PARASITOLOGI-FILARIASIS(PENYAKIT UNTUT)

KAJIAN KES – PENYAKIT UNTUT

clip_image002

`Kaki Gajah`
20 November 2007
clip_image004Oleh MD. ZAN SAARI
PAGI itu semasa sedang menjemur kain di belakang rumahnya, Mak Esah didatangi lagi oleh anak kecilnya, Sulaiman ,8, yang mengadu betis kirinya sakit. Seperti semalam, anak bongsunya itu memberitahu, ia berdenyut-denyut selepas dia bermain di kawasan paya di belakang rumah mereka.
Sulaiman memberitahu, selepas digigit serangga di betisnya, dia menggarunya tanpa menyangka ia akan berdenyut-denyut selepas itu.
Sangka Mak Esah ia hanya akibat gigitan nyamuk, lalu dia sekadar menyapu minyak panas di kaki anaknya itu dan memberitahunya supaya tidak risau dan sakit itu akan hilang sendiri.
Tiga hari berlalu, dan rasa sakit masih menyerang betis anaknya itu, meskipun tidak bertambah teruk, namun tetap menyusahkan.
Naluri keibuan Mak Esah sedikit sebanyak memberitahu sesuatu yang buruk berlaku. Pun begitu, kesempitan wang keluarga mereka menyebabkan dia tidak dapat menghantar anaknya itu ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tiga hari kemudian, Sulaiman demam pula, hati Mak Esah terus berdebar dan mengatakan ia pasti ada kaitan dengan gigitan serangga di kaki anaknya itu, namun oleh kerana anaknya itu kembali sihat tidak lama kemudian, kebimbangan yang bersarang di hatinya lenyap sendiri.
Ketika Sulaiman berusia 15 tahun, Mak Esah mendapati kaki kiri anakya itu agak besar berbanding yang kanan. Walaupun demikian, dia tidak berasa risau dan beranggapan ia kerana anaknya itu seorang yang aktif dalam sukan terutamanya ragbi, menyebabkan keadaan sedemikian.
20 tahun berlalu dan kaki Sulaiman yang kini berusia 28 tahun semakin membesar dan menyusahkan pergerakannya. Kini, apa yang dideritai oleh anaknya itu sudah jelas bagi Mak Esah. Betis Sulaiman yang semakin membesar jelas menunjukkan dia mengidap penyakit ´Kaki Gajah´.
Kaki Gajah atau Untut adalah disebabkan oleh parasit dan virus bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di kawasan berpaya dan air bertakung, sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah salah satu, atau kedua-dua kaki akan ´membesar´ akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis.
Jangkitan penyakit ini, yang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita bermula apabila mangsa digigit nyamuk Mansonia betina, menyebabkan jangkitan cacing mikrofilaria yang menjadi punca penyakit ini.

PUNCA DAN JANGKITAN

Nama saintifik bagi penyakit ini ialah ‘Filariasis Limpatik’. Walaupun jarang berlaku, kerajaan mengkategorikannya sebagai masalah besar untuk negara ini.
Selain Malaysia, lebih 80 negara lain turut berdepan dengan masalah ini. Dianggarkan seramai 120 juta orang kini menderita akibat penyakit bawaan nyamuk ini. Kira-kira enam peratus penduduk negara ini dijangkiti penyakit ini dengan majoritinya adalah mereka yang tinggal di luar bandar.
Keadaan ini terutamanya berlaku di kawasan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah. Kajian pihak bertanggungjawab pada tahun 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan di negara ini dan 10 daripada pesakit disahkan menghidap Untut.
Jumlah mereka yang mengidapnya dijangkakan lebih ramai kerana mungkin ada yang tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa. Tahun berikutnya, kerajaan negeri Perak mengeluarkan kenyataan bahawa empat daerah di negeri berkenaan iaitu Hulu Perak, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi penyakit Untut kerana kewujudan beberapa kawasan berpaya yang menjadi habitat nyamuk Mansonia.
Kajian saintis Universiti Sains Malaysia tahun 1999 an pula mendapati, negeri seperti Selangor dan Terengganu serta Sabah juga mempunyai risiko diserang penyakit ini.
Kes-kes Untut jarang dilaporkan berlaku di Eropah dan Amerika Utara, kerana ketiadaan populasi nyamuk Mansonia di sana akibat iklim kurang sesuai bagi haiwan ini membiak.
Sebaliknya, cacing parasit mikrofilia Wuchereria Bancrofti, Brugia Malayi dan Brugia Timori amat sesuai hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ini.
Cacing-cacing berkenaan menjangkiti sistem limpa lalu membiak hingga membentuk satu koloni besar dalam badan manusia, biasanya tanpa disedari perumahnya.
Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.
Selain manusia, haiwan seperti monyet dan beberapa jenis primat juga antara perumah yang dikenal pasti boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik, justeru ia tidak berjangkit.
Namun begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya terkumpul di badan perumahnya.
Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.
Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.
Apabila sampai ke badan perumah baru, mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak di sana. Haiwan ini boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia, justeru, kesan jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.

KESAN JANGKITAN

Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.
Bagaimanapun, bukan semua individu yang dijangkiti akan mengalami masalah Untut; ada yang hanya dilanda demam Filariasis. Sama ada seseorang itu akan dijangkiti Untut atau hanya sekadar demam Filariasis sahaja, bergantung kepada daya tahan terhadap penyakit seseorang individu itu.
Ia juga bergantung kepada berapa banyak cacing yang mati di dalm badan perumahnya, jika kaki bengkak dan besar, menandakan cacing dewasa yang mati adalah banyak.
Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan. Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh.
Pun begitu, kajian telah membuktikan bahawa bukan hanya kaki sahaja yang boleh mengalami kesan Untut, malah ada kes dimana ia terjadi di buah dada wanita dan alat sulit lelaki! Kaum lelaki yang dijangkiti penyakit ini sering dikaitkan dengan mengalami masalah kesuburan walaupun belum ada kajian saintifik yang membuktikan dakwaan ini, kecuali kesukaran bagi pengidapnya untuk melakukan hubungan intim.
Untut juga bukan penyakit keturunan kerana ia tidak akan menjangkiti anak-anak jika ibu bapa mereka terbukti ada menghidapnya. Penghidap Untut juga biasanya mempunyai kurang keyakinan diri akibat keadaan fizikal mereka, dalam kebanyakan kes, pesakit lebih gemar memencilkan diri dan tidak bergaul dengan masyarakat kerana akan hanya menjadi bahan ejekan.

RAWATAN

Dahulu, proses diagnosis penyakit ini adalah sukar kerana cacing parasit ini mempunyai sifat yang hanya boleh dikesan pada waktu malam. Bagaimanapun, kini melalui teknologi terkini, kehadiran larva boleh dikesan melalui ujian darah ke atas antigen cacing parasit.
Bagi mereka yang sudah dijangkiti penyakit ini, antara ubat-ubat yang biasanya digunakan ialah Diethylcarbamazine (DEC) yang merencatkan perkembangan larva cacing di dalam badan perumah, manakala Albendazole pula khas untuk membunuh cacing dewasa.
Melalui rawatan sempurna, ia boleh mengatasi masalah kulit disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing, mengurangkan beban jangkitan.
Bahaya Untut turut mendapat perhataian pelbagai badan kesihatan antarabangsa yang mengambil inisiatif menwujudkan program menghapuskan penyakit ini.
Program Menghapuskan Filariasis Limpatik (GDELF) di bawah kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula sejak tiga tahun lalu ke atas 250 juta penduduk dunia yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini.
Antara kaedah yang digunakan di negara kita ialah pengagihan ubat dari rumah ke rumah. Selain menghentikan tindakan cacing parasit penyebab untut, ia juga berkesan membunuh cacing kerawit.

clip_image006

CARA MANUSIA MENDAPAT INFEKSI

Filariasis adalah suatu infeksi sistemik yang disebabkan oleh cacing filaria yang cacing dewasanya hidup dalam saluran limfe dan kelenjar limfe manusia dan ditularkan oleh serangga secara biologik. Penyakit ini bersifat menahun ( kronis ) dan bila tidak mendapatkan pengobatan akan menimbulkan cacat menetap berupa pembesaran kaki, lengan, dan alat kelamin baik perempuan maupun laki-laki. Filariasis disebabkan oleh tiga spesies cacing filaria, yaitu Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori.

ETIOLOGI

Cacing filaria merupakan nematoda yang hidup di dalam jaringan subkutan dan sistem limfatik. Tiga spesies filaria yang menimbulkan infeksi pada manusia; Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori, merupakan penyebab infeksi filaria yang serius. Parasit filaria ditularkan melalui spesies nyamuk khusus atau artropoda lainnya, memiliki stadium larva serta siklus hidup yang kompleks. Anak dari cacing dewasa berupa mikrofilaria bersarung, terdapat di dalam darah dan paling sering ditemukan di aliran darah tepi. Mikrofilaria ini muncul di peredaran darah enam bulan sampai satu tahun kemudian dan dapat bertahan hidup hingga 5 – 10 tahun. Pada Wuchereria bancrofti, mikrofilaria berukuran 250 – 300x7 – 8 mikron. Sedangkan pada Brugia malayi dan Brugia timori, mikrofilaria berukuran 177 – 230 mikron..

DIAGNOSIS

1. Diagnosis Parasitologi

a. Mengesan parasit : menemukan mikrofilaria di dalam darah, cairan hidrokel atau cairan kiluria pada pemeriksaan filem darah tebal, teknik konsentrasi Knott, membran filtrasi dan tes provokatif DEC.

b. Membezakan spesis dan peringkat filaria:menggunakan DNA yang spesies spesifik dan antibodi monoklonal.

2. Diagnosis imunologi

a. Dengan teknik ELISA dan immunochromatographic test ( ICT ), menggunakan

antibodi monoklonal yang spesifik

Wuchereria bancrofti

  • Terdapat didaerah beriklim tropika, menyebabkan filariasis limpatik, berbentuk benang halus berwarna putih susu. Cacing betina mengeluarkan mikrofilaria bersarung (secara nokturna) pada waktu malam. Pada siang hari mikrofilaria terdapat dikapilari organ dalaman seperti peparu, jantung, ginjal, dll.
  • Dipasifik W.bancrofti mikrofilaria terdapat di dalam darah pada waktu siang dan malam, tetapi jumlahnya lebih banyak pada waktu siang.
  • Disebarkan oleh nyamuk culex quinguefasciatus (bandar), anopheles dan aedes (desa)
  • Dibagi dalam 2 kelompok :

1. Cacing dewasa

Menimbulkan limfadenitis dan limfangitis retrograd dalam stadium akut,

disusuli dengan osbtruksi manahun 10-15 tahun kemudian.

2. Mikrofilaria → biasanya tidak menimbulkan kelainan, dalam keadaan tertentu

dapat menyebabkan occult filariasis.

  • Peringkat akut

Ditandai dengan gejala radang pada saluran dan kelenjar limfa. Yang paling sering dijumpai adalah radang pada sistem limpatik alat kelamin lelaki menimbulkan funikulitis, epididimitis dan orkitis. Saluran sperma mengalami radang dan membengkak.

  • Peringkat kronik

Paling sering dijumpai adalah hidrokel, elefantiasis, lengan, buah

zakar, payudara dan vulva.

Brugia malayi dan Brugia timori

  • B. malayi dibahagikan kepada 2 (filariasis malayi) :

- Yang hidup pada manusia

- Yang hidup pada manusia dan haiwan ( kucing, kera, dll )

  • B. timori hanya hidup pada manusia ( filariasis timori).
  • B. Malayi terdapat disebagian negara – negara di Asia.
  • B. Timori hanya terdapat di Indonesia bahagian timur
  • Cacing ini hidup dalam saluran dan pembuluh limfa berbentuk benang halus seperti susu.
  • Morfologi B. malayi bersifat non periodic (tidak beraturan), ditularkan oleh nyamuk Anopheles barbirostris (manusia), dan nyamuk mansonia (haiwan).
  • Morfologi B. timori bersifat periodic nokturna (pada malam hari) ditularkan oleh nyamuk Anopheles.

Patologi dan Gejala Klinikal

1. Gejala klinikal B. malayi sama dengan B. Timori.

2. Peringkat akut mempunyai simptom seperti demam, radang pada salur darah dan kelenjar limfa dan radang ini sering timbul setelah individu berkerja berat di ladang atau disawah.

3. Radang pada saluran limfa dapat dilihat sebagai garis merah yang menjalar kebawah. Pada eringkat ini akan menimbulkan gejala limfedema.

4. Limfadenitis di bahagian seperti (pangkal paha) ini dapat berkembang menjadi bisul, pecah menjadi ulser. Setelah sembuh akan meninggalkan bekas parut (gejala objektif filariasis limfatik)

clip_image008

Wucheria bancrofti

clip_image010

Brugia malayi

clip_image012

Brugia timori

Kekurangan air bersih ancam kanak-kanak

(Utusan Malaysia, Jumaat - 8 Februari 2002)

Kira-kira 6,000 kanak-kanak meninggal dunia sehari akibat penyakit bawaan air. Ini ialah ekoran daripada sikap masyarakat yang sering mengabaikan aspek kebersihan terutama mengenai kepentingan mendapatkan bekalan air bersih. Menyedari masalah ini, para pakar pembangunan telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara-negara di dunia agar memastikan rakyat mereka memperolehi bekalan air bersih dan sistem kebersihan atau kumbahan yang sempurna. Gejala cacing kerawit dan schistosomiasis, disebabkan cacing bawaan-air, merupakan sebahagian jangkitan penyakit yang biasa didengar akibat bekalan air yang tidak sempurna.

Schistosoma atau Bilharzia

o Terdapat 3 spesies penting: Schistosoma japonicum, Schistosoma mansoni, dan Schistosoma haematobium.

o Selain spesis yang ditemukan pada manusia, masih banyak spesis yang hidup pada binatang dan kadang-kadang terdapat pada manusia

Perumah Dan Penyakit

o Perumah definitif adalah manusia.Pada manusia, cacing ini menyebabkan penyakit scistosomiasis atau bilharziasis.

Morfologi dan Kitar Hidup

o Cacing dewasa jantan berwarna kelabu atau putih kehitam-hitaman, berukuran 9,5-19,5 mm x 0,9 mm.Di bahagian ventral badan terdapat benjolan halus dan kasar.Di bahagian ventral badan terdapat canalis gynaecophorus, tempat cacing betina, sehingga tampak seolah-olah cacing betina bercantum dengan cacing jantan. Cacing betina badannya lebih halus dan panjang, berukuran 16,0-26,0 mm x 0,3 mm. Pada umumnya uterus berisi 50-300 butir telur.

Cacing trematoda ini hidup di pembuluh darah terutama dalam

kapilari darah dan vena kecil dekat dengan permukaan selaput

lendir usus.

o Cacing betina meletakkan telur di pembuluh darah. Telur tidak mempunyai operkulum. Telur cacing Schistosoma mempunyai duri.Telur berukuran 95 – 135 x 50 – 60 mikron. Telur dapat menembus keluar dari pembuluh darah, bermigrasi di jaringan dan akhirnya masuk ke lumen usus untuk kemudian dikeluarkan melalui tinja atau urin. Telur menetas di dalam air; dan larva yang dikeluarkan disebut mirasidium.

o Cacing ini hanya mempunyai satu macam perumah perantara yaitu kolam air, tidak terdapat perumah perantara kedua. Mirasidium akan berkembang menjadi sporokista I dan sporokista II dan kemudian menghasilkan serkaria yang banyak. Serkaria adalah bentuk infektif cacing Schistosoma. Cara infeksi pada manusia adalah serkaria menembus kulit pada waktu manusia masuk ke dalam air yang mengandung serkaria. Waktu yang diperlukan untuk infeksi adalah 5-10 minit.

o Setelah serkaria menembus kulit, larva ini kemudian masuk ke dalam kapilari darah, mengalir dengan aliran darah masuk ke jantung kanan, lalu paru dan kembali ke jantung kiri; kemudian masuk ke sistem peredaran darah besar, ke cabang-cabang vena portal dan menjadi dewasa di hepar. Setelah dewasa cacing ini kembali ke vena portal dan vena usus dan kemudian cacing betina akan bertelur.

I.    Schistosoma Japonicum

Perumah Dan Penyakit

  • Perumahnya adalah manusia dan pelbagai binatang seperti anjing, kucing, rusa, tikus sawah , sapi, babi rusa, dan lain-lain.

Taburan

  • Cacing ini ditemukan Filipina, Taiwan, Muangthai, Vietnam, Malaysia,

dan Indonesia.Di Indonesia hanya ditemukan di Sulawesi Tengah iaitu

daerah danau Lindu, dan Lembah Napu.

Morfologi dan Kitar Hidup

  • Cacing dewasa jantan berukuran kira-kira 1.5 cm dan yang cacing betina

kira-kira 1.9 cm.Telur ditemukan di dinding usus kecil dan juga di organ

dalaman seperti hati, peparu, dan otak.

Patologi dan Gejala Klinikal

  • Kelainan tergantung dari beratnya infeksi. Kelainan yang ditemukan

pada peringkat pertama adalah gatal-gatal (urtikaria). Gejala intoksikasi

disertai demam hepatomegali dan eosinofilia  tinggi.

  • Pada peringkat kedua menyebabkan disentri. Pada peringkat III

menyebabkan sirosis hati dan splenomegali; biasanya pesakit menjadi

lemah (emasiasi). Mungkin terdapat gejala saraf, gejala paru dan lain-

lain.

Diagnosis

  • Diagnosis melalui telur di dalam tinja atau biopsi hati dan biopsi rektum.

Ujian serologi juga digunakan sebagai diagnosis. Ujian serologi yang

dilakukan adalah COPT (Circumoval precipitin test), IHT (Indirect

Haemagglutation test), CFT (Complement fixation test), FAT (Fluorescent

antibody test) dan ELISA (Enzyme linked immuno sorbent assay)

 

SUMBER: Pelajar yang mengambil subjek ini.