempar
• tabung emparan
BAHAN :
• serum
• tintur idin
• alkohol 70%
• perwarnaan trikrom
• asid alkohol
• absoluk alkohol
• xyelene
PROSEDUR :
v Feses yang diawet dengan pva ditapiskan ke dalam tabung emparan ( 15 ml ).
v Pada 2500 rpm, feses yang telah ditapis diemparkan selama 5 minit.
v Supernatan dibuangkan.
v Slaid kaca dilapiskan dengan serum manusia.
v Feses yang terawet diambilkan dengan menggunakan berus rambut yang halus dan apusan dilakukan pada slaid kaca tadi.
v Perwarnaan dilakukan seperti berikut :
» tintur iodin dititiskan selama 1 minit
» alkohol 70% dititiskan selama 1 minit
» alkohol 70% dititiskan selama 1 minit
» perwarnaan trikrom dititiskan selama 8 minit
» asid alkohol dititiskan selama 10 saat
» absoluk alkohol dititiskan selama 1 minit ( 2 kali )
» xylene dititiskan selama 1 minit
v Slaid dikeringkan dengan menggunakn kertas turas.
v Slaid diperhatikan dengan mikroskop pada kuasa 4X, 10X, dan 40X.
Perbincangan
Ø Teknik Trikrom dilakukan bertujuan mengenalpasti pelbagai protozoa usus(trofozoit dan sista).Teknik ini menghasilkan kontra warna yang lebih baik berbanding teknik perwarnaan Iron Haematoxylin. Protozoa mungkin juga mengecut kerana mengalami proses dehidrasi. Mungkin juga akan terkeliru denagn objek lain yang juga terdapat dalam smear contohnya makrofaj, sel darah merah, dan yis.
Kesimpulan
Ø Pelajar berjaya mengenalpasti protozoa usus(trofozoit dan sista)
SUMBER: Pelajar yang mengambil subjek ini